Showing posts with label Kongsi Gelap. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Gelap. Show all posts

29 September 2013

Pembangkang Wajar Sokong Pindaan PCA #azeezrahim4MT @azeezputera




Dalam mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu jenayah yang semakin membimbangkan, pembangkang diminta supaya menyokong pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua minggu hadapan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pembangkang seharusnya mengenepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat yang khuatir dengan dengan peningkatan kadar jenayah mutakhir ini.

12 September 2013

Gambar : Dua Ahli Kongsi Gelap 'Geng 36' Ditembak Mati




Dua lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng 36 ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, dekat sini kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditembak sepasukan anggota polis Bukit Aman dan Melaka. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka sebentar tadi.

08 September 2013

Percubaan Kongsi Gelap Bunuh MB Kedah @MukhrizMahathir


Gambar Hiasan
Bahagian depan kereta rasmi jenis Mercedes Benz dinaiki Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dirempuh sebuah Proton Wira dipercayai akibat masalah teknikal berikutan jalan licin ekoran hujan di persimpangan Jalan Yui, Padang Mat Sirat, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Mukhriz bersama pemandunya yang dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Mat Sirat dikatakan untuk menghadiri mesyuarat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kongsi Gelap Sudah Lama Bertapak




Oleh : Nizam Yatim
Jenayah kekerasan yang berlaku di seluruh negara sejak kebelakangan ini khususnya yang membabitkan kongsi gelap yang dikatakan mempunyai 40,000 ahli cukup merisaukan orang ramai. Dalam masa sama, pihak berkuasa pula diperlekehkan kerana dikatakan gagal menangani gejala terbabit dengan berkesan.

Apabila polis bertindak tegas melancarkan Ops Cantas termasuk membunuh penjenayah terbabit, ada pula pihak yang mempersoalkannya semata-mata bagi meraih keuntungan politik. Pihak polis tiada pilihan lain untuk menangani gejala kongsi gelap kerana Ordinan Darurat (EO) 1969 yang membolehkan penjenayah dihantar ke pusat-pusat tahanan seperti di Simpang Renggam, Johor atau Pulau Jerejak, Pulau Pinang telah dimansuhkan.

07 September 2013

Pendedahan : Artis Antara Yang Terlibat Kongsi Gelap @rozaidijamil @SenimanMalaysia




Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan terdapat beberapa orang artis popular yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap bagi mendapatkan perlindungan serta mempertahankan diri daripada sebarang ancaman.

"Mereka menjadi tumpuan orang ramai. Kadang-kadang mereka terbabit dengan kontroversi yang boleh menyebabkan mereka terancam. Oleh itu mereka beranggapan menyertai kumpulan kongsi gelap adalah langkah terbaik untuk melindungi diri.

06 September 2013

KDN Dedah 3 ‘KEPALA’ Kumpulan Kongsi Gelap




Polis menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 pagi tadi sejak Ops Cantas Khas dijalankan Ogos lepas di seluruh negara bagi membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dalam operasi itu, sebanyak 221 senjata turut dirampas termasuk senjata api dan senapang angin buatan sendiri.

“Tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan antaranya memiliki senjata api dan orang yang dikehendaki bersabit kesalahan jenayah termasuk yang dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap.

DAP Berpecah Kerana Kongsi Gelap




Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”. Kita sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan kebencian terhadap kerajaan.  

Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP. Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini. Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap.

05 September 2013

Ada Ketua Gangster Dah Masuk Politik



Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini. Menurutnya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

01 September 2013

Takut Kena Tangkap Khalwat, Kakitangan Awam Maut Terjun Hotel



MAYAT lelaki selepas terjun dari hotel.

Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Tiada Kompromi Terhadap Ahli Politik Terlibat Dengan Kongsi Gelap




Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis tidak akan berkompromi malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik sekiranya terbukti terlibat kongsi gelap. Beliau yakin polis mampu mengumpul maklumat terperinci untuk membuktikan sesiapa sahaja yang terlibat kongsi gelap tidak kira ahli politik atau tidak.

"Malahan undang-undang juga akan dikuatkuasakan supaya polis tidak disalahtafsirkan berkompromi dengan penjenayah," katanya.

31 August 2013

Hanya Mati...Jalan Untuk Keluar




Selepas mengangkat sumpah menjadi ahli kumpulan kongsi gelap, tiada istilah tarik diri atau letak jawatan dan hanya mati menjadi satu-satunya jalan keluar. Peraturan asas itulah yang menyebabkan kebanyakan ahli geng kongsi gelap tidak berani meninggalkan kumpulan masing-masing dan ada kala berlaku kejadian pembunuhan di kalangan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata sebelum menamatkan riwayat ahli mereka yang ingkar arahan, belot atau mahu keluar geng, ahli terbabit terlebih dulu akan dikasari serta diugut.

Tahniah @Zahid_Hamidi Dan @PDRMsia Kerana Berani GEMPUR Kongsi Gelap



Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi.  Kes-kes ragut terjadi hampir setiap hari di mana ia pantas dijadikan modal politik untuk pembangkang menyerang kerajaan dan memburuk-burukkan pihak polis. 

Dari situ, pembangkang membina persepsi seolah-olah polis Malaysia lembap, korup dan bodoh. Pantang ada kesempatan, pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah.

Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, pembangkang turut mendesak agar Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan. Dengan desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan dihapuskan.

Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus mereka ini dibebaskan, jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun berlaku.  Sejak dari itu, jenayah bunuh, sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir setiap hari. Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir semuanya mempunyai hubung kait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.

Dari kronologi ini, tidak salahlah jika rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat

Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan. Malangnya, tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi dipersoalkan pula. Nampaknya, pembangkang lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan rakyat.

Namun, kita bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi.  Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada.

Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.

Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambil kira sentimen politik. Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daripada politik.

Seharusnya, pembangkang mula memahami bahawa rakyat tidak gemar kepada penjahat, penjenayah, pembuat huru-hara dan pengkhianat. Dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini.

Kesimpulannya, rakyat mahukan lebih banyak Zahid Hamidi.

28 August 2013

KDN Akan Umum Senarai Nama Kongsi Gelap Esok



Hanya Sekadar Gambar Hiasan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram, termasuk kongsi gelap esok, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata senarai yang mengandungi nama pertubuhan, lokasi dan aktiviti yang terlibat pertubuhan haram itu akan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media.
   
“Pengazetan nama pertubuhan-pertubuhan haram telah saya tanda tangani.
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...