Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada semalam sedikit hangat, apabila
YB Datuk Ibrahim Ali melabelkan Anwar Ibrahim sebagai Bapa Hipokrit
ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012. Ia di ikuti pula dengan YB Datuk Zulkifli
Nordin (Kulim Bandar Baru) yang melabelkan Anwar sebagai ‘selected
amnesia’ (penyakit hilang ingatan yang terpilih).
Ini kerana menurut mereka, semenjak dibuang dari kabinet Anwar sering
terlupa atau hilang ingatan dengan tindakan-tindakan yang dilakukan
olehnya ketika bersama kerajaan suatu ketika dahulu. Menurut mereka
lagi, Anwar Ibrahim adalah merupakan orang yang bertanggungjawab
berkenaan isu PTPTN yang digembar-gemburkan oleh mahasiswa dokongan
pembangkang ini.
Ini kerana, isu ini adalah merupakan sebagai daripada hasil ‘air
tangan’ Anwar yang telah diluluskannya ketika menjawat jawatan Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.
Namun apabila ‘dibuang’ dari kabinet, dia seolah-olah lupa dan cuba
mengekploitasikan gerakan pelajar dan menghasut mereka untuk bangun
menentang kerajaan. Semua ini dilakukan semata-mata kerana kemaruk dan
gila kuasa untuk ke Putrajaya. Sedangkan pada ketika ini, mereka-mereka
ini sepatutnya menumpukan perhatian yang serius kepada pelajaran.
Hasilnya satu himpunan telah dilakukan pada Sabtu lepas, oleh
golongan pelajar dokongan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk mendesak
kerajaan agar memansuhkan PTPTN dengan memberikan taraf pendidikan
percuma kepada golongan mahasiswa di negara ini. Namun begitu, himpunan
tersebut di anggap GAGAL kerana tidak mendapat sokongan pelajar secara
keseluruhan. Ini kerana himpunan tersebut hanya mampu mengumpulkan
sekitar 300 orang.
Yang menjadi persoalannya, andainya benar Anwar berhasrat untuk
memberikan pendidikan percuma kepada pelajar mengapakah polisi ini tidak
digunapakai di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan seperti di
Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Atau setidak-tidaknya
memberikan tajaan biasiswa penuh kepada seluruh anak-anak negeri di
bawah Pakatan yang melanjutkan pelajaran. Baik di institusi pengajian
awam mahupun swasta, sama ada di dalam ataupun luar negera.
Namun perkara sedemikian tidak terjadi, ini kerana Anwar sedar ia
merupakan satu beban kepada kerajaan. Tambahan pula polisi yang
dicadangkan ini langsung tidak masuk akal sama sekali serta tiada
rasionalnya. Isu yang dimainkan ini hanyalah merupakan satu lagi retorik
Anwar untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan pelajar kepada
kerajaan agar gerakan ini mampu untuk meruntuhkan kerajaan yang dipilih
oleh rakyat melalui sistem demokrasi seperti yang pernah terjadi di
Indonesia dan ‘gerakan arab spring’ suatu ketika dahulu.
Namun PTPTN bukanlah merupakan satu polisi yang zalim dan kejam
seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang. PTPTN adalah merupakan Skim
Pembiayaan Pendidikan yang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan
pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di
Institusi Pendidikan Tinggi. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar
membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara
hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini
membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Kemudahan pembiayaan ini juga merupakan serampang dua mata kepada
golongan pelajar untuk memberikan tumpuan yang khusus kepada pelajaran.
Ini kerana kepada mereka-mereka yang berjaya memperolehi keputusan yang
cemerlang membolehkan pembiayaan ini ditukarkan kepada biasiswa. Secara
tidak langsung mampu melahirkan golongan belia negara yang mempunyai
daya saing dalam menuntut ilmu.
Rata-rata bekas mahasiswa yang ditemui juga mengatakan, walaupun
terpaksa membayar balik pinjaman yang diberikan beserta dengan faedah,
namun ia dilihat tidak membebankan bagi mereka. Ini kerana golongan
bekas pelajar diberi masa sehingga 6 bulan selepas tamat pengajian untuk
membayar semula pembiayaan pendidikan. Malah ada juga mereka-mereka
yang hanya membayar serendah RM150-300 sebulan