![]() |
| Pasangan ini telah berpisah sejak Januari lalu, tetapi ditangkap penguat kuasa Jaij kerana masih tinggal sebumbung. |
Memang pelik dan mengejutkan. Seorang wanita baru berkahwin sanggup memilih
‘bekas’ suaminya dan bukan suami yang baru dinikahi untuk melayari ‘malam
pertama’. Bekas suami wanita berusia 55 tahun itu mengaku, mereka berpisah
sejak Januari lalu, tetapi masih bermalam di rumah sama, malah perbuatan mereka
mendapat restu suami baru bekas isteri.
Wanita itu melangsungkan pernikahan dengan suami
barunya pagi kelmarin, sebelum memilih untuk pulang ke rumah bekas suaminya dan
bermalam di situ pada hari sama. Bagaimanapun, perkara terbabit terbongkar
apabila Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat menjalankan serbuan
di rumah lelaki itu di Sungai Suloh di sini, jam 3 pagi.
