Malu… malu… malu… Seandainya boleh digambarkan, begitulah perasaan Lim Kit Siang, Lim Poh Kuan, The Sun dan mereka yang seangkatan dengannya. Mereka yang pada mulanya begitu teruja untuk melanyak Azalina di Parlimen berhubung isu barang antik akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Azalina berbahas. Ini kerana lain yang diharapkan lain pula yang jadi, apabila mereka pula terkena 'sidekick' Azalina hingga tersungkur rebah.
Penulis yang secara kebetulan berada di parlimen malam tadi kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan, sempat melihat perbahasan parlimen yang berkesudahan jaguh-jaguh pembangkang rebah seorang demi seorang dibantai Azalina.
Jika sebelum ini, kita sering menyaksikan pembangkang melanyak wakil-wakil rakyat dari BN apabila berbahas namun perkara yang sebaliknya pula yang berlaku malam tadi. Azalina yang memang terkenal dengan sifat lantang dan tegasnya apabila bersuara, dilihat begitu hebat membenam kokokkan ayam jantan Kit Siang.
Semuanya bermula apabila Azalina diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan kementerian yang diterajuinya. Terutamanya isu terbaru yang dibawa oleh The Sun berkaitan pembelian barang-barang antik yang didakwa mengunakan peruntukan kementerian. Namun Azalina dengan pantas menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azalina barang-barang antik tersebut sebenarnya telah dibeli oleh sebuah syarikat korporat bagi diberikan kepada Pak Lah sebagai cenderahati.
Menurut Azalina hadiah itu telah diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan kemudian dihadiahkan pula kepada Pak Lah sebagai cenderahati kerana sudi merasmikan program Zoom anjuran Tourism Malaysia. Kalau menurut kenyataan The Sun, pembelian itu betujuan untuk menjaga dan memelihara warisan bangsa dari jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Cenderahati itu mungkin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Pak Lah kerana mentadbir negara dengan bijak. Atau mungkin juga sebagai tanda kenangan kerana Pak Lah akan bersara tidak lama lagi. Sebagai masyarakat yang mengamalkan budaya timur, apakah menjadi kesalahan apabila berbudi kepada mereka yang berjasa.
Yang menjadikan perbahasan itu bertambah menarik ialah, apabila Azalina sempat berjenaka untuk mencarikan Kit Siang syarikat yang sudi memberikan hadiah untuknya. Ini kerana Kit Siang mungkin tertekan apabila tidak ada syarikat yang sudi memberinya hadiah seperti yang di terima Pak Lah.
Dan lagi, Azalina juga berkata beliau sanggup memberikan hadiah keris kepada Kit Siang sekiranya itu yang dia inginkan bagi mengurangkan rasa kecewa yang melanda dirinya. Kenyataan Azalina itu telah membuatkan hadirin yang hadir pecah perut dan kelihatan beberapa orang ahli parlimen di kerusi pembangkang juga tersenyum sinis melihat Kit Siang.
Bagi membuktikan tidak wujud sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, Kit Siang diminta membuat laporan kepada BPR ataupun polis sekiranya dia merasakan tuduhannya itu benar. Kit Siang juga gagal mengemukan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan yang dilemparkan itu.
Dan lagi, sekiranya benar barangan tersebut dibiayai dengan mengunakan wang kerajaan sudah pasti akan ada resit pembelian dan sebagainya. Kegagalan Kit Siang mengemukan sebarang resit membuktikan kebodohan yang ada di dalam dirinya. Sebabnya apabila kita ingin menuduh orang, pastikan kita mempunyai hujah dan bukti yang kuat bagi mensabitkan kesalahan.
Kalau setakat 'hearsay' lembu tepi jalan pun boleh buat.