![]() |
| MAYAT lelaki selepas terjun dari hotel. |
Seorang kakitangan
awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point,
di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina,
awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun
ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan
kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.
Operasi diketuai
penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan
polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

