“Saya menyapu di
belakang surau sekolah apabila tiba-tiba dipeluk daripada belakang oleh seorang
guru lelaki yang turut meramas payudara saya dengan kuat,” kata seorang wanita
yang hanya mahu dikenali sebagai Huda, 30 an, semalam.
Menceritakan
kejadian, Huda yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah kebangsaan di
Larkin di sini, berkata kejadian berlaku pada jam 9 pagi 15 Julai lalu.
