Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

25 February 2014

Mulut Lancang : Karpal Singh Bakal Habiskan Sisa Hidup Di Dalam Penjara



Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Ekoran mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP, Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.

Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

18 October 2013

Meliwat Adalah Merupakan Hak Individu, Kalau Dilakukan Di Tempat Tertutup




Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang kini berada di Mahkamah Rayuan terus berjalan tanpa penghujung menghabiskan wang rakyat. Percubaan demi percubaan terus dilakukan oleh para peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh untuk menangguh atau menggugurkan kes tersebut. Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum berjaya.  

Antara hujah Karpal Singh ialah bahawa Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah adalah undang-undang lapuk maka, beliau menuntut agar Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan dari mengetuai pendakwaan, sekali gus menggugurkan kes.

Nampaknya, demi politik dan wang, Karpal Singh sanggup membawa hujah-hujah bodoh tanpa segan silu.

Sedangkan, kita percaya, Karpal sebagai Ahli Parlimen dan juga peguam, sedia maklum bahawa Undang-undang tidak akan termansuh sendiri tanpa diputuskan oleh parlimen. Sesuatu undang-undang akan terus berkuatkuasa dan tidak ada istilah ‘lapuk’ baginya.

Justeru, Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak hujah Karpal dan mengekalkan Muhammad Shafee sebagai pendakwaraya.

Apa yang menarik di sini bukanlah hakikat bahawa Karpal sanggup berpura-pura bodoh tetapi hakikat bahawa beliau merujuk kepada Undang-undang mengharamkan liwat sebagai lapuk.

Tentu semua orang masih ingat bagaimana Anwar turut membawa hujah yang sama dalam temubual dengan Wall Street Journal di mana beliau menganggap bahawa undang-undang yang berdasarkan Al-Quran itu sebagai lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Menurut Anwar, seseorang itu mempunyai hak untuk mengamalkan seks mengikut nafsunya selagi ia dilakukan secara tertutup.

Maka tidak hairanlah apabila Anwar dan juga peguamnya tidak berusaha untuk menafikan yang liwat berlaku tetapi memilih untuk membela diri dengan menggunakan hujah bahawa liwat ‘sepatutnya’ tidak  salah jika dilakukan secara tertutup. Ini kerana, yang bersalah di sini ialah undang-undang Malaysia dan bukannya Anwar Ibrahim.

Dari sudut lain pula, hujah Karpal dengan sendirinya membawa maksud bahawa Anwar telah benar-benar meliwat Saiful.

02 October 2013

Tiada Kejutan Dalam Pemilihan CEC




Semalam, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi.

Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

13 September 2013

Perwakilan India Memberontak, Fail Injunksi Pemilihan CEC @cmlimguaneng @dapmalaysia



Mengapa ahli dan perwakilan India dalam DAP memberontak???

Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.

Dass dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.

06 September 2013

Pemilihan CEC : @anthonyloke Main Wayang Lagi @dapmalaysia @DAPRocket




Pengumuman Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini yang mendakwa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan diadakan pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya berikutan percanggahan dalam perlembagaan parti itu.

Ini kerana sebelum ini Pengerusi DAP, Karpal Singh menjangkakan pemilihan semula itu akan diadakan kira-kira 10 minggu selepas pengumuman mengenai perkara itu dibuat pada 15 Ogos lalu.

28 August 2013

Fahaman Sosialis Adalah Adik Komunis




Oleh : Juhaidi Yean Abdullah

Punca utama Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak Syed Husin Ali sebagai calon kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum, 10 tahun lalu ialah kerana Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berfahaman sosialis. Walaupun pencalonan Syed Husin dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan ketika itu tetap menolak kerana menganggap sosialis ‘adik komunis’.

Padanya, orang berideologi sosialis ‘tidak ada agama’. Apabila keputusan PRU-10 diumumkan, PAS mengalami keputusan paling buruk sejak memerintah Kelantan pada 1990. Kerajaan PAS hampir tumbang. Menurut Syed Husin, ketika melawat Nik Aziz yang terpaksa masuk hospital selepas keputusan pilihan raya 2004, Mursyidul Am PAS itu menunjukkan reaksi beliau menyesal dengan keputusan tidak membenarkannya bertanding.

07 July 2012

DIMANA BAR COUNCIL KETIKA SAIFUL BUKHARI PERLUKAN PEMBELAAN??


Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah mengeluarkan laporan penuh mengenai Alasan Penghakiman Penuh berhubung kes liwat Saiful Bukhari. Dan sebagai warganegara yang merasakan dirinya telah di aniaya adalah wajar untuk Saiful Bukhari diberikan pengadilan yang sewajarnya. Sekiranya sebelum ini barisan peguam Anwar Ibrahim mengunakan sebaik mungkin haknya melalui pelbagai ruang dan peluangnya untuk mengemukkan pelbagai bantahan dan permohonan yang ada kalanya tidak masuk akal sehingga menyebabkan kes ini tertangguh buat sekian lamanya.

18 June 2012

MURSYIDUL AM, TOLAK PERPADUAN DEMI BERKAWAN DENGAN SETAN

Nik Aziz Rela Tolak Perpaduan Untuk Berkawan Dengan Syaitan

SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

15 June 2012

PM MALAYSIA : ISLAM DAN MELAYU

Sungguh akrab, pemimpin Ultra Kiasu ini

Baru-baru ini kita dihebohkan di media arus perdana berkenaan dengan satu isu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Sing yang mana berikrar akan terus berjuang supaya seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan alasan tiada undang-undang yang diperuntukkan untuk menghalang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut. Kenyataan beliau ini boleh kita ditafsirkan sebagai sensitif dan boleh membawa kepada keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya, masyarakat Melayu.

11 June 2012

BERSEDIAKAH MELAYU TERIMA GUAN ENG SEBAGAI PM



WALAUPUN mengaku tersasul dan kemudian segera minta maaf, namun Karpal Singh berjaya membaca fikiran orang Melayu. Karpal tahu sejauh mana semangat muafakat bangsa Melayu. Pengerusi DAP itu mungkin tersenyum lebar apabila melihat tidak semua Melayu bersatu menempelak beliau bila tersasul kata begitu. Yang betul-betul marah dan naik angin tak suka Cina atau India jadi PM Malaysia hanyalah pemimpin dan penyokong UMNO. Kelompok inilah betul-betul bersatu mempertahankan kerusi Perdana Menteri kekal di tangan Melayu. Melayu dalam parti lain tidak sepen­dapat. Memang ada segelintir menen­tang. Ada segelintir pula berfikiran terbuka. Ada yang buat tak kisah. Ada yang berkata, daripada UMNO jadi PM biarlah diberi pada orang lain!

02 June 2012

PERJUANGAN KARPAL UNTUK PM BUKAN MELAYU?????


Karpal Singh baru-baru ini mengatakan akan memperjuangkan kerusi PM untuk diisi seorang bukan Melayu selagi beliau masih hidup. Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan terjemahan itu, Karpal secara peribadi menganggap jawatan itu boleh disandang oleh calon bukan Melayu walaupun pakatan pembangkang telah bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim calon paling layak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...