Tiga konsortium dari negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) melabur RM4.1 billion (AS 1.2 billion) bagi membangunkan bandar raya antarabangsa bersepadu pertama di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Johor, menjadikannya pelaburan asing tunggal terbesar di Malaysia. Begitulah antara petikan berita yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.
Konsortium yang masing-masing diterajui Mubadala Development Company, Kuwait Finance House dan Millenium Development Internation Company (MDI), turut membuat perlaburan tambahan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Oleh yang demikian tuduhan sebelum ini yang mengatakan kerajaan cuba menjual tanah dan kedaulatan negara kepada Singapura adalah tidak berasas. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini perlaburan yang ada di WPI terbuka kepada semua pihak dan tidak hanya tertumpu kepada Singapura sahaja.
Pembangunan WPI yang dirancang ini dilihat antara usaha kerajaan untuk tunduk dan akur dengan kehendak Singapura seperti yang dicanangkan oleh segelintir pihak yang benci dan cemburu dengan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seperti yang pernah penulis bincangkan sebelum ini, semua kritikan yang dilemparkan kepada Pak Lah lebih bersifat peribadi dan bukannya kritikan yang membina ataupun sayangkan bangsa. Pak Lah sendiri sebelum ini telah berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak pernah berniat waima terlintas untuk menghancurkan UMNO dan orang Melayu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Sepatutnya tidak timbul isu Pak Lah menurut dan mengikut telunjuk Singapura dalam memacu ekonomi negara. Secara jujurnya, apa yang penulis dapat lihat ialah usaha yang dilakukan oleh Pak Lah ini adalah merupakan kesinambungan dari apa pernah dan telah dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.
Perancangan dan pembangunan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk mengagihkan kekayaan dan ekonomi negara kepada setiap lapisan masyarakat baik di bandar mahupun di luar bandar. Namun apa yang menyedihkan lantaran masalah peribadi, segelintir golongan sanggup dan tergamak untuk memburuk-burukkan imej dan kredibiliti Pak Lah dan kerajaan untuk kepentingan diri.
Berbalik kepada isu WPI, walaupun ada yang berpendapat pembangunan ini lebih menguntungkan Singapura kerana lokasinya dilihat berhampiran dengan negara itu. Harga hartanah juga ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan lebih dari mampu untuk dibeli oleh rakyat negara Kota Singa itu.
Pendapat dan kenyataan seperti ini dilihat hanya bertujuan untuk membakar api kemarahan rakyat dan bermaksud untuk mengagalkan usaha kerajaan mengerakkan ekonomi negara. Jika kita amati sedalamnya, sebelum wujudnya WPI mereka telah lama menceburi bidang hartanah di Malaysia namun ia tidak pernah dibangkitkan.
Isu ini hanya dibangkitkan hanya apabila pilihanraya semakin hampir dan bakal dijadikan isu untuk meraih undi masyarakat.
Seperti yang pernah dilaporkan oleh media massa sebelum ini, para pelabur asing telah semakin menunjukkan minat dan memberikan persetujuan untuk sama-sama melibatkan diri dalam memberikan pelaburan yang dilihat bakal memberikan keuntungan kepada mereka.
Di tambahan pula dengan sikap perpaduan dan tolenrasi yang sering ditunjukkan oleh masyarakat majmuk negara ini semakin menambah keyakinan mereka.
Akhbar Utusan Malaysia juga melaporkan semalam, akan kesudian Putera kedua Ratu Elizabeth II, Duke of York Putera Andrew meluangkan masa untuk mengadakan lawatan dan menerima taklimat berkenaan projek pembangunan yang sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan UEM Land Sdn. Bhd., Wan Abdullah Wan Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berhubung lawatan Duke of York berkata, Putera Andrew menunjukkan minat dalam pelbagai pembangunan yang sedang dilaksanakan.
Apa yang pasti, dakwaan pihak tertentu yang kononnya WPI akan menjadi sebahagian dari Singapura jelas sekali tersasar lauh. Terbukti, isu ini sahaja diperbesar dan diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan harapan untuk menanamkan kebencian terhadap pucuk pimpinan negara.