Showing posts with label MPS. Show all posts
Showing posts with label MPS. Show all posts

01 September 2013

Takut Kena Tangkap Khalwat, Kakitangan Awam Maut Terjun Hotel



MAYAT lelaki selepas terjun dari hotel.

Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor Air Beransur Pulih



Minyak diesel yang dibuang ke dalam longkang adalah punca masalah gangguan air di Kuala Lumpur dan Selangor
Loji Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal pagi ini selepas ditutup sementara semalam. Bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi tadi, SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenal pasti tiada lagi kesan minyak.

Pada jam 4 pagi sehingga 6 pagi tadi, pengeluaran air di SSP1 dan SPP3 telah meningkatkan tahap rizab air mentah sebanyak 5 meter. Bekalan air bersih kepada pengguna dijangka akan pulih secara berperingkat selepas tengahari ini.

Jabatan Alam Sekitar, LUAS dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) telah menjejaki punca pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan lori sampah di Rawang yang mana siasatan awal menunjukkan minyak diesel terpakai dibuang ke longkang dan dibiarkan mengalir ke sungai.

Majlis Perbandaran Selayang telah pun menyita premis berkenaan dan perintah berhenti kerja telah pun dikeluarkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...