26 April 2008

The Sun Kembali Menyerang Azalina



Terence Fernandez (kiri sekali)



Akhbar The Sun dilihat masih lagi tidak berputus asa dalam usaha mengaitkan Menteri Perlancongan, YB Datuk Seri Azalina Othman Said atas tuduhan menyalahgunakan kuasa semasa menerajui kementerian belia dan sukan. Apabila percubaan pertama gagal untuk menjatuhkan Azalina, mereka mencuba kembali dengan dengan percubaan yang kedua walaupun masih berkisar di atas cerita yang sama.

Di bawah artikel “Someone must answer for funds fiasco“ yang ditulis oleh Terence Fernandez ini, ia dilihat merupakan usaha terbaru akhbar tersebut menyerang kredibiliti Azalina. Setelah ‘panglima’ perang yang lalu tewas akibat ‘dibelasah’ teruk oleh golongan hawa yang dinaungi oleh Azalina, The Sun mencuba nasib dengan mempertaruhkan ‘panglima’ baru yang merupakan ketua wartawan di akhbar berkenaan.

Umum mengetahui, menteri yang terkenal sebagai seorang yang ‘workaholic’ ini, acapkali menjadi sasaran wartawan baik di media cetak mahupun golongan ‘bloggers’ yang mungkin kurang senang dengan kecemerlangan yang telah ditunjukkan selama ini.

Bermula dari awal karier beliau sebagai peneraju Puteri UMNO hinggalah ke hari ini, Azalina sering dikaitkan dengan pelbagai isu. Namun begitu, semua isu yang diketengahkan langsung tidak menghalang Azalina untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Isu-isu yang diutarakan bukan sahaja gagal melemahkan azamnya, malahan telah menjadikan menteri tersebut lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat. Atas alasan itu, musuh-musuhnya semakin cemburu dan terpaksa berhempas-pulas dalam memikirkan wardah terbaik untuk menguburkan karier politik beliau.

Sebagai contoh sebelum ini, semasa di dalam Puteri, Azalina pernah dituduh menyelewangkan peruntukan yang disalurkan, kemudian timbul pula isu mengenai ‘lesbian’ dan yang terbaru isu yang dibangkitkan oleh akhbar The Sun.

Yang menariknya, The Sun telah mencuba sebelum ini namun setelah gagal, mereka bertindak untuk menyerangnya dari sudut yang lain pula. Terkini mereka cuba mempersoalkan akan kewajaran kementerian belia dan sukan meluluskan peruntukan sebanyak hampir RM 11 juta kepada Yayasan Kecergasan dan Sukan Wanita Malaysia (WSFFM).

Bukan itu sahaja Terence juga dilihat cuba melaga-lagakan Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dengan Azalina. Mereka cuba memancing Zolkples agar termakan ‘umpan’ yang diberikan. Nawaitu mereka agar Pengarah MSN itu ‘membuka mulut’ sekaligus menyalahkan Azalina di dalam isu ini. Namun begitu, perangkap mereka setakat ini gagal untuk menarik minat Zolkples untuk turut serta.

Senjata Makan Tuan
Namun begitu isu yang cuba dibangkitkan itu dilihat agak longgar dan lemah untuk mengaitkan Azalina menyalahgunakan kedudukannya sebagai menteri

Pembaca yang bijak pasti dapat membaca ‘game’ yang cuba dimainkan oleh Terence ini. Andai diteliti artikel yang diterbitkan, pembaca pasti dapat merasakan ia penuh dengan sifat amarah dan ketidakpuasan hati penulis. Ia disebabkan, apabila melihat Nadeswaran yang juga merupakan kawan baiknya ‘dibelasah’ teruk oleh wakil-wakil dari yayasan sukan wanita yang menyangkal tuduhan liar yang dilaporkan sebelum ini.

Perasaan marahnya semakin membara apabila ada dikalangan rakan-rakan media memperkecil dan mentertawakan kewibawaan kawan baiknya itu. Kemuncak kemarahan beliau apabila sejak dari tragedi ‘dibelasah’ itu Nadeswaran dilihat semakin hilang arah dan hala tujunya.

Rentetan dari itu, timbul perasaan untuk membalas dendam kepada Azalina kerana beliau merasakan mantan menteri itu adalah penyebab kepada semua perkara yang terjadi. Sedangkan seluruh negara tahu ia adalah hasil dari ketidakcekapan Nadeswaran dalam memberikan laporan.

Inilah yang dinamakan senjata yang diharapkan dapat membunuh ‘karier’ Azalina akhirnya telah memakan diri rakannya. Oleh yang demikian, atas semangat setiakawan, Terence cuba tampil untuk menjadi ‘hero kampung’ dalam usaha untuk membela Nandeswaran.

Dimaklumkan juga, Terence adalah merupakan sahabat akrab kepada Jeff Oii, Ahli Parlimen Jelutong yang mewakili DAP dan juga seorang bloggers yang sering mengkritik kerajaan. Maka tidak hairanlah penulisan Terence sebelum ini lebih cenderung dan berideologikan pembangkang.

Azlina Korup Atau The Sun Kurap
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh Terence mengenai kewajaran kementerian memberikan kontrak yang bernilai hampir RM11 juta kepada WSFFM, isu ini amat tidak berasas dan longgar untuk diketengahkan.

Sekiranya diteliti, pemberian peruntukkan ini dilihat amat kena pada tempatnya, kerana yayasan yang telah lama berdaftar ini adalah satu-satunya yayasan yang mengalakkan penglibatan wanita di dalam bidang sukan dan kecergasan negara.

Peruntukkan yang diberikan juga telah melalui semua proses dan prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di samping untuk kegunaan bagi menjayakan pelbagai program, ia juga bertujuan untuk menganjurkan Sukan Wanita Kebangsaan yang baru memasuki ke angka 2 penganjuranya (2005 & 2007). Sebagai penganjur temasya sukan peringat kebangsaan, sudah tentu memerlukan peruntukan yang besar.

Oleh yang demikian tidak wujud sebarang kesalahan untuk memberikan peruntukan kepada WSFFM untuk menganjurkan pelbagai program yang dilihat bertujuan dan mampu memartabatkan sukan wanita di negara ini. Tambahan pula yayasan ini dilihat begitu komited dalam melaksanakan program-program yang dilihat mampu meningkatkan mutu sukan negara khasnya dikalangan wanita.

Memandangkan ahli dan jawatankuasa WSFFM terdiri dari mereka yang berpelajaran dan profesional, yayasan ini telah bertindak untuk merekodkan dan memfailkan semua perbelanjaan yang digunakan. Tidak cukup dengan itu, yayasan ini juga telah di audit oleh juru audit yang bertauliah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh ditimbulkan.

Hanya disebabkan Azalina adalah penanung bagi yayasan ini, Terence cuba mencipta isu untuk memperlihatkan kononnya berlaku salah guna kuasa.


Tambahan pula sebagai penaung yayasan sukan tersebut, secara tidak langsung membolehkan Azalina memantau semua peruntukan yang diberikan digunakan untuk melaksanakan program-program yang dapat meningkatkan mutu sukan wanita di negara ini. Disamping mengelakkan berlakunya penyelewengan seperti yang sering dilaporkan sebelum ini.

Sedangkan semua mengetahui, banyak lagi persatuan-persatuan sukan dan belia di negara ini yang dipengerusikan oleh ahli-ahli politik. Mengapa mereka ini tidak dipertikaikan oleh Terence.?

Sebagai contoh, terdapat sesetengah persatuan sukan dan belia yang memohon peruntukan untuk membuat pelbagai program, tetapi apabila diluluskan permohonan mereka tiada sebarang program yang dilaksanakan.

Terdapat juga di antara mereka yang mengetuai pelbagai jenis persatuan sukan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat pusat. Persatuan yang dipimpin bukan sahaja gagal menyerlah, malahan terdapat sesetengah kes yang terpaksa dirujuk kepada Pesuruhjaya Sukan.

Sebagai contoh, FAM dan BAM semalam turut mengaku wujudnya gejala rasuah di dalam sukan ini yang menghalang pemain untuk menunjukkan kecemerlangan. Jangan disebabkan masalah gender, kementerian yang pertama kali menerima wanita sebagai menteri ini terus diasak tanpa henti.

Oleh itu timbul juga kemusykilan, mengapa wartawan di dalam The Sun begitu berminat untuk mencari silap dan kelemahan YB Datuk Seri Azalina yang telah terbukti memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berbanding salah guna kuasa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik lain.

Sekiranya Terence benar-benar jujur dan ikhlas dalam memberikan laporan demi menjaga ‘wang rakyat’ agar tidak dibazirkan, ada baiknya beliau menyiasat terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang laporan supaya nanti tidak timbul isu yang mengatakan beliau adalah anti-perempuan atau 'berat sebelah'.

Berhentilah menjadi seorang yang ‘hipokrik’ dan memilih bulu dalam setiap laporan. Jangan disebabkan mendengar cerita orang, wartawan ini terus bertindak untuk memberikan laporan. Sebagai wartawan, Terence seharusnya lebih faham, akan pentingnya keikhlasan dan kejujuran dalam memberikan laporan dan bukan bermotifkan politik mahupun kepentingan peribadi.

Ada baiknya diri sendiri dibersihkan terlebih dahulu sebelum membersihkan diri orang lain. Untuk apa mencari ‘kudis’ orang sedangkan badan sendiri penuh berkurap.

Nasihat kepada Terence wartawan yang hampir menjadi korban di Iraq ini, jangan disebabkan terlalu ghairah untuk menghentam, akhirnya beliau terpaksa menerima nasib yang sama pernah menimpa sahabat baiknya.



21 April 2008

BUBARKAN SAJA KEMENTERIAN BELIA




Baru-baru ini, timbul satu isu yang dibangkitkan mengenai kewajaran meluluskan pusat sukan berprestasi tinggi di bangunan Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), Brickendonbury, London yang disifatkan satu lagi bentuk pembaziran negara.

Apabila isu ini dibangkitkan, YB Datuk Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan yang baru dilihat seolah-olah cuba untuk menunding jari dan menyalahkan YB Datuk Seri Azalina Othman Said kerana meluluskan penubuhan pusat sukan berprestasi tinggi tersebut.

Melalui kenyataan yang diberikan, beliau seperti melepaskan sepenuh tanggungjawab kepada Azalina lantaran kerana ia telah diluluskan semasa Azalina mentadbir Kementerian ini.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang, apakah menteri baru ini tidak mengetahui, kelulusan untuk mewujudkan pusat sukan ini adalah merupakan keputusan bersama yang dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, sepatutnya tidak timbul sebarang isu yang lebih memihak kepada cubaan untuk menyalahkan sesiapa kerana ia merupakan keputusan bersama. Lagipun, ahli Jawatankuasa pada masa itu merasakan pembinaan kompleks ini adalah relevan memandangkan prestasi sukan negara dilihat tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Oleh yang demikian, pembinaan kompleks adalah bertujuan untuk membolehkan negara mendekatkan diri dengan negara yang lebih maju dalam bidang sukan supaya kepakaran dan teknologi dapat dipindahkan kepada pakar sukan tempatan.
Disamping itu ia juga akan menjadi pusat penempatan bagi pasukan tertentu dan atlet untuk jangka pendek selain menjadi pusat transit atlet pada pertandingan antarabangsa.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjadi pusat latihan pasukan yang memerlukan persaingan di peringkat tertinggi misalnya lumba basikal dan memanah serta pusat latihan untuk pasukan bola sepak remaja negara di bawah 20 tahun dan 17 tahun.

Untuk pengetahuan bersama, kos perbelanjaan yang dikeluarkan juga amat tinggi apabila atlet-atlet negara dihantar untuk membuat latihan dan persedian di luar negara.
Dengan pelbagai kos yang terpaksa ditanggung seperti tempat tinggal, penyewaan padang, peralatan dan sebagainya pembinaan kompleks ini dilihat mampu untuk menjimatkan aliran wang dari keluar.

Memandangkan pembinaan kompleks ini telah dibatalkan pembinaannya, maka keputusan ini wajar untuk dihormati oleh semua pihak. Namun begitu kita seharusnya tidak mengambil pendekatan untuk menunding jari atau menyalahkan sesiapa.
Setiap orang mempunyai cara dan pandangan tersendiri dalam mentadbir, namun apa yang penting ia adalah bertujuan untuk kesejahteraan dan kepentingan semua pihak.

YB Datuk Ismail Sabri selaku menteri yang baru dilantik untuk menerajui Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya lebih memfokus kepada hal-hal yang boleh menambah-baikan kementerian yang di terajuinya dan bukan terarah kepada hal-hal yang memperlihatkan untuk mencari salah dan silap menteri yang terdahulu.

Mencari silap seseorang adalah merupakan perkara yang mudah, namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah, apakah kita mampu untuk menyamai atau menandingi kehebatan yang telah ditunjukkan sebelum ini?
Dan yang paling penting adakah kita mampu mengalas amanah dan harapan rakyat untuk memartabatkan golongan belia dan kemajuan sukan negara.

Bukanlah niat untuk memberikan perbandingan, namun adalah menjadi sesuatu yang memalukan apabila diberikan tanggungjawab, kita lebih mengutamakan kenyataan-kenyataan yang berbau kritikan serta mencari salah dan silap menteri yang terdahulu, berbanding untuk mencari formula-formula baru yang dapat membantu golongan belia yang masih tercari-cari hala tuju hidup.

Sebagai contoh, apabila Pak Lah diberikan mandat menerajui kepimpinan negara, beliau terus memberikan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memberikan tumpuan kepada sektor pertanian tanpa membuang masa untuk mencari salah dan silap sesiapa terutamanya Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir semasa mentadbir negara.
Namun begitu, beliau tetap menjadi sasaran dan mangsa kritikan yang bertali arus dari mantan perdana menteri itu.

Inilah contoh tauladan yang patut dipraktikkan oleh Sabri selaku menteri yang baru, dengan menjadikan pemimpin yang lalu sebagai ‘role model’. Seorang menteri seharusnya lebih berhati-hati dengan setiap butir bicara, kerana seorang menteri sentiasa menjadi perhatian untuk dinilai oleh masyarakat.

Seandainya beliau gagal memberikan yang terbaik kepada masyarakat, kesilapan itu bukan ditanggung olehnya seorang. Tetapi tempias kesilapan itu bakal ditanggung oleh Pak Lah juga kerana silap melantik mereka yang tidak berkemampuan menerajui sebuah kementerian.

Satu cadangan buat menteri baru ini ialah, seandainya beliau merasakan semua yang dilakukan oleh menteri yang terdahulu adalah suatu pembaziran, maka ada baiknya beliau meletakkan jawatan dan mencadangkan kepada kabinet untuk membubarkan sahaja kementerian ini atau mengabungkan dengan kementerian lain yang sedia ada.

Mungkin dengan cara itu, wang pembayar cukai dapat dijimatkan dan digunakan kepada mereka yang lebih memerlukan. Berkemungkinan dengan cara ini juga tiada pembaziran akan berlaku..

19 April 2008

NADESWARAN DIGESA UNTUK MEMOHON MAAF






Isu mengenai salahguna kuasa yang dilaporkan oleh wartawan akhbar The Sun pada 16 April yang lalu, dilihat sedikit kecoh sejak beberapa hari ini. Beberapa laman blog dilihat begitu bersemangat untuk memainkan isu ini saban hari bagi meraih minat pembaca dan pengunjung setia laman-laman blog.

Hasil dari laporan yang diberikan itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah melakukan siasatan bagi membuktikan kesahihannya. Difahamkan juga, WSFFM telah memberikan sepenuh kerjasama semasa siasatan dilakukan, disamping menyediakan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan. Hasil siasatan awal yang dilakukan, didapati tidak wujud sebarang penyalahgunaan kuasa seperti yang di dakwa oleh Nadeswaran (penulis artikel tersebut).

Oleh yang demikian seandainya Nadeswaran merupakan seorang yang bermaruah dan bertanggungjawab, beliau seharusnya tampil untuk memikul sepenuhnya tindakan yang dilakukannya. Namun penulis yakin Nadeswaran bukanlah seorang lelaki yang 'GENTLEMAN', kerana dengan mengakui kelemahan dan kesilapan itu ego yang ditatang selama ini, bakal jatuh berkecai ke bumi. Tambahan pula kesilapan beliau dalam melaporkan isu ini telah disangkal bersama-sama bukti oleh WSFFM ini.

Adalah suatu yang amat memalukan, apabila segelintir dari rakan-rakan wartawan mentertawakannya apabila melihat dirinya dibelasah teruk oleh Yayasan Sukan Wanita, lantaran dari percubaannya untuk mengaib dan menghina yayasan ini. Sudahlah percubaan yang dilakukan tidak berjaya dan yang lebih memalukan, apabila yang membelasah beliau ialah terdiri daripada mereka yang bergelar wanita. Sungguh memalukan.

Bagi mereka yang bongkak dan mempunyai tahap keegoaan yang tinggi seperti Nadeswaran, perkara ini benar-benar menggangu dan merungsingkan jiwanya. Nasihat penulis kepada Nadeswaran, ialah untuk mengambil cuti buat seketika bagi menenangkan fikiran dan melupakan perkara ini. Andai tidak, penulis takut Nadeswaran bakal mengalami kecelaruan minda yang teruk dan berkemungkinan akan menyebabkan beliau menjadi gila.

Apabila meneliti tulisan beliau, penulis merasakan beliau adalah seorang yang kuat berfahaman 'ortodoks' yang melabelkan wanita sebagai kaum yang lemah dan tidak perlu diberikan kebebasan yang sama seperti kaum lelaki. Berkemungkinan juga Nadeswaran merupakan salah seorang pengemar filem-filem tamil lama yang sering dilakonkan oleh Kamal Hasan, Rajinikanth, Prabhu Deva, Raadhika, Manoramah, Seri Dewi dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama).

Ini kerana filem-filem yang dilakonkan oleh mereka ini, acapkali meletakkan wanita di tempat yang tidak sepatutnya. Mereka sering mengambarkan wanita sebagai golongan bawahan yang hanya berfungsi sebagai medium penghasilan anak, menyediakan makanan dan sebagainya. Oleh itu sedikit sebanyak beliau mungkin telah terpengaruh dengan intipati filem-filem tersebut. Sedangkan di alaf ini, wanita dilihat telah setanding dan adakalanya melebihi pencapaian lelaki dalam sesetengah hal.

Penulis juga ada menerima beberapa maklumbalas yang dikirimkan melalui e-mail yang menceritakan perihal Nadeswaran yang merupakan 'kaki mabuk'. Pengirim e-mail tersebut mengatakan, ia disebabkan kerana Nadeswaran masih lagi dihantui oleh peristiwa kemalangan yang menimpa anaknya pada tahun lepas. Beliau dilihat sering menyalahkan dirinya kerana merasakan dirinya telah GAGAL untuk menjaga keluarganya.

Oleh itu tabiat 'MINUM' ini dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi dirinya untuk terus melupakan sejarah hitam itu. Demikianlah menurut pengirim e-mail tersebut yang enggan mendedahkan indentitinya.

Dimasa yang sama penulis juga berpendapat, Nadeswaran hanyalah merupakan 'kambing hitam' yang digunakan untuk oleh orang-orang tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Azalina. Di sebabkan UMNO bakal menghadapi pemilihan pada hujung tahun ini, maka proses untuk menjatuhkan Azalina telahpun mula digerakkan.

Umum mengetahui, Azalina adalah seorang yang sering memberikan komitmen yang tinggi apabila diamanahkan untuk melaksankan sesuatu tugas. Dengan kredibiliti dan pencapaian ini, adalah sukar untuk meyakinkan perwakilan UMNO untuk tidak mencalonkan Azalina.

Maka mereka merasakan, jalan yang terbaik adalah dengan menyebarkan seribu macam cerita fitnah bagi merosakan peluang Azalina untuk terus mempertahankan kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai taktik dan teknik akan digunakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan bagi memastikan nawaitu mereka berjaya.

Penulis difahamkan juga, mereka-mereka yang 'KECEWA' juga dilihat sedang mengatur seribu macam strategi bagi memastikan kekuatan Azlina dapat dihancurkan. Nawaitu mereka hanya satu, andai permintaan mereka tidak dipenuhi, maka Azalina harus bersedia untuk menepis seribu macam tohmahan dan dakyah yang dirasakan dapat membunuh 'karier politik' Menteri Pelancongan ini.

Inilah 'barah' yang sering menghantui UMNO khususnya dan orang Melayu amnya. Perasaan hasad dengki yang bertali-arus sering menjadikan UMNO dan orang Melayu lemah yang akhirnya akan menghancurkan bangsa itu sendiri.

18 April 2008

WSFFM DILANDA KONTROVERSI LANTARAN SALAH TAFSIR



Penulis berasa terpanggil untuk mengulas berkenaan isu yang dibangkitkan oleh akhbar The Sun pada 16 April 2008 yang lalu mengenai WSFFM yang kononnya membazirkan wang pembayar cukai. R. Nadeswarans selaku penulis artikel tersebut (“Song and dance while others suffer”) juga dilihat begitu kritis dalam mengkritik Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui oleh YB Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebelum penulis membincangkan perkara ini, ada baiknya kita selaku pembayar cukai (seperti yang dimaksudkan oleh Nadas), mengambil jalan bertenang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian. Mereka-mereka yang cuba dikaitkan ini, bukanlah asing bagi kita malahan ‘track record’ yang ditunjukkan sebelum ini terutamanya Azalina dilihat begitu cemerlang.

Sebagai contoh, dengan pelbagai usaha dan program yang dijalankan oleh pihak kementerian, golongan belia dilihat semakin berminat untuk berpesatuan dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Persatuan-persatuan sukan juga semakin aktif dalam merangka pelbagai program untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini.

Berbalik kepada isu pokok yang dibangkit, sebelum penulis memberikan ulasan ada baiknya kita mengenal terlebih dahulu persatuan yang dipanggil Women Sports and Foundation Malaysia (WSFFM) ini.

WSFFM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pertama di negara ini dalam memperjuangkan hak-hak wanita di dalam bidang sukan. Umum mengetahui wanita di negara amat kurang melibatkan diri di dalam bidang sukan dan kecergasan terutama pada mereka yang telah berumahtangga. Berbanding dengan negara barat, penglibatan wanita di dalam bidang ini di lihat lebih aktif dan mengalakkan.

Oleh yang demikian, penulis merasakan tidak timbul isu untuk mempertikaikan pemberian kontrak tersebut. Di atas usaha yang digerakkan oleh WSFFM ini, kita seharusnya lebih menghargai peranan yang dimainkan terutama dari mereka-mereka yang bergelar wanita.

Tugas yang digalas oleh WSFFM bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, kerana rata-rata wanita di negara Asia telah lama dibelenggu oleh pemikiran kuno yang membataskan wanita untuk bergiat lebih aktif di dalam bidang sukan. Tambahan pula wanita sering dilabelkan sebagai masyarakat kelas kedua oleh sesetengah pihak terutamanya mereka yang bergelar lelaki.

Bukanlah niat penulis untuk menyalahkan lelaki di dalam hal ini, namun kadangkala ketidakseimbangan yang wujud ini benar-benar menolak peranan dan tanggungjawab kaum wanita.

Isu kedua yang dibangkitkan adalah berkaitan pembaziran yang dilakukan hingga mencecah jutaan ringgit serta wujdunya kemungkinan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Azalina. Tuduhan liar ini dilihat hanya semata-mata untuk merosakkan kredibiliti Azalina selaku Penaung persatuan tersebut.

Pengerusi Eksekutif WSFFM, Dr S. Hamala juga tampil menjelaskan, tidak wujud sebarang salah guna kuasa kerana satu jawatankuasa induk khas yang menapis semua tender dan mengaudit persatuan terbabit.

Wakil dari WSFFM juga turut menegaskan hanya disebabkan kesilapan menterjemah perkataan persembahan sebagai ‘entertaiment’ ia telah mengakibatkan persatuan itu diseret ke kancah kontroversi.

Sekiranya diteliti secara mendalam, isu remeh yang dibangkitkan ini hanyalah disebabkan wujudnya segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kecemerlangan yang diberikan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu dan lebih bermotifkan serangan peribadi.

Golongan yang tidak berpuas hati ini, dilihat cuba melakukan serangan demi serangan dalam usaha untuk mencari kepentingan peribadi.

08 April 2008

RAKYAT SELANGOR MENDAPAT ‘BONUS’ DARI ‘BARISAN RAKYAT’


Rakyat Selangor bakal diberikan ‘bonus’ oleh kerajaan negeri di atas sokongan yang telah diberikan di dalam Pilihnaraya Umum baru-baru ini. Bonus yang dimaksudkan itu bukanlah berupa wang ringgit yang lazimnya diterima oleh kakitangan kerajaan dan swasta pada setiap hujung tahun apabila syarikat meperolehi keuntungan.

Tapi bonus yang dimaksudkan adalah merupakan pembinaan ladang ternakan babi yang bernilai RM100 juta yang bakal dibina di daerah Sepang. Pembinaan kangdang babi berskala besar itu bakal menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pengeluar daging babi terbesra di dalam negara.

Teresa Kok yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perladangan, menegaskan ladang yang bakal dibina ini bertujuan untuk dijadikan contoh kepada negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

Yang menjadikan pemberian ‘bonus’ ini lebih menarik adalah sokongan yang telah diberikan Pas kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan projek ternakan ini. Dengan kemudahan untuk membelanjankan ‘wang rakyat’ yang diperolehi selaku kerajaan yang memerintah, Selangor dilihat cuba merasuah penduduk berbangsa Cina dan India dengan pembinaan ladang ternakan ini.

Sekiranya semasa menjadi pembangkang dahulu, mereka kerap menyalahkan kerajaan kerana terlalu boros dalam membelanjakan wang rakyat. Namun kini tindakan yang diambil ini di lihat lebih melampau kerana pengunaan wang rakyat ini hanya berkepentingan untuk sebelah pihak sahaja.

Pandangan dan sensitiviti bangsa Melayu langsung tidak diambil kira walaupun bangsa ini adalah merupakan kaum majoriti di dalam negeri Selangor. Dr Halimah yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor turut menegaskan beliau dan dua lagi Exco Pas menyokong penuh projek berkenaan.

Adalah benar agama Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain dari menjalankan cara dan gaya hidup mereka, namun sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat majmuk adalah penting untuk mereka menjaga sensitiviti kaum lain.

Pembinaan ladang ternakan berskala besar ini, bukanlah atas faktor kekurangan bekalan bahan mentah tersebut di pasaran tapi lebih bertujuan untuk memodenkan sistem yang sedia ada disamping mengalakkan pengeluaran daging babi ini dipasaran.

Dan lagi projek yang bakal dibina ini juga berkemungkinan mempunyai implikasi dari segi alam sekitar, kebersihan dan kesihatan. Sudah kawasan yang dipilih merupakan kawasan yang dihuni oleh majoriti Melayu, cadangan tapak pembinaan juga tidak jauh dari penempatan mereka.

Rakyat negeri Selangor seharusnya sedar, sokongan yang diberikan kepada pakatan rakyat ini sehingga mereka mampu membentuk kerajaan bukan sahaja telah menyebabkan kuasa politik Melayu terhakis. Tapi terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila maruah dan sesitiviti budaya serta agama bangsa Melayu yang tidak lagi dijaga dan diambil kira.

Lantaran itu, sepanjang tempoh pemerintahan ini rakyat Selangor hanya mampu bersabar dan menerima natijah hasil dari tindakan dan kesilapan yang mereka lakukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...