Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts

09 September 2013

Harga Minyak Naik : Apa Nak Buat?????



Mungkin Ini Juga Antara Jalan Penyelesaian Untuk Hadapi Kenaikan Harga Minyak
Kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia mengenai betapa pentingnya mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Daripada merungut dan membuat aksi 'flash mob' untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel sebanyak 20 sen dan RON95 sebanyak 15 sen, lebih elok rakyat berfikiran positif dan pro-aktif bagaimana hendak membuat 'adjustment' atau penyesuaian kepada gaya hidup mereka.

Pembangkang akan melihat isu ini sebagai modal politik  mereka untuk menyerang kerajaan. Pembangkang hanya tahu satu perkara sahaja untuk mengurus kewangan negara, sama ada menurunkan harga barangan atau menghapuskan sama sekali seperti dalam kes pinjaman pendidikan PTPTN.

Kenapa Kerajaan Naikkan Harga Petrol




Macam- macam reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah 'pihak sana' yang sentiasa mencari 'silap' kerajaan, kenaikan itu seperti memberi 'bola tanggung'.

Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...