Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

27 February 2014

@Khalid_Ibrahim Tandatanggan MoU, @anwaribrahim Dakwa Dia Dan @KEADILAN Tidak Dimaklumkan.



Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai pihak.

26 February 2014

Institut Wasatiyyah Anjur Seminar Antarabangsa, Pupuk Kefahaman Rakyat



Add caption

Institut Wasatiyyah Anjur Seminar Antarabangsa, Pupuk Kefahaman Rakyat

Dalam memastikan masyarakat memahami pendekatan Wasitiyyah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak, satu seminar antarabangsa akan dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin berkata seminar yang bertajuk ‘Penghayatan Wasatiyyah dalam Kerangka Maqasid Syariah’ itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri dan bakal berlangsung selama 3 hari di Menara Felda bermula dari 8 April 2014.

20 February 2014

@anwaribrahim @chegubard Selepas Bangla, Pembangkang Kaitkan Myanmar



Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU), negeri (PRN) mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu.

Jika sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu, kini anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.

13 February 2014

PM Ajak Rakyat Solat Hajat


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput umat Islam menyertai majlis solat hajat untuk kemakmuran dan keamanan negara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, mulai 6 petang.

30 January 2014

Antara Pro Dan Kontra : Fenomena #selfie



Mengaku saja jika anda pernah ‘selfie’ atau memang kaki ‘selfie’ kerana tak perlu cakap, daripada gambar saja sudah boleh kita labelkan. Tapi peliknya masih ramai remaja terutamanya lelaki yang malu mengaku suka ‘selfie’ sedangkan memang itu hobinya. MURSHID EUNOS beralih perspektif untuk melihat istilah ‘selfie’ dari sudut lain yang mana ia dianggap fenomena terbaru dunia.

‘Selfie’ merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Entah mana mulanya tapi tiba-tiba tahun 2013, istilah ini dianggap paling banyak digunakan hingga ia diangkat menjadi istilah paling popular.

27 January 2014

@NajibRazak Pemimpin Melayu Perlu Garang Dan Berpendirian Teguh



KUALA LUMPUR – Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid melontarkan pandangan bahawa pemimpin Melayu perlu mempunyai pendirian dan tidak terlalu berkompromi. Menurut beliau, pada masa ini, tidak ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh.

Beliau berpendapat, seorang tokoh itu harus garang dan bersemangat.

25 January 2014

@MukhrizMahathir @NajibRazak BN Akan Kalah Pilihanraya, Kenyataan Telah Di Putar Belitkan



ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.

22 January 2014

@najibrazak @Zahid_Hamidi Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong Adalah Sikap Penderhaka


‘Ibarat Cacing Naik Ke Mata’. Mungkin itu antara perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tindakan dan kenyataan berbaur perkauman yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak kerana ingin mengeruhkan keharmonian dan perpaduan yang wujud di negara ini.

Hari demi hari, pasti ada sahaja laporan mengenai isu yang menyentuh sensitiviti kaum yang mana sekiranya tidak dibendung atau langkah pencegahan dikhuatiri bakal mewujudkan suasana tegang antara kaum.

17 October 2013

Pemilihan Sayap UMNO: Langkah Pertama Ke Arah Melengkapkan Transformasi @Khairykj




UMNO telah lama membela Melayu dengan memberi berbagai tongkat serta membina benteng pertahanan agar bangsa ini dapat berdiri teguh dan terus hidup di celah-celah kemajuan negara. Namun, pertolongan UMNO itu sentiasa dipandang serong sebagai berunsur rasisme dan juga kronisme. Oleh itu, UMNO sentiasa dipaksa untuk menepis dan membela diri walaupun hakikatnya apa yang dilakukan adalah murni serta menjadi kunci keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara ini.

Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini, UMNO dilihat semakin ‘segan’ untuk membela diri malah turut menerima tuduhan rasisme dan kronisme sebagai benar. Justeru, terdapat asakan dari dalam UMNO sendiri untuk berubah, untuk ‘transform’ atau ‘reform’ sepenuhnya agar lebih ‘relevan’ dan tidak perlu lagi ‘defensive’ atau ‘apologetic’ kepada sesiapa.

14 September 2013

Initipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Oleh PM @NajibRazak




Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi MARA hari ini.


MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

-        Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran
-        Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)
-        Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil
-        Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan
-        Memperluaskan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)

13 September 2013

Bekas SU Politik Anwar Bakal Mantapkan Jentera Umno Selangor @EzamNor @anwaribrahim @nohomar




Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor menghargai dan menghormati keputusan dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kainin yang memberi laluan kepadanya untuk memegang jawatan itu atas nama perjuangan.

Ujar Ezam, beliau akan mengambil serius pelawaan tersebut memandangkan perjuangan memartabatkan UMNO sinonim dengan perjuangan memartabat maruah agama dan bangsa.

Pemilihan Umno 2013 : Ukur Baju Di Badan Sendiri @NajibRazak @MuhyiddinYassin




Sabtu ini, 14 September bermulalah persaingan untuk mengisi jawatan-jawatan dalam UMNO apabila borang pendaftaran calon diedarkan. Setiap satu borang ada empat salinan yang perlu diisi. Dengan format baharu ini, tawaran untuk bertanding terbentang luas depan mata.

Seseorang hanya perlu melepasi kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian dalam sepenggal atau tiga tahun sahaja untuk bertanding apa sahaja jawatan, hatta Presiden sekalipun.

12 September 2013

Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Oleh YAB PM @NajibRazak @TERAJUofficial




SEMUA DIJEMPUT HADIR JEMPUTAN KE JEMPUTAN KE MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Dimaklumkan, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September 2013 (Sabtu), di DATC UITM Shah Alam.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat Bumiputera mengenai visi dan misi Kerajaan dalam memantapkan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Azeez Rahim Akan Pertahan Jawatan MT UMNO @NajibRazak @azeezputera



Berapa ramai pemimpin Umno yang sanggup buat macam ini?


Beliau adalah penyandang jawatan sebelum ini dan akan mempertahankannya sekali lagi. Berasal dari golongan "marhaen" Umno yang memanjat tangga kepimpinan melalui gerak kerja sukarelawan yang dipelopori beliau sejak sekian lama. Terlibat dengan misi-misi bantuan kemanusiaan baik di dalam negara mahupun di luar negara yang kini telah merangkumi 32 buah negara semuanya.

Beliau juga terlibat dengan misi membawa pulang hampir 87 gadis bawah umur dan isteri orang yang dibawa lari ke Lombok Indonesia. Ramai mungkin tidak mengetahui yang beliau juga terlibat untuk membawa pulang gadis "keldai-keldai dadah" dan gadis "sindiket kad kredit" yang menjadi mangsa.

Transformasi Ekonomi Bumiputera @NajibRazak @TERAJUofficial




Sejak merdeka, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberikan impak kepada ekonomi bumiputera di negara ini. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1971 banyak mengangkat taraf hidup bumiputera di negara ini.

Kadar kemiskinan turun dari 64.8% pada 1970 kepada sekitar 5.3% pada tahun 2009; dan bilangan profesional bumiputera meningkat dari 5% kepada 45% (51,306 orang) daripada jumlah keseluruhan profesional dalam tempoh yang sama. Begitu juga peratusan bumiputera dalam pengurusan meningkat daripada 22% pada 1970 kepada 43% pada 2009; walaupun sebahagian besar mereka menjawat jawatan ini dalam sektor kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

11 September 2013

Jangan Pilih Pemimpin Bermusim - Azeez Rahim @azeezputera @NajibRazak




Ahli di peringkat akar umbi kini sudah bijak dan tidak lagi terpedaya dengan pemimpin 'bermusim' yang hanya muncul menjelang pemilihan parti sebaliknya memilih mereka yang diyakini mampu bekerja untuk menerajui UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ahli sekarang mahukan pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan bagi mengukuhkan parti, bukannya mereka yang hanya beretorik untuk kepentingan peribadi.

‘POLIS RAJA DI Malaysia’ RTM Perlu Mohon Maaf Terbuka @PDRMsia @NajibRazak @Shaberyc




Aku pernah tanya seorang penjawat awam, kenapa sokong pembangkang, katanya, dia adalah badan pelaksana, polisi telah dibuat maka akhirnya penjawat awam yang akan melaksanakannya... Kalau kerajaan lemah bererti perlaksanaannya yang lemah... Kalau kerajaan bagus, bererti perlaksanaannya juga bagus...Simple jawapannya!

Bila aku ajukan kepada Penjawat Awam berstatus 'pembangkang', katanya kerajaan lain, UMNO lain tak sama... Perdana Menteri Lain, Presiden UMNO lain... Tapi, bila subsidi dikurangkan jawapannya, 'INI SEMUA KERJA UMNO'... Alahai!!! Tadi kata lain, sekarang kata lain...

10 September 2013

Apa Motif Guan Eng 'Tokong' Burukkan Malaysia Di Luar Negeri @cmlimguaneng




Ada Udang Disebalik Batu

Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?

Themistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.

Themistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka. 

09 September 2013

Penduduk India Ugut PM @NajibRazak Beri Tanah




"Dalam tempoh 10 hari, jika tiada apa-apa pertolongan daripada mana-mana pihak, kami nekad akan berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya."

Demikian luahan 400 keluarga bekas pekerja empat ladang yang kesal apabila permohonan membina perumahan kos rendah untuk mereka masih belum diambil tindakan sejak tiga bulan lalu.

Seorang penduduk, D Sokutamani, 56, berkata, dia rela makan, tidur dan memasak bersama jiran lain di bawah khemah daripada terus berada dalam rumah yang berdepan dengan risiko keretakan.

Kenapa Kerajaan Naikkan Harga Petrol




Macam- macam reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah 'pihak sana' yang sentiasa mencari 'silap' kerajaan, kenaikan itu seperti memberi 'bola tanggung'.

Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...