Showing posts with label Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Kit Siang. Show all posts

23 October 2013

Tiada Semangat Nasionalisme dan Patriotisme Dalam Bajet Pembangkang




Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh pembangkang semalam menyerlahkan sikap perkauman yang mendalam dan usaha yang giat untuk menjarakkan lagi jurang antara kaum di negara ini.   

Ini berdasarkan cadangan mereka agar kerajaan memperuntukkan sejumlah RM220 juta lagi kepada 1,854 sekolah vernakular dalam Bajet tahun hadapan. Peruntukan itu dicadangkan merangkumi sumbangan RM300 bagi setiap seorang pelajar SRJK bagi menambah baik mutu dan kualiti pembelajaran serta bangunan. 

02 October 2013

Tiada Kejutan Dalam Pemilihan CEC




Semalam, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi.

Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

07 September 2013

Perang Menjelang CEC DAP @cmlimguaneng @dapmalaysia @roketkini




Pemilihan CEC DAP terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP. Setakat ini, semua pihak menantinya dengan penuh prejudis. Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.

Nampaknya, DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan. Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan atau kemenangan individu-individu tertentu. Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali lagi.

Justeru, tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput. Setelah meminggirkan kaum India serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini dalam pemilihan semula ini.

05 September 2013

Sabotaj Tanda Putera : Pembangkang KANTOI MENIPU




Baru-baru ini heboh tersebar di internet tentang filem Tanda Putera kononnya terdapat banyak kesilapan seperti adanya ‘Air-Cond’, Proton Iswara, ‘Smoke Detector’, CCTV dan banyak lagi sedangkan scene filem itu adalah pada tahun 1960-an. Ianya dibuktikan dengan beberapa gambar yang dikatakan scene dari filem sebagai bukti kepada orang ramai.

Pihak kami dah menonton filem ini sebanyak 2 kali. Pertamanya ketika tayangan media tempohari dan yang terbaru sekali lagi kami menonton di Midvalley bersama keluarga di hujung minggu. Kalau belum baca ulasan, boleh baca review yang dah disediakan sebelum ini. Cuma apa yang menghairankan, 2 kali kami tonton tu, tiada sekali pun kami perasan tentang kelemahan-kelemahan yang di hebahkan itu.

07 July 2012

ISU ANWAR BERSARA, SANDIWARA BARU DARI PETUALANG NEGARA


Dengan alasan - jika pakatan PKR, DAP dan Pas tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin bersara daripada politik. Dalam perkataan lain, Anwar sendiri dapat merasakan yang dia tiada banyak masa lagi untuk menunggu lebih lama bagi membolehkannya dilantik menjadi perdana menteri.

17 May 2012

Melayu tiada tempat dalam DAP


SEJARAH penyertaan orang Melayu atau pemimpin Melayu dalam DAP penuh ranjau berduri. Kalau boleh dikaji senarai kepemimpinan Pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja. Bumiputera Sabah dan Sarawak pula langsung tidak diwakili.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...