Showing posts with label Azeez Rahim. Show all posts
Showing posts with label Azeez Rahim. Show all posts

17 October 2013

@azeezputera Korban 35 Ekor Lembu di Baling @NajibRazak #AzeezRahim4MT




Masyarakat Islam baru sahaja meraikan Aidiladha dan melewati hari-hari awal Zulhijjah yang mempunyai nilai istimewa di dalam Islam. Selain menunaikan haji di Baitullah rata-rata masyarakat Islam yang berkemampuan akan melaksanakan ibadah qurban dengan melakukan penyembelihan haiwan ternakan.

Malah umum mengetahui ibadah qurban adalah merupakan amalan yang sangat dituntut sehinggakan Islam menetapkan hukumnya sebagai sunat muakkad bagi mereka yang melaksanakan. 

02 October 2013

Ramai Masih Keliru Dengan Tataetika Pemilihan Umno @azeezputera #azeezrahim4MT





Pindaan terhadap perlembagaan parti bukan sahaja memberi dimensi baru kepada proses transformasi UMNO, tetapi tanpa disangka turut mengelirukan calon berikutan format baharu tersebut.

Ramai antara calon keliru sama ada mereka boleh memberi kenyataan kepada media atau tidak dan kenapa perlu ada peraturan melarang daripada berjumpa terus dengan perwakilan selagi tidak mendapat kebenaran ibu pejabat.

29 September 2013

Pembangkang Wajar Sokong Pindaan PCA #azeezrahim4MT @azeezputera




Dalam mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu jenayah yang semakin membimbangkan, pembangkang diminta supaya menyokong pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua minggu hadapan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pembangkang seharusnya mengenepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat yang khuatir dengan dengan peningkatan kadar jenayah mutakhir ini.

12 September 2013

Azeez Rahim Akan Pertahan Jawatan MT UMNO @NajibRazak @azeezputera



Berapa ramai pemimpin Umno yang sanggup buat macam ini?


Beliau adalah penyandang jawatan sebelum ini dan akan mempertahankannya sekali lagi. Berasal dari golongan "marhaen" Umno yang memanjat tangga kepimpinan melalui gerak kerja sukarelawan yang dipelopori beliau sejak sekian lama. Terlibat dengan misi-misi bantuan kemanusiaan baik di dalam negara mahupun di luar negara yang kini telah merangkumi 32 buah negara semuanya.

Beliau juga terlibat dengan misi membawa pulang hampir 87 gadis bawah umur dan isteri orang yang dibawa lari ke Lombok Indonesia. Ramai mungkin tidak mengetahui yang beliau juga terlibat untuk membawa pulang gadis "keldai-keldai dadah" dan gadis "sindiket kad kredit" yang menjadi mangsa.

11 September 2013

Jangan Pilih Pemimpin Bermusim - Azeez Rahim @azeezputera @NajibRazak




Ahli di peringkat akar umbi kini sudah bijak dan tidak lagi terpedaya dengan pemimpin 'bermusim' yang hanya muncul menjelang pemilihan parti sebaliknya memilih mereka yang diyakini mampu bekerja untuk menerajui UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ahli sekarang mahukan pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan bagi mengukuhkan parti, bukannya mereka yang hanya beretorik untuk kepentingan peribadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...