24 August 2008

KITA ADA BUKTI UNTUK MENGAITKAN NAJID DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Najib Tun Razak akhirnya mengambil pendekatan seperti Saiful Bukhari dengan menafikan tuduhan Anwar dengan lafaz sumpah. Sumpah tersebut telah dilafazkan di depan jemaah Masjid Guar Perahu semalam (22 Ogos 2008).

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Najib.

Sumpah yang dilafazkan oleh Najib ini, di harap dapat membuka mata ramai pihak yang selama ini termakan dengan kata-kata Anwar Ibrahim. Peminat setia ceramah Anwar Ibrahim sepatutnya bertanya kepada diri sendiri, apakah tuduhan Anwar selama ini boleh di percayai?

Seperti yang kita ketahui, tiap kali apabila menyampaikan ceramah, acapkali Anwar menuduh Najib terlibat dengan konspirasi membunuh Altantuya Shaaribuu tanpa memberikan bukti yang kukuh.

"Kita ada bukti untuk mengaitkan Najid dengan pembunuhan Altantuya.

"Najib adalah dalang di sebalik kematian Altantuya"

"Semua bukti berkaitan penglibatan Najib terhadap pembunuhan Altantuya, akan kita" dedahkan sedikit masa lagi"

Berikut adalah antara, bait-bait kata yang sering dia gunakan untuk memfitnah Najid Tun Razak. Tapi yang hairannya bermula dari hari Anwar di bebaskan sehinggalah ke hari. Tiada satu bukti pun yang didedahkan kepada umum bagi menyokong pertuduhannya itu.

Kalau adapun, hanyalah akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra yang menuduh Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika Altantuya di bunuh. Tetapi tiada sebarang bukti yang dilampirkan untuk menyokong hujahnya.

Pembaca yang budiman, pasti masih mengingati peristiwa '6 kotak hitam' yang di dakwa oleh Anwar berada dalam simpanannya ketika beliau ingin mengerakan reformasi suatu ketika dahulu. Bermula dari pemecatannya hinggalah di sumbat ke penjara dan di bebaskan, langsung tiada sebarang pendedahan dari '6 kotak hitam'seperti yang dijanjikan.

Itulah Anwar, hanya pandai berkata dengan penipuan demi penipuan. Dan mereka yang berfikiran sempit pula akan terus menelan kata-kata Anwar tanpa dapat mengunakan akal fikiran waras yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Penulis percaya dengan lafaz sumpah yang diucapkan oleh Najid dan Saiful telah menyebabkan Anwar kepanasan dan hilang punca. Seperti yang dikatakan sebelum, sumpah mereka itu, ada pemberatnya. Dan yang terkena sumpahnya adalah Anwar Ibrahim.

Apapun, kita tunggu sahaja 26 Ogos ini. Apakah Anwar masih berjaya menipu rakyat Malaysia atau sebaliknya. Yang nyata Anwar dah mengelabah.

21 August 2008

EXCO PKR RASUAH???? APA DAH JADI



2 Exco Perak di tahan. Begitulah antara tajuk berita yang sempat penulis baca ketika dalam perjalanan pulang petang semalam. Mata ini seolah-olah engan percaya dengan apa yang di baca. Apa sudah jadi? Dulu cakap lain, sekarang buat lain. Begitulah antara kata hati ketika penulis membaca isu itu.

Ini kerana sekiranya pembaca yang budiman mengimbas kembali kempen pilihanraya umum yang lepas pasti dapat meneka jawapan disebalik kata hati penulis sebentar tadi. Bagi yang tidak dapat mengingatnya ada baiknya penulis ceritakan serba sedikit apa yang penulis maksudkan.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, Pakatan Rakyat (PR) sering melaungkan kepada rakyat, betapa kerajaan yang ada (Barisan Nasional) penuh dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah, kroni, dan sebagainya. Kononnya BN tidak telus, Badan Pencengah Rasuah lesu, dan betapa pentingnya untuk rakyat menukar kerajaan sedia ada kepada PR.

Tetapi itu kata-kata mereka ketika menyampaikan kempen pilihanraya. Itu cakap mereka sebelum menerima kuasa. Itu bicara mereka sebelum menang pilihanraya. Sekarang apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Bukankah Allah S.W.T itu Maha Adil dan Bijaksana. Ternyata apa yang mereka tuturkan ketika dahulu langsung tidak selari dengan apa yang mereka lakukan sekarang. Sekarang mereka pula yang mempraktikkan apa yang mereka katakan dahulu.

Bukan setakat wang, habuan seks turut mereka jadikan sebagai pelengkap acara. Penulis teringat kata-kata ibu semasa kecil, jangan suka cari salah orang. Kerana satu jari ditunjukan kepada orang, empat jari yang lain terarah kepada kita.

Tak puas dengan berita yang penulis baca di dada akhbar, penulis menantikan siaran berita jam 8.00 malam tadi. Ternyata apa yang dilihat lebih mencuit hati. Kedua-dua exco yang di tuduh menerima rasuah ini sedang menutup muka dan menundukkan wajah tampan mereka.

Bukan apa, perasaan malu menyelubungi diri lantaran dari perbuatan sendiri. Segan nanti wartawan ambil gambar, masuk surat khabar, masuk televisyen. Dulu bukan main, kata media cetak dan eletronik berat sebelah sebab hanya menyiarkan cerita kerajaan. Sekarang kenapa tuduk muka, tunjuklah muka itu. Buat apa nak berselindung di sebalik baju. Kalau tak nanti orang tak nampak wajah tampan dan bergaya kamu.

Itulah dulu masa kempen, cakap bukan main tinggi. Habis semua pemimpin kerajaan mereka caci. Sekarang apa dah jadi? Kepada pengundi mereka berdua ini, seandainya mereka bersalah bersedialah untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil. Dan berfikirlah dengan hati ketika kamu memangkah undi.

Jangan ikut kata hati.

17 August 2008

Anwar Ibrahim, Rakyat Masih Menunggu Sumpah Laknat darimu




Seperti yang telah di duga Anwar Ibrahim memberikan seribu satu alasan untuk mengelak dari melafazkan sumpah laknat (mabahalah) seperti yang di lakukan oleh Saiful. Para penyokong beliau seharusnya telah sedar dan dapat menilai siapa diri Anwar yang sebenarnya.

Secara logiknya sekiranya kita dituduh melakukan kesalahan, maka kita akan berusaha membuktikan diri kita tidak bersalah. Tambahan lagi sekiranya kita benar-benar difitnah melakukan kesalahan yang tidak kita lakukan.

Namun ia berlainan dengan Anwar Ibrahim. Setelah dituduh melakukan liwat beliau cuba mengelakkan dengan seribu alasan walaupun prosedur yang di minta boleh membuktikan dirinya teraniaya.

Sebagai contoh, ketika mahu mengambil sampel DNA beliau mengelak dengan pelbagai cara dengan memberikan pelbagai tuduhan yang tak masuk dek akal. Sedangkan sampel DNA itu bertujuan untuk membuktikan dirinya benar-benar tidak terlibat dengan skandal seks luar tabii itu.

Terbaru, bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah pun melakukan lafaz sumpah laknat bagi menguatkan tuduhan dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Tetapi Anwar Ibrahim bukan sahaja enggan berbuat perkara yang sama. Tetapi dengan lantang pula berani mempertikaikan lafaz sumpah itu.

Tidak cukup dengan itu, Anwar mendakwa sekiranya beliau bersumpah ia bakal dispekulasikan oleh sesetengah pihak. Dan lagi Anwar juga mendakwa tidak sekiranya Saiful bersumpah 50 kali sekali pun beliau tidak akan menurut jejak langkah yang serupa.

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful hanyalah gimik politik. Itulah antara komen yang diberikan ketika ditanya oleh wartawan. Persoalannya sekiranya benar itu hanyalah gimik politik. Mengapa Anwar enggan melakukannya? Bukankan Anwar Ibrahim gemar kepada gimik politik untuk menarik sokongan orang ramai.

Sedangkan sebagai orang Islam yang percaya dengan kebesaran Allah S.W.T lafaz sumpah laknat bukanlah satu perkara yang boleh dipersendakan. Kerana mereka yang bersumpah laknat seandainya berdusta terdedah dengan ancaman dan laknat dari Allah S.W.T.

Saiful sedar akan perkara itu, tetapi beliau tetap berani tampil untuk bersumpah laknat. Tetapi Anwar hanya berani berkata-kata tetapi takut untuk berbuat perkara yang sama.

Tetapi itulah Anwar, dengan keenggannya melakukan sumpah laknat, mereka yang begitu mengagungkan Anwar Ibrahim harus mula berfikir dua kali. Kerana sudah terang Anwar tidak berani untuk membersihkan namanya sendiri.

Anwar sendiri sedar, beliau tidak mampu untuk bersumpah. Kerana hanya Allah S.W.T yang tahu sama ada Anwar bersalah atau di fitnah. Sekiranya beliau berbohong balasan dan seksaan yang bakal diterima amat perit dan azab.

Itulah Anwar, walaupun sudah terang beliau bersalah sekeras mungkin beliau menafikan dan di masa yang sama berselindung di sebalik ulama Pas.

Pas Yang Bermuka-Muka

Bercakap soal ulama di dalam Pas, sebelum ini mereka berkeras mendakwa parti yang diperjuangankan berlandaskan Islam dan As-Sunnah. Tetapi apabila Saiful bersumaph seperti yang disyariatkan. Mereka berkeras menolak sumpah tersebut.

Hanya kerana Saiful memengang Al-Quran ketika melafazkan sumpah tersebut mereka tergamak mengatakan ia persamaan dengan ajaran Kristian. Penulis mengakui dan bersetuju di dalam Islam memadai dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi sahaja. Tetapi persoalannya disebabkan memengang Al-Quran apakah sumpah tersebut boleh tertolak?

Apakah Al-Quran itu terlalu hina dan rendah martabatnya sehinggakan apabila melafazkan sumpah dengan memengangnya sumpah tersebut terus tertolak.

Inilah mentaliti dan tahap pemikiran ulama di dalam Pas, hanya kerana ingin membela Anwar mereka sanggup membelakangkan ugama.

Tidak cukup dengan itu, ulama-ulama Pas terus bertempik tak tentu hala dengan mempertikaikan sumpah laknat Saiful Bukhari. Masing cuba memastikan sumpah Saiful itu tidak mempengaruhi hati rakyat terutama di Permatang Pauh.

Pelbagai tanggapan diberikan kononnya hanya gimik politik, tiada dalam syariat Islam, tidak mengikut cara Islam, bersumpah laknat hanya perkara bodoh dan bermacam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Saiful Bukhari.

Sedangkan di dalam Islam dan Al-Quran terang ada menyebutnya di dalam surah An-Nur ayat ke-6 hingga ayat ke-9. Tetapi mengapakah ulama Pas masih cuba berselindung dan menafikannya.? Apakah mereka tidak tahu atau sengaja tidak mahu memberitahu? Mungkin juga kerana pengaruh politik mereka berdalak-dalih?

Itulah antara persoalan yang harus dijawab oleh ulama Pas yang selama ini hanya pandai mengkritik UMNO tidak berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah. Jangan kerana politk perkara yang betul kita nafikan.

Terbaru salah seorang ulama Pas mengatakan memadai dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari, kerana beliau adalah si penuduh. Buat Anwar tidak perlu kerana dia adalah yang di tuduh.

Tetapi di dalam Al-Quran, Surah An-Nur ayat ke-8 dan ke-9 secara jelas menerangkan, bagi mengelakkan hukuman seksa yang kena tuduh (Anwar Ibrahim) hendaklah bersumpah dengan nama Allah sebanyak 4 kali bahasanya si penuduh (Saiful Bukhari) adalah orang yang berdusta. Dan pada sumpah yang ke-5 laknat ke atas dirinya sekiranya si penuduh adalah mereka yang berkata benar.

Kepada pembaca, kebenaran telah ada di depan mata. Terpulanglah kepada anda untuk menilai yang mana betul dan yang mana salah.


MIRZA SAKIT GIGI, AZALINA DIPERSALAHKAN..????



Petang semalam, penulis menerima satu panggilan dari seorang teman di utara tanahair, yang memaklumkan, wujudnya gerakan dari parti pembangkang untuk melemahkan saf kepimpinan Pak Lah. Gerakan itu di namakan 'character assination'.

Gerakan ini bertujuan untuk menjahanam kredibiliti dan personaliti menteri-menteri kabinet pimpinan Pak Lah. Ia juga bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Sekaligus menjadikan impian mereka merampas kerajaan pada September ini menjadi kejayaan.

Mereka sedar untuk menumbang sebatang pokok yang besar mereka perlu menghapuskan akar-akarnya terlebih. Ini kerana akar yang kuat mencengkam tanah akan menguatkan pokok besar itu dari sebarang acaman.

Begitu juga dengan Pak Lah, walaupun pelbagai isu besar melanda negara, namun sokongan padu dari jemaah menteri dan wakil-wakil rakyat telah mengagalkan usaha mereka.

Sebagai contoh, beberapa bulan yang lepas mereka pernah mencuba untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Pak Lah. Namun usaha itu tidak berjaya kerana tidak mendapat sokongan dari ahli-ahli parlimen.

Sebelum ini Najib Tun Razak telah di asak teruk oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dengan pelbagai tohmahan sehinggakan isteri beliau Rosmah Mansor turut di seret sama.

Kemudian, mereka cuba melaga-lagakan Muhyiddin dengan Pak Lah dan Najib di ikuti dengan gesaan mereka terhadap Zaid Ibrahim untuk meletakkan jawatan kerana isu yang di bangkitkan oleh Majlis Peguam.

Dan terbaru, telah wujud satu gerakan untuk menjatuhkan Azalina dengan percubaan mengaitkan beliau dengan isu konspirasi terhadap Mirza Mohammad.

Ketua Pengarah Lembaga Pengalakkan Pelancongan ini telah di gantung tugasnya beberapa hari yang lalu kerana berhadapan dengan kes rasuah.

Kes yang mendapat liputan dari akhbar-akhbar arus perdana ini, telah di lihat oleh mereka sebagai 'orang mengatuk disorongkan bantal'. Setelah percubaan mereka untuk mengaitkan Azalina dengan isu WSFFM beberapa bulan yang lalu gagal. Mereka cuba mengaitkan pula beliau dengan kes rasuah Mirza.

Kononnya Azalina adalah dalang di sebalik pengantungan Mirza. Tetapi apakah mereka terlupa kes yang dikaitkan itu berlaku pada tahun 2005. Ini kerana adalah mustahil untuk Azalina terlibat sama kerana, Mirza telah dituduh menerima rasuah itu pada tahun 2005. Sedangkan Azalina pada ketika itu berada di Kementerian Belia dan Sukan.

Dan lagi pada tahun 2005, Azalina sendiri tidak tahu beliau akan ditukarkan ke Kemeterian Pelancongan. Azalina hanya mengetahui beliau dipindahkan ke Pelancongan setelah Pak Lah mengumumkan barisan kabinet pada pertengahan Mac yang lalu.

Azalina sendiri ketika ditanya wartawan Utusan beberapa hari lalu turut menyatakan kesedihan beliau di atas pengantungan Mirza. Ini kerana Mirza telah lama berkhidmat dan kehilangannya amat dirasai terutama warga Kementerian Pelancongan. Oleh itu biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Mirza benar-benar bersalah atau tidak.


Sungguh pelik, Mirza yang sakit gigi, Azalina pula yang dipersalahkan. Nampaknya selepas ini siapa sahaja yang dibuang kerja, digantung tugas atau apa sahaja yang berkaitan, pasti Azalina juga yang akan dituduh. Azalina adalah seorang menteri dan bukannya kakitangan Sumber Manusia atau Menteri Pencegah Rasuah.

Seperkara lagi, penulis turut dimaklumkan cek pembayaran untuk kos rawatan gigi beliau itu, telah ditandatangani oleh adik beliau sendiri (Mirza Mohammad Tariq) yang juga merupakan rakan kongsi untuk syarikat Perunding Pakar Media Sdn Bhd.

Syarikat tersebut adalah sebuah syarikat pengiklanan yang memperolehi projek pengiklanan di Kanada dan Amerika Utara. Projek pengiklanan tersebut telah diperolehi dari Tourism Malaysia yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Maka sekiranya mereka ingin mengatakan wujudnya konspirasi di dalam kes ini, individu yang harus dipersalahkan adalah adik kepada Mirza dan bukannya Azalina. Pada mulanya penulis tidak berminat untuk mengulas berkenaan isu ini kerana ia agak kelakar untuk dibahaskan.

Namun disebabkan ini merupakan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan, maka penulis merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan isu ini dari dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Semasa dihubungi oleh teman dari tanahair itu, beliau turut mengatakan, tindakan BPR ke atas Mirza ada kewajarannya. Ini kerana Mirza bukanlah seorang yang baik dan suci seperti yang di dakwa oleh 'penulis hantu' di dalam blog Malaysia Today.

Ini kerana selain dari kes rasuah itu, Mirza turut melakukan beberapa kes penyelewengan yang lain. Salah satunya kelulusan sebanyak RM20 juta yang dilakukan tanpa pengetahuan menteri dan ahli lembaga pengarah.

Di kesempatan lain penulis akan cuba membongkar penyelewengan dan salahguna kuasa oleh bekas Ketua Pengarah Lembaga Pengalakkan Pelancongan itu.

16 August 2008

Saiful dah sudah, Anwar bila lagi

Bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23 telah pun menunaikan tanggungjawabnya dengan melakukan mubahalah semalam.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada pukul 6.25 petang semalam , Saiful telah melafazkan sumpah itu sambil disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Turut dilihat berada di masjid itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarga Mohd. Saiful.

Seramai 40 orang berkumpul di dalam dewan solat itu ketika Mohd. Saiful bersumpah.

Yang menjadi persolaannya sekarang ialah, apakah Anwar Ibrahim selaku orang yang di tuduh akan melakukan perkara yang sama bagi membuktikan dirinya tidak terlibat dengan dakwaan seks luar tabii itu.

Penulis berpendapat seandainya Anwar benar-benar teraniaya atau difitnah maka, beliau juga akan melakukan mubahalah. Ini kerana lafaz sumpah laknat adalah suatu perkara yang tidak boleh di ambil ringan. Mereka yang berdusta dengan sumpah laknat bakal menerima azab yang pedih dari Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada Syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia sumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar.

Surah An-Nur, Ayat 6


Firman Allah S.W.T

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang- orang yang dusta.

Surah An-Nur, Ayat 7

Firman Allah S.W.T

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendak ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta.

Surah An-Nur, Ayat 8


Firman Allah S.W.T

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata) Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya orang-orang benar.

Surah An-Nur, Ayat 9


Sekiranya sebelum ini, Anwar Ibrahim sering mengambarkan dirinya sebagai seorang yang alim dan warak. Tidak cukup dengan itu, di dalam ceramah-ceramah yang di sampaikan sering diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran bagi mengelaburi pandangan orang.

Maka sewajarnya bagi dirinya bermubahalah bagi membuktikan dirinya benar-benar suci dan bersih dari semua pertuduhan yang dikenakan.

Namun, penulis percaya Anwar tidak akan sama sekali bermubahalah. Ini kerana beliau sedar seandainya beliau berdusta laknat Allah akan ditimpa ke atas. Anwar Ibrahim benar-benar dalam delima ketika ini. Tindakan yang dilakukan oleh Saiful telah membuatkan dirinya kepanasan.

Bagaimanakah dia mampu untuk berhadapan dengan rakyat yang telah diperbodohkan selama ini dengan sandiwaranya?. Apakah dia mampu untuk memikul laknat Tuhan sekiranya dia berdusta.?

Akhirnya dia terperangkap dengan lakonan dan tipu dayanya sendiri. Buat Anwar Ibrahim hentikanlah lakonanmu. Kasihanilah isteri, anak-anak dan mereka yang sayang dengan dirinya. Ada baiknya dikau berundur dari pentas politik tanahair.

Buat penyokong Anwar, Saiful telah pun bermubahalah untuk membuktikan kesahihan dakwaannya, tetapi Anwar Ibrahim idola yang kamu semua sanjung masih lagi dengan dolak-dalih dan sandiwaranya. Nilailah sendiri, gunakan akalmu untuk berfikir dan bukan emosi.

Wallahualam


Hadi Awang dan Nik Aziz Berbeda Pendapat Mengenai Mubahalah




Penulis mengambil kesempatan cuti pada hari Sabtu untuk meneliti perkembangan politik tanahair dengan membaca berita-berita semasa di dalam laman-laman blog. Semasa melayari portal Utusan Malaysia, penulis tertarik untuk mengulas isu yang di bangkit oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi Awang ketika di tanya semasa mengadakan sidang akhbarnya semalam berhubung isu bersumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menegaskan ia tidak mematuhi hukum Islam sebenar dan merupakan satu kebodohan.

Beliau turut mempertikai tindakan Saiful yang bermubahalah dengan memegang Al-Quran adalah sama seperti orang Kristian yang memegang bible.

Namun yang menjadikan isu ini semakin menarik untuk diperbahaskan ialah mengenai jawapan yang di berikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya berhubung perkara yang sama.

Nik Aziz menegaskan dan mengakui cara Saiful bermubahalah semalam memang mengikut cara Islam. Katanya, dalam Islam untuk melakukan mubahalah adalah dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi sahaja.

Apa yang boleh penulis katakan di sini ialah, tindakan Hadi Awang mempertikaikan mubahalah yang di lakukan oleh Saiful hanyalah atas dasar kepentingan politik semata-mata. Hadi sedar sekiranya beliau menyokong tindakan Saiful itu maka kesalahan akan jatuh pada Anwar Ibrahim.

Ini kerana sehingga ke hari ini Anwar masih lagi enggan melakukan mubahalah bagi menafikan pembabitan beliau di dalam ke liwat ini. Mana mungkin beliau bersumpah kerana Anwar sedar akan natijah dan pembalasan yang bakal di perolehi seandainya beliau berdusta.

Bagi mengelakan Anwar Ibrahim dari terus di desak dan di persalahkan, jalan pernyelesaian paling mudah adalah mempertikai mubahalah yang di lakukan oleh Saiful. Maka dengan cara ini Anwar akan terselamat dan 'survival' politik Pakatan rakyat akan terus terjamin.

Namun dengan pengakuan yang dibuat oleh Nik Aziz itu, secara tidak langsung telah mendedahkan niat jahat Hadi Awang yang sebenar. Nik Aziz sedar walaupun Pas adalah sebuah parti politk namun beliau tidak sanggup untuk menafikan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Beliau tidak tergampak untuk mempermain-mainkan Al-Quran hanya sekadar untuk memenuhi keperluan politik dan menipu rakyat.

Berbanding dengan Hadi Awang demi memenuhi kepentingan politik beliau tergamak untuk menipu dan menafikan apa yang telah diajarkan oleh Al-Quran. Penulis percaya tindakan Saiful memengang Al-Quran bukanlah kerana ingin mengikuti cara orang Kristian yang memegang Bible ketika bersumpah.

Tetapi kerana Al-Quran adalah merupakan kalam Allah dan merupakan kitab suci agama Islam. Saiful sedar tanpa Al-Quran manusia akan hilang pedoman dan akal seperti yang dilakukan oleh Anuwar Ibrahim terhadap dirinya.

Maka penulis berpendapat tidak ada salahnya beliau memegang Al-Quran ketika seisi mubahalah itu kerana lafaz dan tertib seperti yang ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

Hadith Riwayat At-Tarmizi

15 August 2008

KHALID IBRAHIM CUBA BERMAIN API


Sebahagian pelajar UiTM memegang sepanduk dalam

perarakan memprotes di hadapan Bangunan SUK


Isu membuka kemasukkan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim nyata mengundang kemarahan orang ramai terutama golongan mahasiswa/wi UiTM itu sendiri.

Ini di buktikan dengan tercetusnya perarakkan aman yang di anjurkan oleh mereka tanpa arahan dari mana-mana pihak. Ia atas inisiatif sendiri bagi menyatakan ketidak puasan hati mereka atas kenyataan yang di buat.

Semenjak Pakatan Rakyat (PR) mengambil-alih tampuk pemerintaha kerajaan Selangor dari Barisan Nasional (BN) pelbagai pembaharuan yang di bawa. Namun ternyata semua pembaharuan yang di bawa hanya mengundang rasa marah rakyat kepada mereka.

Bermula dengan kelulusan membuka kandang babi yang terbesar di Malaysia sekaligus menjadikan Selangor sebagai negeri pengeluar daging babi yang terbesar di dalam negara. Terbaru usul yang di bawa untuk memberikan 10% kemasukan kepada pelajar bukan bumiputera ke dalam UiTM.

Berikut adalah antara komen yang dikirim oleh pembaca berkenaan isu yang di bangkitkan ini.

Contoh paling jelas pengkhianat orang melayu yang hanya pentingkan kedudukan yang di pilih oleh rakyat selangor yang harapnya telah sedar sesedarnya bahawa Khalid ini manusia yang kecewa dan mempunyai banyak agenda peribadi yang tersembunyi.

Orang melayu yang selama ini sokong dan sayang sangat kepada PR, insaf dan sedarlah bahwasanya si Khalid nieee adalah pengkhianat melayu yang hampir murtad. Dia lahir dari Dasar Ekonomi Baru, dan apabila dah senang jadilah kacang yang lupakan kulit.

Ingatlah sayang, bahawa hanya Melayu sahaja yang akan memusnahkan dan melenyapkan nama Melayu dalam dunia ini, takkan melayu hilang di dunia. Flash back sejarah Melaka, siapa yang buka pintu gerbang bagi portugis masuk dan jahanamkan Melaka. lu fikirlah sendiri.

Kalau dah bagi 10% kuota untuk masuk mana mana institusi bumiputra ngapa MB Selangor (Khalid Ibrahim) tak mintakkan 10% untuk bumiputra di mana mana syarikat kepunyaan bukan bumiputra untuk bumiputra pula.

Mengapa kalau di syarikat atau apa apa institusi bukan bumiputera, jika bumiputera nak masuk mesti ada syarat? Takkan MB Selangor tak tau atau MB memang pekak badak.

Itu hanya sebahagian kecil dari komen pembaca dari beribu komen yang di hantar lantaran marah dengan tindakan Khalid. Ia menjadi pengajaran buat Khalid supaya berhenti dari membuat kenyataan demi kenyataan yang sensitif lebih-lebih lagi yang menyentuh kedaulatan bangsa.

Percubaan untuk memburukkan Azalina


Sudah lama penulis tidak menulis di dalam blog ini, lantaran sibuk dengan tugas-tugas di pejabat. Tambahan pula mesyuarat cawangan-cawangan UMNO telah bermula dan penulis terlibat secara langsung dengan tugas-tugas yang di berikan oleh pejabat UMNO bahagian.

Di kesempatan ini penulis berminat untuk mengulas surat 'hantu' yang dihantar ke blog Malaysia Today. Di dalam surat 'hantu' tersebut, penulisnya memberikan isu yang bertujuan untuk membersihkan nama Ketua Pengarah Lembaga Pengalakkan Pelancongan, Dato Mirza Mohammad Taiyab.

Mirza sebelum ini telah di dakwa menerima suapan berjumlah RM13,860.00 daripada seorang pengarah syarikat pengiklanan pada tahun 2005. di Mahkamah Seksyen baru-baru ini.

Walaupun pendakwaan baru bermula, namun penulis surat 'hantu' tersebut telah dengan rakusnya cuba mengaitkan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said sebagai dalang di sebalik kes tersebut.

Persoalannya, kes yang di dakwa itu telah berlaku pada tahun 2005, kira-kira 2 tahun setengah yang lalu. Sedangkan umum mengetahui ketika itu Azalina menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Maka bagaimanakah Azalina boleh dikaitkan sebagai dalang.

Nyata penulis surat 'hantu' tersebut kurang cerdik dalam membuat pertuduhan. Motifnya mudah seseorang harus dikambing hitamkan bagi membersihkan nama Mirza.

Penulis surat 'hantu' itu juga cuba menarik perhatian pembaca dengan mengaitkan nama bapa Azalina kononnya memohon kontrak sebanyak RM10 juta. Tidak berpuas hati dengan isu yang di bawa itu, penulis telah menefon sendiri ‘orang’ kementerian pelancongan untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Ternyata tuduhan yang di bangkitkan jauh menyimpang dan berunsur fitnah semata-mata. Menurut 'orang' kementerian yang dihubungi itu, beliau mengatakan memang benar terdapatnya permohonan untuk membuka kiosk di Beijing tetapi kosnya yang di pohon adalah RM8 juta.

Dan permohonan itu telah di tolak oleh Azalina sendiri atas alasan kos yang di pohon itu terlalu mahal. Mana mungkin wang rakyat di bazirkan hanya untuk membuka kiosk pelancongan.

Seperkara lagi syarikat yang membuat permohonan itu bukanlah syarikat kepunyaan bapa Azalina dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan keluarga beliau seperti yang di dakwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...