Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

14 September 2013

Video : Pertahankan Syiah Dan Liberalisme @anwaribrahim @abdulhadiawang @UstzHaronDin



Kebebasan berfikir dapat membela dan mempertahankan pengikut Syiah untuk mengamalkannya di Malaysia. Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar berkata, dasar liberalisme amat penting untuk Malaysia kerana dapat menjamin kebebasan orang ramai.

"Saya menegaskan liberalisme ini sangat penting untuk negara dan perlu diperkukuhkan kerana menjamin kebebasan untuk wartawan dan akan mempertahankan orang Syiah dan ahli sunnah wal jamaah.

09 September 2013

Kahwin 30 Minit : Lepas MAIN Automatik Cerai




Selipar terpakai, duit RM2, sudu, buku atau apa saja barang yang ada ketika majlis akad nikah dijalankan, boleh dijadikan mas kahwin. Lebih memalukan, ada antara pernikahan itu hanya sah selama 30 minit. Selepas tempoh itu, pasangan berkenaan akan bercerai secara automatik.

Majlis pernikahan secara mutaah (kontrak) ini mungkin perkara biasa di negara yang majoriti penduduknya pengikut Syiah seperti Iran dan Iraq. Bagaimanapun, pernikahan yang sekadar mahu menghalalkan zina ini turut berlaku di Malaysia.

28 August 2013

Isu Dialog Sunnah-Syiah




Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

26 August 2013

Darah Mana Tidak Mendidih?


Oleh : Tan Sri Abdullah Ahmad

Dulu Nasser 'suara, simbol' Arab, salah hitung jadi Mesir, waspada TPP! Pesta Aidilfitri yang berterusan tidak dapat mengurangkan kesedihan saya melihat bumi Mesir, Syria, Iraq, Libya, Afghanistan, Kashmir, Pakistan, Bahrain dan Myanmar terus menerus berdarah; mereka seagama dan yang lain turut tanpa berhenti dilumuri darah. Hati mana kecuali hati batu yang tidak hancur?

Darah mana tidak mendidih kecuali darah beku? Sebab peristiwa berdarah di Mesir, saya menangguhkan menulis episod kedua kisah elBadawi dan 'buku'nya. Apa pun tegas seorang editor Cina kepada saya di Rumah Terbuka Aidilfitri CIMB Isnin lepas: "penyunting, penyokong elBadawi gagal mencapai objektif yang dingini mereka; buku mereka misfired completely- betul-betul tak mengena!"

25 August 2013

Kenyataan PM Mengenai ASWJ, Perlu Dipuji




Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu terkandung perkara-perkara dasar mengenai Islam dan umat Islam tidak sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ia sangat menarik untuk diteliti kerana fokus ucapan beliau itu adalah betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah diperkasa di Malaysia sebagai jawapan terbaik ke arah wahdah atau perpaduan dalam kalangan umat.

Secara langsung ucapan itu menghubungkan dengan pengaruh Syiah yang sedang menular di Malaysia. Ia adalah penegasan penting penolakan kerajaan terhadap ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan di kalangan warga umat. Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi baru-baru ini dengan menyatakan terdapat 250,000 pengikut Syiah di Malaysia adalah sesuatu yang membimbangkan dan sifatnya mengancam.

24 August 2013

Pas Kelantan Gesa, Syiah Keluar Parti,




Pas Kelantan menggesa mana-mana ahli yang terlibat atau menjadi pengikut ajaran dan fahaman Syiah perlu segera keluar dari parti tersebut. Teguran tersebut dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menegaskan Pas sejak dari dahulu hingga sekarang masih lagi berpendirian menolak ajaran fahaman tersebut.

“Mana-mana ahli Pas yang terlibat dengan Syiah, haruslah keluar daripada Pas sebab kita tidak terima selain daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah. Syiah sudah lama wujud di Malaysia namun kenapa baru sekarang ia diperkatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kononnya ia semakin membimbangkan.

15 June 2012

HARGA SEBUAH PERSAUDARAAN DI DALAM ISLAM


Sejak zaman Muawiyah dan Ali harga persaudaraan sesama Islam menjadi terlalu mahal. Apabila kelompok Khawarij mengkafirkan pihak lain, ia menjadi contoh yang hodoh kepada umat. Apabila Saidina Othman terbunuh ketika membaca al-Quran, itulah puncak perseteruan sesama umat. Hal ini dibangkitkan menginsafi bahawa perseteruan kalangan umat berlaku sejak dulu. Ini membawa kesan sehingga hari ini.

14 May 2012

Gerakan Mahasiswa Didokong Fahaman Syiah?

Blog-blog pembangkang minggu ini dilihat begitu teruja untuk memberikan sedikit tumpuan dan promosi kepada gerakan aktivis pelajar dokongan mereka. Namun bukan kerana kehebatan gerakan mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing. Tetapi kerana kejayaan pakatan pembangkang dalam mendoktrinkan ideologi untuk didokongi golongan ini, agar bersama dalam misi pembangkang untuk meletakkan Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...