Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
27 February 2014
25 February 2014
Mulut Lancang : Karpal Singh Bakal Habiskan Sisa Hidup Di Dalam Penjara
Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ekoran mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP, Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.
Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
#PRKKajang Selepas Tipu India Di Kg Buah Pala, @anwaribrahim Tabur Janji Manis Di Kajang
Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.
Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang semalam dilaporkan berkata, dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.
Labels:
#PRKKajang,
Anwar Tipu India,
DAP,
Kampung Buah Pala,
Lim Guan Eng,
PAS,
pkr
24 January 2014
@cmlimguaneng @dapmalaysia Kerajaan DAP @roketkini Penang, Halau Peniaga Melayu Dengan Notis 3 Hari
Kali ini hanya 3 hari diberi kepada gerai-gerai Tanjung Tokong kepunyaan
orang Melayu untuk diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
13 January 2014
@limkitsiang @cmlimguaneng @dapmalaysia Akhirnya Gerakan ‘Dinasti Lim’ Berjaya Singkirkan Veteran DAP Johor
Seperti yang telah di duga, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu sejurus selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan semalam.
Paling menarik, ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan Cheng Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.
13 September 2013
Perwakilan India Memberontak, Fail Injunksi Pemilihan CEC @cmlimguaneng @dapmalaysia
![]() |
| Mengapa ahli dan perwakilan India dalam DAP memberontak??? |
Naib Pengerusi DAP
cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan
permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.
Dass dalam sidang
akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini
memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas
menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.
12 September 2013
Burukkan Negara, Bukti Guan Eng BODOH @cmlimguaneng
Bayangkan seorang
peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan
barangannya sendiri. Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di
dunia. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau
Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini.
Di dalam misi tersebut,
Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam
keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak
wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan.
10 September 2013
Pemilihan CEC, Bukti Cina DAP Takut @cmlimguaneng @limkitsiang @dapmalaysia
Kemelut
CEC DAP: Bukti Cina Takut Bersaing Secara Adil
Pemilihan
semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak
menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima
sebarang notis untuk pemilihan semula. Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP
menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan
tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian.
Tidak
cukup dengan itu, turut didakwa terdapat ‘perwakilan haram’ seramai
547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian
awal. Tujuan mereka ini dibawa ke
mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.
Labels:
BN,
CEC DAP,
Cina DAp,
Lim Guan Eng,
Lim KIt Siang,
perwakilan haram,
PRU13,
UMNO
Apa Motif Guan Eng 'Tokong' Burukkan Malaysia Di Luar Negeri @cmlimguaneng
Ada
Udang Disebalik Batu
Pengkhianat
didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan
yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah
pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan
harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?
Themistocles,
salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi
seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan
dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480
S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera
Persia ada 700 kapal.
Themistocles
sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan
bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi
pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di
kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka.
Labels:
BN,
DAP Penang,
Guan Eng Tokong,
Lim Guan Eng,
Najib Razak
25 August 2013
Pemilihan CEC : DAP Cakap Tak Serupa Bikin
Penganalisis politik mempertikaikan keputusan
DAP yang memutuskan untuk tidak membuat penamaan calon baru bagi mengadakan
semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Setiausaha Kluster Politik
Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, sikap
DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas menunjukkan ketidakmatangan
parti itu.
Beliau menegaskan jika DAP benar-benar telus
dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses pemilihan CEC mengikut
prosedur bermula daripada penamaan calon.
02 June 2012
PERJUANGAN KARPAL UNTUK PM BUKAN MELAYU?????
Karpal Singh baru-baru ini mengatakan akan memperjuangkan kerusi
PM untuk diisi seorang bukan Melayu selagi beliau masih hidup.
Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang
dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu
menjadi Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan terjemahan itu, Karpal secara peribadi menganggap jawatan
itu boleh disandang oleh calon bukan Melayu walaupun pakatan
pembangkang telah bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim calon paling layak.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Apanama,
DAP,
DUN,
House PK,
Karpal Singh,
Lim Guan Eng,
Lim KIt Siang,
Melayu,
NGO,
Nik Abdul Aziz,
Parlimen,
Parpukari,
pkr,
PM,
The Unspinner
14 May 2012
PTPTN : Pembangkang Yang Hipokrit
Isu segelintir kecil golongan
pelajar yang mahu mendesak kerajaan untuk memansuhkan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan satu lagi sandiwara
dan drama terbaru arahan pakatan pembangkang. Ini disebabkan kerana
mereka sedang berusaha untuk mencipta pelbagai momentum untuk menipu dan
menagih simpati rakyat.
Ini kerana mereka sedar sejak
kebelakangan ini sokongan rakyat telah kembali kepada kerajaan. Imej
‘cool’ PM serta pendekatan yang digunakan untuk mendekati golongan muda
tenyata mula diterima golongan generasi X dan Y. Ini ditambah dengan
pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan telah
mula dirasai oleh majoriti besar rakyat.
Perkembangan itu ternyata tidak
disenangi oleh pakatan pembangkang, oleh itu seribu satu isu dicipta dan
terbaru mendokongi gerakan pelajar untuk bangkit menolak dan menentang
kerajaan.
Natijahnya Dataran Merdeka yang
merupakan ikon pelancongan negara untuk para pengunjung baik dari dalam
mahupun luar negeri tercemar dengan kebiadapan segelintir kecil golongan
pelajar yang menjadi alat pembangkang. Ini kerana himpunan yang mereka
adakan baru-baru ini gagal mendapat sambutan majoriti mahasiswa.
Retoriknya seperti kebiasanya isu yang
disuara itu ‘disambut’ oleh pakatan pembangkang bagi mewujudkan persepsi
mereka bersama-sama menyokong isu untuk memansuhkan PTPTN ini.
Sedangankan mereka jugalah sebelum ini yang menajdi dalang agar gerakan
ini dihidupkan oleh pelajar-pelajar tersebut.
Namun begitu, apabila dilakukan semakan
ternyata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah merupakan antara mereka
yang menyokong penuh usaha untuk menubuhkan PTPTN ini apabila akta ini
dibentangkan di parlimen pada tahun 1997. Kenyataan ini diperolehi
ketika penelitian dilakukan melalui rekod Penyata Rasmi Parlimen.
Berikut adalah petikan ucapan mereka ketika membahaskan akta ini pada 14 May 1997
Berikut adalah Penyata Rasmi lengkap pada hari tersebut untuk rujukan semua. Penyata Rasmi Parlimen 14/05/1997
Seterusnya, kenyataan yang dibuat oleh
Anwar Ibrahim, untuk memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya merampas
kerajaan atas alasan ia adalah merupakan akta yang zalim. Namun
persoalannya mengapa ketika akta ini dibentang dulu, Anwar selaku
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak membantah?
Sedangkan yang memberikan kelulusan
kepada PTPTN untuk memulakan operasi ialah Anwar Ibrahim selaku Menteri
Kewangan dan yang paling penting pada ketika itu merupakan pemangku
kepada jawatan Perdana Menteri.
Kesimpulannya inilah wajah-wajah sebenar
pembangkang, yang cuba menipu rakyat dengan pelbagai janji manis namun
dimasa yang sama mempunyai pelbagai imej dan personaliti.
Labels:
Dataran Merdeka,
Lim Guan Eng,
Lim KIt Siang,
MP Tanjong,
PM,
PTPTN
Subscribe to:
Posts (Atom)









