Ada
Udang Disebalik Batu
Pengkhianat
didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan
yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah
pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan
harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?
Themistocles,
salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi
seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan
dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480
S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera
Persia ada 700 kapal.
Themistocles
sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan
bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi
pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di
kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka.
