PERLEMBAGAAN Persekutuan menetapkan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, empat pilihan raya umum sebelum ini diadakan dalam tempoh 16 hingga 20 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.
Pengalaman 11 kali mengadakan pilihan raya umum sejak tahun 1959 telah mematangkan proses perjalanan dan kelicinan jentera pilihan raya sehinggakan pilihan raya yang dilaksanakan di Malaysia dianggap sebagai antara yang paling selamat, sistematik dan telus di dunia.
Pada pilihan raya umum 1995, dengan jumlah seramai 9.7 juta pengundi berdaftar, Barisan Nasional (BN) memenangi 162 kerusi Parlimen, manakala pembangkang mendapat 30 kerusi. Di peringkat negeri, BN memenangi 338 kerusi, manakala 56 lagi dikuasai pembangkang.
Pada pilihan raya umum 1999 pula BN kembali membentuk kerajaan Malaysia walaupun jumlah kerusi Parlimen berkurangan kepada 148 berbanding 162 kerusi yang diperoleh pada tahun 1995.
Ini membuktikan pencapaian BN masih jauh lebih tinggi berbanding 129 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh satu majoriti dua pertiga.
Pada pilihan raya umum 2004, BN yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipilih semula dengan mandat dan majoriti terbesar sejak tahun 1978 dengan kenaikan undi popular sebanyak 63.9 peratus.
Dalam sejarah pilihan raya Malaysia, sepanjang proses pemilihan diadakan belum terdapat krisis yang boleh membawa kepada pergolakan, pembunuhan, rusuhan dan sebagainya biarpun sekadar timbul pergaduhan kecil, kekacauan atau salah faham biasa ketika proses pemilihan calon pilihan raya.
Dibelenggu
Ini menandakan bahawa proses pilihan raya di Malaysia begitu unik dan pragmatik berbanding senario di Pakistan, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Ketika ini Thailand masih lagi dibelenggu krisis politik biarpun proses pilihan raya umumnya selesai baru-baru ini.
Dalam catatan sejarah pilihan raya di negara kita, setakat ini belum ada pemimpin parti politik yang dibunuh atau diculik. Rakyat juga tidak perlu turun ke jalan untuk menuntut demokrasi atau dipaksa mengundi kerajaan sedia ada.
Tragedi dan konflik politik terbaru yang melanda Itali membuktikan proses pilihan raya di negara berkenaan menemui kegagalan. Presiden Giorgio Napolitano berkata, krisis politik negara itu gagal menemui konsensus selepas beberapa rundingan berikutan tumbangnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Romano Prodi.
Keadaan ini berlaku apabila kerajaan campuran tengah-kiri pimpinan Prodi dan parti kecil yang berpaling padah sehingga menumbangkan kerajaan yang baru berusia 20 bulan sahaja. Ini adalah berikutan kecacatan sistem politik semasa yang menyebabkan keputusan yang berpecah-pecah di dalam Parlimen dengan kerajaan campuran yang tidak stabil dan bermasalah.
Oleh demikian, melihat kepada apa yang sedang dan telah berlaku di negara jiran dan di Barat sendiri membuktikan bahawa iklim politik Malaysia berada pada landasan yang betul dan diiktiraf dunia. Apa pun yang berlaku, masa depan Malaysia kini terletak kepada 10.8 juta pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka membuang undi pada pilihan raya umum kelak.
Di petik dari utusan.com.my
Oleh : MOHAMAD SOFEE RAZAK
04 February 2008
IKLIM POLITIK MALAYSIA DI LANDASAN YANG BETUL
SANG KELEMBAI HANYALAH TONG KOSONG
Siapa sebenarnya Sang Kelembai atau Zahrin Yassin untuk mempertikaikan kewibawaan Menteri Besar Selangor, di dalam blognya. Sebelum penulis menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Zahrin, ada baiknya penulis menceritakan serba sedikit perihal insan yang mengelarkan dirinya sebagai Sang Kelembai ini.
Sebenarnya Zahrin ini hanyalah bekas seorang peon yang menjadi ahli UMNO hanya sekadar untuk mencari kepentingan peribadi yang akhirnya telah dipecat keahliannya. Disebabkan mentaliti seorang peon, beliau hanya boleh diibaratkan sebagai tong kosong yang gemar menjerit kesana-sini tanpa mempunyai sebarang isi.
Hari ini, di kala negara sedang menghadapi pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi, Zahrin akan cuba untuk menjadi kaki sibuk di kaki-kaki lima bangunan The Mall untuk mempromosikan website beliau yang sebenarnya hanya layak untuk dibuka oleh pengemar-pengemar cerita penglipur lara dan lawak sahaja.
Di kalangan ahli UMNO, Zaharin yang umpama melukut di kaki gantang ini bagaikan orang yang gila talak kerana setelah dipecat dari UMNO. Beliau sebenanya mahu mencari perhatian dan berharap agar ada tawaran untuk membawa beliau kembali ke dalam UMNO.
Setiap kali berlangsungnya ‘funtion’ UMNO si Zaharin pasti akan mendebengkan muka kononnya popular bertaraf cendiakawan.
Tidak dilupakan, si peon ini juga mempunyai seorang kekasih hati yang mempunyai perangai lebih kurang sama dengannya. Kalau tak silap kekasihnya itu merupakan seorang bekas ahli puteri UMNO dari Langkawi yang dikenali sebagai Emi.
Kami sedang dalam proses untuk menyiapkan fakta lengkap berkenaan Emi ini untuk didedahkan kepada umum sedikit masa lagi. Buat si Zaharin, jangan jadi terlalu bangang walaupun diri sudah sedia bangang.
Berbalik kepada isu yang dibangkit, sebenarnya Zaharin hanya memutar-belitkan fakta yang memang telah diketahui umum, dimana kita sepatutnya memilih calon yang benar-benar berkelayakan tanpa mengira parti. Dan yang pasti UMNO/BN akan meletakkan calon yang mampu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik dan cemerlang.
Untuk pilihanraya akan datang UMNO Selangor dijangka sekali lagi akan memperolehi mandat dari rakyat kerana calon-ccalon yang bakal diturunkan adalah terdiri dari mereka yang berkaliber. Rakyat Selangor yang bijak sudah pasti akan memberikan kemenangan yang besar untuk kesemua calon ini.
UMNO Selangor juga dijangka akan mengugurkan beberapa nama yang tidak menunjukkan ‘track rekod’ yang cemerlang kerana apa yang penting ialah kebajikan rakyat dapat dibela dan terjaga. Walaupun yang demikian ini bukan bermakna UMNO Selangor mengunakan kaedah ‘trial dan error’, apa yang dititik beratkan adalah kebajikan rakyat dapat terus diutamakan.
Dr Khir selaku Menteri besar telah menegaskan, calon yang telah menang tapi tidak membantu dan menjaga kebajikan rakyat akan digugurkan. Yang akan dipilih adalah terdiri dari mereka yang benar-benar berkelayakan dan meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan.