Jikalau seseorang itu sentiasa berbuat sesuatu hanya untuk dihargai oleh seseorang atau golongan tertentu maka perbuatan dia itu tidak bernilai sebenarnya dia telah lupa akan harga diri sendiri dan di akhirat akan rugi.
Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts
24 January 2014
03 September 2013
Al-Azhar: Satu Kebanggaan, Harapan
Oleh : Dr Ismail Ibrahim
Saya bersama empat
orang kawan kelulusan Kolej Islam Malaya (KIK) melanjutkan pelajaran ke
Universiti al-Azhar dalam tahun 1962, iaitu merupakan penerima biasiswa pertama
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Kami kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam
Malaya pada masa itu telah diiktiraf oleh al-Azhar sebagai pemegang Ijazah
Pertamanya, oleh itu kami diterima untuk meneruskan pengajian di dalam program
Pengajian Siswazah bagi mendapatkan ijazah Sarjana Lengkap (MA).
Kami berlima,
Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman, Ustaz Ismail Arifin dan Dr. Kasim
Salleh, saya dan Ustaz Ahmad Awang, telah berjaya mendapatkan ijazah Sarjana
dari al-Azhar, satu kebanggaan bagi pelajar Tanah Melayu dan kelulusan Kolej
Islam Malaya.
31 August 2013
Artis Nafi Hina Islam, 'I for Idiot' Dirujuk Pada George Bush
Karya seni I is for Idiot (I untuk bahlul)
yang dirampas polis kerana didakwa menghina Islam sebenarnya merujuk kepada
peristiwa serangan Amerika Syarikat (AS) di Iraq semasa pentadbiran Presiden
George W Bush, jelas senimannya. Justeru, kata Anurendra Jegadeva, beliau tidak
berniat menghina Islam tetapi menunjukkan pendirian berbeza sebagai kebersamaan
dengan "warga jalanan Iraq",
yang kebanyakannya orang Islam.
Beliau juga menjelaskan ayat al-Quran yang
digunakan sebagai mewakili rakyat Iraq. Ia juga diterbalikkan bagi menggambarkan
keadaan dunia ketika itu.
30 August 2013
Kalimah Allah : 5 Alasan Gereja Dan Hujah Balas Islam
Alasan
Pertama : Mendakwa mereka mengikuti Bible. Bible dalam Bahasa Melayu
menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai
terjemahan istilah Lord.
Hujah-Hujah Menolak:
1) Kalimah Allah adalah kata nama khas
berasal daripada Bahasa Arab. Ia tidak boleh digunakan dalam bentuk atau
makna-makna lain. Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil,
dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nana-nama lain daripadanya. Kalimah
Allah adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi.
Kita tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa
asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah Allah lebih superior daripada
apa jua perkataan apa jua bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna
ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Oleh itu, umat
Islam tidak sekali-kali menterjemahkan Allah kepada apa jua bahasa melainkan
dikekalkan lafaznya yang asal iaitu Allah.
2) Di peringkat antarabangsa, penggunaan
kalimah Allah dari segi istilah adalah amat sinonim dengan agama Islam. Ia
diiktiraf oleh kamus-kamus serta ensiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya:
i. Kamus Oxford—Allah: Name of God among
Muslims.
j. Ensiklopedia Britannica—Allah: God, the
one and only God in the religion of Islam
k. Ensiklopedia Katolik—Let it be noted that
although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their
language, as the name of God.
3) Dalam konteks Malaysia kalimah Allah tidak
diterjemahkan kepada Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan
tanpa terjemahan. Oleh itu kalimah Allah di Malaysia adalah merujuk terus
kepada makna yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa mengubahsuaian pada
lafaz (terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut.
Definasi Allah menurut Kamus Dewan Edisi
Empat:
Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa);
~azzawajalla Tuhan yang Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala
Terpujilah Tuhan Yang Maha Tinggi.
Definasi Allah menurut Kamus Pelajar:
Allah: Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat
dengan 20 sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.
Oleh itu kalimah Allah tidak boleh dianggap
sebagai terjemahan tuhan dalam Bahasa Melayu atau god dalam Bahasa Inggeris
kerana ia adalah lafaz Bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci
umat Islam yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya
oleh bukan Islam di negara ini.
4) Bible Bahasa Melayu yang didakwa sebagai
rujukan kepada penggunaan kalimah Allah juga tidak boleh diterima berdasarkan
faktor kredibiliti penterjemahan dan perundangan Malaysia. Faktor perundangan
menegah penggunaan kalimah tertentu yang menjadi hak eksklusif umat Islam untuk
digunakan oleh bukan Islam. Oleh itu, alasan yang mengatakan mereka merujuk
kepada Bible Bahasa Melayu adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan
penterjemahan Bible tersebut boleh dipertikai.
Alasan
Kedua : Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya
telah memiliki buku-buku doa dalam Bahasa Malayu dan kalimah Allah telah
digunakan sebagai terjemahan istilah God. Penganut Katolik Malta juga
menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan begitu juga masyarakat
Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
Hujah-hujah Menolak :
1) Alasan ini adalah bertitik tolak daripada
sejarah kedatangan mubaligh Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah
mencatatkan antara misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah
untuk mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini.
Antara usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah menterjemahkan
Bible ke dalam Bahasa penduduk tempatan termasuk menjalankan upacara keagamaan
dalam Bahasa yang difahami oleh masyarakat setempat.
2) Percubaan untuk membandingkan Malaysia
dengan negara-negara lain yang menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada
God juga tertolak. Ini kerana setiap Bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa
mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza. Dalam kes ini, latar belakang
Bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir daripada rahim agama
Islam dan kebudayaan Melayu. Budaya Melayu itu sendiri terhasil daripada agama
Islam. Oleh itu, ia wajib mencerminkan kelaziman Melayu yang berpunca daripada
agama Islam. Ini sudah tentu berbeza dengan latar belakang Bahasa Melayu yang
terdapat di Indonesia dan Singapura.
3) Berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh
penganut Kristian di Asia Barat juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab
bulan Islam sememangnya telah lama menggunakan kalimah Allah berdasarkan faktor
teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara ini
dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih dan
menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah Allah yang diguna pakai oleh
golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani.
4) Dalam konteks etimologi dan semantik pula,
alasan Gereja Katolik untuk merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah
tersasar jauh. Mereka tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada
Kristian Arab dengan Kristian di Malaysia. Apa yang berlaku di negara-negara
Arab ialah pihak Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada Bahasa Suryani
(Syria/ Syam) atau Aramik dan Bahasa Ibrani (Hebrew) kepada Bahasa Arab. Perlu
diketahui Bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa yang sama
iaitu rumpun Semitik. Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak untuk berhujah
bahawa kalimah Allah berkemungkinan berasal daripada nama asal tuhan mereka
dalam Bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapi apa pula rasional pihak Gereja Kristian
utnuk menterjemahkan god dalam Bible Bahasa Inggeris kepada Allah dalam Bible
Bahasa Melayu?. Bukankah kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang berbeza
dari segi etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan
Bahasa-Bahasa itu?.
Alasan
Ketiga : Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan
bukan Islam juga menggunakan lafaz Allah.
Hujah-hujah Menolak:
1) Antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak
Gereja Katolik ialah surat al-Ankabut ayat 61:
Makdusnya: Dan sesungguhnya jika engkau
(wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk
makhluk-makhlukNya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana
mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah
dan mematuhi perintahnya)?.
2) Begitu juga surah al-Maidah ayat 73:
Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah
orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan.
Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan
jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu
orang-orang yang kafir dari mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh
menjadi hujah bagi golongan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah. Ia
berdasarkan alasan-alasan berikut:
i) Dalam surah al-Ankabut ayat 61, al-Quran
hanya merakamkan sejauh mana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyah menggunakan
kalimah Allah. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan penggunaan tersebut.
Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana kalimah Allah sudah dikenal pasti oleh
masyarakat Arab sebelum Islam. Daripada informasi ayat-ayat seperti ini,
al-Quran menjelaskan orang Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai:
1. pencipta langit dan bumi;
2. yang memudahkan peredaran matahari dan
bulan;
3. yang menurunkan air dari langit; dan
4. tempat menggantungkan harapan
Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep
Allah
ii) Manakala surah al-Maidah ayat 73 pula
tidak boleh menjadi alasan kepada pihak Kristian menggunakan kalimah Allah. Ini
kerana Allah SWT sendiri menafikan golongan yang mengatakan ZatNya itu satu
oknum daripada tiga oknum (triniti). Malah mereka dianggap kafir. Ini bermakna
sebutan Allah yang keluar dari lidah golongan Kristian itu adalah sia-sia dan
tiada nilai di sisi Allah kerana ia tidak merujuk kepada kalimah Allah yang
sebenar. Sebagaimana maklum, kalimah Allah merujuk kepada zat (esensi) yang
dinamakan. Sebagai perumpamaan mudah, perkataan kereta adalah merujuk kepada
kenderaan bermotor. Oleh itu. tiada makna bagi orang yang menggunakan perkataan
kereta untuk merujuk kepada alat menjahit pakaian. Sekiranya ia masih
menggunakan kereta tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna
penggunaan perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna.
3) Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk
menyokong alasan golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, bukanlah satu
alasan bagi Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam. Ia melambangkan
kegagalan Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka. Bagi
umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci yang
memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti bahawa
Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling dipercayai untuk
mengakui Allah sebagai nama tuhan berbanding hujah berdasarkan perbahasan
sejarah dan ilmu Bahasa. Oleh yang demikian, fakta-fakta mengenai Allah seperti
mana yang dibentangkan oleh al-Quran juga hendaklah diterima.
Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan
bahawa lafaz Allah di dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam
kitab asal mereka Berbahasa Ibrani?. Jika kalimah Allah dan Elohim itu merujuk
kepada hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza?. Al-Quran mengatakan
Allah itu Masa Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang
kepada konsep triniti. Ini sekali gus memberi makna konsep Allah di dalam Islam
adalah amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkan kepada
mana-mana Bahasa dunia.
Ia berbeza dengn konsep ketuhanan agama
Kristian yang tidak memiliki sumber yang jelas dan konsisten sehingga
memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain
Alasan
keempat: Mendakwa bahawa terjemahan dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi
keperluan pelbagai etnik dan Bahasa yang ada di Malaysia sebagaimana yang wujud
di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.
Hujah-hujah menolak:
1) Alasan penterjemahan kepada Bahasa
Malaysia sebagai lambang kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat
Kristian Katolik juga tidak boleh diterima. Perlu diketahui Bahasa Bahasa
Malaysia berasal daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menyebut Bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi Malaysia.
Perlu diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah Malaysia belum wujud.
Oleh itu, apabila kita merujuk kepada Bahasa Malaysia ia sudah tentu merujuk
kepada Bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat Melayu Islam.
Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan
perlembagaan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak sekali-kali boleh
diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang lain.
2) Memaksakan penggunaan kalimah Allah dengan
kalangan Kristian Katolik yang bertutur dalam Bahasa Melayu di negara ini juga,
secara logiknya sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan
dalam agama Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah Allah itu adalah kalimah
yang didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang
terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut Kristian
pelbagai mazhab.
Bukanlah dengan penggunaan peristilahan yang
sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian Berbahasa
Melayu sendiri?. Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti Tuhan
sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin kepercayaan agama
Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan kekeliruan.
Alasan
Kelima: Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan
dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a) Perlembagaan
Persekutuan.
Hujah-hujah menolak:
1) Alasan ini adalah tidak benar sama sekali.
Sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara
11(4) untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. Di bawah
peruntukan ini kerajaan (sama ada kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri)
telah menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama-agama
bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakman Kawalan dan Sekatan
Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9 menyebut;
(Melarang seseorang bukan Islam daripada menggunakan perkataan-perkataan
tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau kenyataan untuk menggambarkan
antaranya kepercayaan atau konsep mana-mana agama bukan Islam.
Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah,
Injil, Ilahi, Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah
dan lain-lain. Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah
Allah sebagai terjemahan kepada perkataan god di dalam Bible adalah menyalahi
undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negara ini. Oleh itu, ia tidak boleh
disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 82 yang bersidang pada 5
hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat
agama dan umat Islam sahaja.
Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara
Pandangan wakil Al-Azhar (Timbalan Syeikh
Al-Azhar) dan Ketua Lujnah Dialog Antara Agama Al-Azhar, Fadhilat Al-Syeikh
Abdul Fattah Allam, beliau berpendapat bahawa tindakan Kerajaan Malaysia
menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini
kerana kalimah Allah tidak boleh disama ertikan dengan kalimah Rabb yang
membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan
sebarang Tuhan Yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain
sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi
maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran
dan Al-Hadis.
Pandangan Penasihat Undang-Undang Kementerian
Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan
Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan
Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama
Allah melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar). Ini
kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama
mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama Allah tidak
sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selainNya.
Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic
Sonstitutional Movement) Kuwait, Syeikh Abdul Hamid Al-Ballali
Beliau menyokong penuh keputusan Kerajaan
Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bulan Islam menggunakan kalimah Allah
sebagai panggilan bagi tuhan mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut
amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat
yang gagal memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan
Allah SWT telah mengangkat umat ini sebaik-baik umat.
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak
istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba
dieksploitasi, disalah guna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ia
seperti istilah syahid yang juga diguna pakai bagi penganut bukan Islam.
Istilah riba yang ditukarkan kepada faedah bank. Istilah khamar yang ditukarkan
kepada minuman rohani. Istilah liwat yang ditukarkan kepada istilah hubungan
sesama jenis. Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini
sebagaimana kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?.
Keputusan Kerajaan
Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei
1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara
kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama
Islam. Malah penggunaan kalimah Allah,Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun
diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U(A) 15/82
dan pekeliling KKDN. S.59//3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah
Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan
larangan tersebut yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan I November 2006.
Kesimpulan
Berdasarkan hujah-hujah yang telah
dinyatakan, tiada sebab untuk Kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah
kepada pihak Kristian. Malah keputusan Kerajaan adalah selari dengan Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan
dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati
kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.
28 August 2013
Isu Dialog Sunnah-Syiah
Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk
Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang
berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana
tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap
mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia
mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan
penganut Syiah.
Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan
perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak
Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam
lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di
Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog
antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al
Jazeera.
23 June 2012
DIMANA KEKUATAN PAKATAN, ANDAI MEREKA BERLAINAN MIMPI?
| Gabungan parti di dalam Pakatan, umpama mimpi tiada penghujung |
KENAPA pakatan pembangkang tidak berani menggunakan satu lambang pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diramal akan diadakan tidak lewat
dari hujung tahun ini? Adakah ini bermakna mereka tidak yakin dengan pakatan yang mereka
sendiri wujudkan? Pakatan yang kononnya mampu menggantikan Barisan
Nasional (BN) sebagai kerajaan (jika menang PRU13)? Atau masing-masing
takut jika menggunakan satu logo, penyokong akan lari?
Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa parti-parti dalam
Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan simbol masing-masing walaupun
kewujudan pakatan itu diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan menimbulkan
seribu satu tanda tanya akan keaslian dan keikhlasan pembentukan pakatan
berkenaan.
Labels:
al-Quran,
BN,
Cauvinisme,
DAP,
Hadi Awang,
PAS,
pkr,
PR,
PRU13,
Tian Chua,
Tuan Ibrahim,
Tuan Man
18 June 2012
MURSYIDUL AM, TOLAK PERPADUAN DEMI BERKAWAN DENGAN SETAN
![]() |
| Nik Aziz Rela Tolak Perpaduan Untuk Berkawan Dengan Syaitan |
SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang
ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar
Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita
mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan
jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar
Nik Aziz.
Labels:
2004,
al-Quran,
DAP,
Karpal Singh,
Kelantan,
Kufir,
Mahathir,
Mursyidul Am,
neraka,
Nik Aziz,
Perdana Menteri,
PRU11,
UMNO
DEMI PRU, PAS KELUAR FATWA TANGGUH HAJI
NAMPAK sangat kurang bijak kenyataan Ketua
Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan semua
ahli Pas yang berhasrat dan terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun
ini menangguhkan pemergian mereka jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
diadakan dalam musim haji. Ibadah haji adalah rukun dan wajib ditunaikan oleh mereka yang
mengaku dirinya Islam apabila cukup syarat. Dalam hal wajib ini tiada
kompromi dalam apa situasi sekali pun, melainkan jika berlaku musibah
seperti merebaknya penyakit berjangkit yang serius atau berlakunya
kucar-kacir di tempat ibadah itu.
Labels:
al-Quran,
Ketua Penerangan,
PAS,
PRU13,
Rasulullah saw,
Tuan Ibrahim,
Tuan Man,
Yunani
15 June 2012
HARGA SEBUAH PERSAUDARAAN DI DALAM ISLAM
Sejak zaman Muawiyah dan Ali harga persaudaraan sesama Islam menjadi
terlalu mahal. Apabila kelompok Khawarij mengkafirkan pihak lain, ia
menjadi contoh yang hodoh kepada umat. Apabila Saidina Othman terbunuh
ketika membaca al-Quran, itulah puncak perseteruan sesama umat. Hal ini dibangkitkan menginsafi bahawa perseteruan kalangan umat
berlaku sejak dulu. Ini membawa kesan sehingga hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)







