Selepas mengangkat sumpah menjadi ahli
kumpulan kongsi gelap, tiada istilah tarik diri atau letak jawatan dan hanya
mati menjadi satu-satunya jalan keluar. Peraturan asas itulah yang menyebabkan
kebanyakan ahli geng kongsi gelap tidak berani meninggalkan kumpulan
masing-masing dan ada kala berlaku kejadian pembunuhan di kalangan mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan
Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil
Hassan berkata sebelum menamatkan riwayat ahli mereka yang ingkar arahan, belot
atau mahu keluar geng, ahli terbabit terlebih dulu akan dikasari serta diugut.

