Belum pun isu mengenai himpunan Black 505 selesai diperkatakan, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
sekali lagi dengan pementasan drama yang baru bertujuan untuk mempengaruhi
minda di bawah sedar dengan sandiwara terbaru nukilannya. Ia ekoran dari
kegagalannya untuk mempengaruhi sokongan ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang
agar memboikot sidang parlimen yang bakal diadakan pada minggu depan.
21 June 2013
SPR Selar Anwar Sebagai Pelakon Hebar Dan Hipokrit
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini
sekali lagi menegaskan untuk menolak gesaan yang dibuat oleh pakatan rakyat
untuk meminta semua ahli badan itu meletakkan jawatan kerana dikatakan telah
bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) untuk menipu keputusan pilihan raya yang
lalu. Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini.
SPR Kecewa Dengan Karenah Birokrasi Jabatan Peguam Negara
Ramai yang sering menuding jari kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melemparkan pelbagai tuduhan baik di
kalangan pakatan pembangkang mahupun penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Seperti
yang diketahui umum, pakatan menyalahkan SPR yang dikatakan bersekongkol dengan
Pejabat Pendaftaran Negara sehingga berjaya memberi kemenangan kepada parti
pemerintah dalam pilihan raya yang lepas.
Bermulanya Perang Antara Kelompok Pro Ulama Menentang Anwarinas
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa
sekali lagi mencetuskan kontroversi politik apabila bertindak mengeluarkan ‘fatwa’ baru dengan menyatakan sesiapa
sahaja yang terkorban khususnya di kalangan pengikut Pas yang menyertai Himpunan Black 505 nanti akan dianggap syahid fi sabilillah. Paling menarik
apabila Husam turut mengheret Mat Sabu dan parti Pas, bagi menarik perhatian
pengikut parti itu agar termakan dengan umpan
mengarutnya.
Sekolah Vernakular Menghalang Perpaduan Kaum
Selari dengan pendirian yang dikeluarkan
sebelum ini, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Mohd. Noor Abdullah
petang semalam agar kerajaan mengambil satu pendekatan yang dinamik agar
sekolah vernakular di negara ini diberi penjenamaan semula untuk memupuk
perpaduan kaum.
20 June 2013
Orang Melayu Perlu Sedar Dan Bersatu - Shahidan
Portal pembangkang Malaysiakini sekali
lagi dilihat menjadi agen penyebar propaganda pembangkang apabila berterusan
menggunakan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Shahidan
Kassim sebagai modal mewujudkan ketegangan kaum. Portal tersebut dilihat
berulang kali menggunakan isu tersebut dengan meminta pelbagai pihak untuk
tampil membuat kenyataan balas.
18 June 2013
PRU : Yang Berhormat Atau Yang Berkhidmat
Adakah rakyat Malaysia akan terus berpolitik sehingga Pilihan Raya
Umum (PRU) Ke-14? Bilakah masa wakil rakyat yang dipilih mewakili BN,
DAP, Pas dan PKR mahu bekerja untuk rakyat dan pengundi-pengundi?
Seminggu berlalu, masih ada yang tidak puas hati dengan keputusan PRU
memihak kepada BN di peringkat Pusat dan pakatan 3P - DAP, Pas, PKR di
Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Cina DAP Sengaja Main Sentimen Rasis
Kebanyakan negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS), mana-mana
individu atau pihak yang cuba mengkritik, menegur apatah lagi mengecam
bangsa Yahudi, mereka akan dicop sebagai anti-Semitik (anti-Yahudi).
Exco DAP Selangor Cadang Wujudkan Rumah Urut Ikut Jantina
Ramai yang pasti tersenyum sinis dengan
kenyataan yang dicadangkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Datuk
Teng Chang Khim untuk mewujudkan rumuh urut mengikut jantina bagi tujuan
mengelakkan berlakunya kegiatan maksiat di Selangor.
Malaysiakini : Antara Kebebasan Media Dan Penipuan Fakta
Penulis tergelak apabila membaca laporan
berita portal pembangkang, Malaysiakini mengenai larangan yang diterima untuk
tidak menghadiri sidang media Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
semalam. Laporan yang dikeluarkan itu secara jelas untuk memburukkan kerajaan yang
kononnya tidak menghormati kebebasan media sebagai penghubung antara media dan
masyarakat.
Pemilihan Pas : Anwarinas vs Pro-Ulama
Walaupun demam pilihanraya umum ke-13
telah berlalu, namun masih ramai yang begitu berminat untuk memperkatakannya.
Ada yang terkejut dengan keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat dan
tidak kurang juga ada yang ‘gila meroyan’
apabila melihat penolakan rakyat yang masih meletakkan harapan kepada parti
pemerintah.
Dzulkefly Umpama Anjing Menyalak, Kerana Kalah Pilihan raya
Bukanlah sesuatu yang pelik, apabila
ramai di kalangan pemimpin pakatan pembangkang menyalak umpama anjing yang
kehilangan tulang apabila majoriti pengundi memilih untuk menolak mereka dalam pilihan
raya umum yang lalu. Ini kerana umum mengetahui ramai di kalangan mereka
sebelum ini hanya sibuk berpolitik untuk memastikan Anwar Ibrahim mampu
merealisasikan impian untuk menjadi Perdana Menteri.
15 June 2013
Zuraida Dedah Kepincangan Khalid Di Selangor
Seperti yang telah diduga, pentadbiran Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan pelbagai masalah khususnya dari kumpulan Azmin Ali yang masih tidak dapat menerima keputusan Anwar Ibrahim yang tunduk dengan kehendak bininya yang juga merupakan presiden parti.
Kerajaan Tidak Akan Laksana Udang-Undang Kawal Media
Media propaganda
dan alat fitnah pakatan pembangkang pastinya sudah mampu menarik nafas
lega apabila kerajaan memutuskan untuk tidak mengikuti langkah negara
jiran, Singapura yang sebelum ini mengambil langkah mendaftarkan semua
portal berita di negara itu.
Anwar Bukan Lagi Satu Aset, Tetapi Liabiliti
Bukanlah suatu yang memeranjatkan apabila
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan untuk tidak memulaukan upacara
majlis angkat sumpah untuk ahli-ahli Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 24
Jun nanti. Ini kerana skrip drama dan sandiwara seperti ini telah acap kali didendangkan
oleh pimpinan pakatan pembangkang yang bertujuan untuk menarik perhatian
masyarakat.
Husam Elok Bersara Dari Politik
TIGA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan telah gagal menghadiri
upacara angkat sumpah sebagai ADUN dalam sidang pertama DUN Kelantan
semalam. Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mustafa
Mohammad dan Datuk Abdullah Che Rawi. Sudah tentu yang
paling mencuri perhatian ialah ketidak hadiran Husam Musa yang juga
ADUN bagi kawasan Salor.
Media Sosial Gagal Menangkan PR
Di
era teknologi maklumat ini, media sosial dikatakan mampu menentukan
hala tuju negara mahupun jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Malah, media sosial telah terbukti mampu mencetuskan anarki dan juga pembunuhan etnik. Tidak mustahil sedikit masa lagi, media sosial juga bakal menjadi punca perang antara dua negara, mahupun perang dunia.
4 Pemimpin MCA Bertanding Jawatan Presiden
Keputusan
Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk tidak mempertahankan
jawatannya dalam pemilihan parti itu adalah keputusan yang tepat
berikutan prestasi buruk MCA dalam PRU-13.
MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi. Lebih dahsyat, kubunya di Johor juga telah ditembusi pembangkang.
Awas Surau-Surau Di Kementerian : Caution! Extreme Political Sermon During Ramadhan!
Ramadhan is just around the corner and many
of us have made preparation waiting one of the holiest months for us Muslims.
Preparations are also made on the activity during the fasting month. The
atmosphere is joyful yet the humbleness of the occasion makes our hearts filled
with hope of redemption.
Kuli Sudah Tidak Berdaya Menjadi Presiden UMNO
Desas desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah
(Kuli) akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang, sudah mula bertiup kencang
di sana sini.
DAP Perlu Pecat MP Bakri
Banyak pihak dalam Pakatan Rakyat menggesa DAP mengambil tindakan
disiplin yang keras (termasuk dipecat dari parti) ke atas Ahli Parlimen
Bakri, Er Teck Hwa kerana kebodohannya menghadiri taklimat Parlimen di
bangunan Parlimen semalam.
Zambry Sedia Pecah Dominasi Najib
Perhimpunan Agung UMNO pada sesetengah orang mungkin masih panjang, 5
bulan lagi. Tapi di akhir-akhir zaman ini, masa berjalan macam roket,
sedar tak sedar dah sampai masa yang ditunggu-tunggu sangat oleh banyak
pihak itu dah sampai saja dah.
Petisyen PRU-13 Akan Dedahkan Pembohongan PR
Pakatan
Rakyat hari ini dilaporkan akan memfailkan 35 petisyen iaitu 25 kawasan
yang dimenangi parti itu dan 10 kawasan yang dimenangi Barisan
Nasional. Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah sehingga RM1.5 juta.
14 June 2013
Anwar Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang
Anwar Ibrahim kini terpaksa menumpukan tenaganya untuk terus berpaut sekuat mungkin pada gelaran ‘Ketua Pembangkang’. Sedikit kesilapan, akan menyebabkan beliau tertendang keluar dari jawatan tersebut. Tidak
keterlaluan dikatakan, bahawa jawatan ‘Ketua Pembangkang’ itulah
‘maruahnya’ yang tinggal kerana pada hakikatnya, tiada siapa lagi yang
mendengar arahan atau kata-katanya.
12 June 2013
Husam Musa Ibarat Kuda Tempang Yang Memerlukan Talian Hayat Untuk Terus Hidup
Sudah jatuh ditimpa tangga. Mungkin itu
antara peribahasa yang sesuai diberikan kepada Naib Presiden Pas, Datuk Husam
Musa yang buat kesekian kalinya di timpa malang yang tidak kunjung sudah. Ia
ekoran dari laporan berita hari ini yang memaklumkan mengenai kekalahannya
dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd
(NSTP), dan empat yang lain berhubung penyiaran satu artikel mengenainya.
Hadir Taklimat Parlimen, MP DAP Bakal Berdepan Hukuman
Mungkin kerana khuatir dijadikan sebagai
‘kambing hitam’ dari kepimpinan DAP pusat ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa
terpaksa mengeluarkan kenyataan bertulis bagi menjelaskan tindakannya yang
menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini. Teck Hwa pagi semalam menjadi
wakil tunggal dari pakatan pembangkang yang menghadiri majlis tersebut yang
turut dihadiri oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sir Pandikar Amin Mulia.
Leftenan Adnan, Kecewa Ditipu Lakonan Anwar
Seperti
melepaskan anjing tersepit!!! Mungkin itulah perasaan yang menyelubungi
pelakon, Hairie Othman yang juga merupakan aktivis Pas apabila baru-baru ini
dilaporkan mengeluarkan kenyataan kecewa apabila mendapati dirinya seolah-olah
tidak dipedulikan lagi. Luahan kekecewaan itu disuarakan apabila tiada lagi
jemputan atau panggilan ceramah yang diterimanya sebaik sahaja proses pilihan
raya umum ke-13 selesai.
Gabungan NGO Melayu-Islam Desak Kerajaan Hapus Sekolah Vernakular
Gabungan NGO Melayu-Islam hari tampil
membuat kenyataan mendesak kerajaan agar menimbangkan cadangan untuk
menghapuskan SEMUA sekolah vernakular bantuan kerajaan sebagai satu usaha untuk
mewujudkan ‘Penyatuan Nasional’ (National
Reconciliation). Menurut jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan semua
ahli yang bergabung telah membuat ketetapan dan keputusan tegas bahawa langkah
pertama yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah menangani isu kewujudan
sekolah-sekolah vernakular di negara ini.
11 June 2013
Kerana Himpunan Black505, Harun Taib DiHina Seperti Anjing
Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan
Ulama Pas, Datuk Harun Taib berhubung penyertaan parti itu dalam perhimpunan ‘Black505’ membuktikan secara jelas
dominasi ‘Anwarinas’ dalam Pas. Ini
kerana Harun Taib yang sebelum ini berkata beliau tetap berpegang
dengan pendiriannya bahawa PAS tidak akan menyertai himpunan seperti itu terpaksa
menarik balik kenyataan tersebut ekoran tekanan yang diterima dari kelompok ‘Anwarinas’.
Shafie Afdal Sokong Akta Baru Pelihara Institusi Raja
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari
ini menjadi orang pertama di kalangan menteri kabinet yang bersetuju dengan
cadangan untuk mewujudkan satu rang undang-undang baru bagi menghukum perbuatan
sesetengah pihak yang semakin berani menghina institusi Raja-Raja Melayu. Ini
kerana sudah acap kali institusi ini dijadikan sasaran kejian, makian, hinaan
dan sebagainya.
08 June 2013
Bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, Dakwa Anwar Raja Segala Pembohong
Tindakan biadab ketua umum PKR, Anwar
Ibrahim yang ingin menarik simpati rakyat agar bangkit bersamanya, menolak
keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) terus menerima kecaman dari pelbagai
pihak.
BN Parti Tunggal, Tidak Wajar Dan Masih Terlalu Awal
Cadangan sesetengah pihak yang mahu
menjadikan parti Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti tunggal terus
mendapat bantahan dari segelintir pemimpin yang merasakan ia masih terlalu awal
dan tidak wajar untuk dilaksanakan pada ketika ini. Ia ekoran dari cadangan
yang dikemukakan oleh Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang
sebelum ini yang mengatakan mahu melihat BN bersifat sebagai satu parti tunggal.
07 June 2013
Institusi Raja Dihina, Sampai Bila Kerajaan Ingin Bersabar Dengan Anjing Derhaka??
Ekoran penahanan seorang suspek wanita yang
didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong melalui tulisan di Facebook, MP PKR, Gooi
Hsiau Leung terpaksa menyalak seorang diri bagi menarik perhatian rakyat khususnya
masyarakat Cina.
Anwar Digesa Pulau Majlis Angkat Sumpah
Pentas politik negara seakan senyap
sunyi 1-2 hari ini. Mungkin kerana ramai yang semakin penat dengan kerenah
pakatan pembangkang yang begitu sibuk untuk berpolitik setiap masa dan waktu. Namun
dalam kesepian itu, beberapa gabungan NGO yang di dokong oleh pakatan
pembangkang tampil membuat kenyataan, menggesa wakil-wakil rakyat mereka
memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen yang dijadualkan pada akhir Jun
ini.
Ketua Sayap Sokong Agar Jawatan Tertinggi Umno Tidak Dipertandingkan
Ramai yang menjangkakan pemilihan Umno
pada kali ini bakal menyaksikan satu pertandingan yang sengit khususnya di
kalangan parti pembangkang. Mereka mengharapkan agar jawatan Presiden Umno yang
kini disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di cabar oleh pemimpin lain
dalam pemilihan parti yang akan datang.
06 June 2013
Anwar : Antara Penipuan SPR Dan Matlamat Menjadi PM
Mungkin disebabkan kerana telah
terlalu lama memendam hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar
Ibrahim seperti sudah tidak mampu lagi untuk terus menunggu mandat rakyat agar
memilihnya secara demokrasi untuk tempoh 5 tahun lagi. Kegilaan terus mengatasi
kewarasan akal fikiran Ketua Pembangkang itu apabila terus cuba mendesak agar
majoriti rakyat dapat bangkit bersama menolak sistem demokrasi yang ada.
05 June 2013
Guan Eng Ibarat Cacing Kepanasan Ekoran Kenyataan Shabery
Seperti yang diduga, parti DAP pasti ‘panas punggung’ dengan kenyataan Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memaklumkan kerajaan
kini sedang menimbang untuk mengambil pendekatan yang dilaksanakan negara Singapura pada minggu lalu
untuk mengawal portal berita.
Subscribe to:
Posts (Atom)