Showing posts with label Undi Popular. Show all posts
Showing posts with label Undi Popular. Show all posts

13 January 2014

@limkitsiang @cmlimguaneng @dapmalaysia Akhirnya Gerakan ‘Dinasti Lim’ Berjaya Singkirkan Veteran DAP Johor


Seperti yang telah di duga, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu sejurus selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan semalam.

Paling menarik, ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan Cheng Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.

23 October 2013

Pemilihan UMNO: Memahami Mesej Akar Umbi @HishammuddinH2O @MukhrizMahathir




Banyak telah diperkatakan mengenai pemilihan UMNO yang baru lalu.  Ada yang berkata UMNO tidak berubah, ada yang berkata UMNO telah berubah dan ada yang berkata ia berubah ke arah yang salah serta ada juga yang berkata ia berubah ke arah yang benar. 

Sejak sebelum pemilihan cakap-cakap mengenai ‘perubahan’ sudah terlalu sering di dengar. Ini tidak menghairankan memandangkan kerajaan juga membawa slogan ‘transformasi’ yang turut bermakna perubahan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...