Showing posts with label Pakatan Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Pembangkang. Show all posts

12 September 2013

Kenapa Bil Air Selangor Naik, Kata Ada Subsidi??? @Khalid_Ibrahim @SelangorGov @nohomar

Sorry MB Tengah Tido!!! Nanti Dia Bangun Baru Kita Bincang
Terdapat rungutan daripada penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di Selangor sekarang ini berikutan bil air yang diterima setiap bulan sudah meningkat berbanding sebelumnya. Yang peliknya, peningkatan itu hanya dialami beberapa bulan ini saja iaitu selepas  pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Seperti yang diketahui, kerajaan negeri PR di Selangor telah memperkenalkan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu atau lebih kurang RM11.00 kepada penduduk negeri itu sejak 2008 lagi sebagai memenuhi janji pilihan raya yang dibuatnya sehingga membuatkan PR berjaya menumbangkan BN.

10 September 2013

Ibu Negara Malaysia, Ialah Puan Rosmah


Bila tengok gambar ini, otak aku terus terfikir pasal dua benda... pertama cikgu yang selalu mengajar dia kat kelas selama ini adalah penyokong tegar pakatan pembangkang.. dan yang kedua ialah mak bapak dia selalu bawa dia pi dengar ceramah Anwar Ibrahim..

Dasat betul puak-puak ni, doktrin pemikiran anak-anak depa sejak dari kecil...





09 September 2013

Kenapa Kerajaan Naikkan Harga Petrol




Macam- macam reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah 'pihak sana' yang sentiasa mencari 'silap' kerajaan, kenaikan itu seperti memberi 'bola tanggung'.

Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya.

05 September 2013

Sabotaj Tanda Putera : Pembangkang KANTOI MENIPU




Baru-baru ini heboh tersebar di internet tentang filem Tanda Putera kononnya terdapat banyak kesilapan seperti adanya ‘Air-Cond’, Proton Iswara, ‘Smoke Detector’, CCTV dan banyak lagi sedangkan scene filem itu adalah pada tahun 1960-an. Ianya dibuktikan dengan beberapa gambar yang dikatakan scene dari filem sebagai bukti kepada orang ramai.

Pihak kami dah menonton filem ini sebanyak 2 kali. Pertamanya ketika tayangan media tempohari dan yang terbaru sekali lagi kami menonton di Midvalley bersama keluarga di hujung minggu. Kalau belum baca ulasan, boleh baca review yang dah disediakan sebelum ini. Cuma apa yang menghairankan, 2 kali kami tonton tu, tiada sekali pun kami perasan tentang kelemahan-kelemahan yang di hebahkan itu.

"Flash Mob' Pembangkang Dikejutkan Dengan Adengan Bogel




Satu ‘flash mob‘ yang dilakukan oleh sekumpukan 'anak-anak ikan' bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.

Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.

31 August 2013

Akhbar Rusia Today Dakwa Pakatan Terima Dana Amerika Anjur Rusuhan




Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan juga seorang jurugambar)
Dipetik dari : Russia Today

Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti pembangkang.

Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...