Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts
13 February 2014
PM Ajak Rakyat Solat Hajat
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput umat Islam menyertai majlis solat hajat untuk kemakmuran dan keamanan negara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, mulai 6 petang.
26 January 2014
@n_izzah @anwaribrahim @KEADILAN VIDEO 'Janda Kangkung' Nurul Izzah jadi trending di Facebook.
Selepas video kangkung menghina PM Najib, kini kangkung mula menyerang pemimpin pembangkang pula.Ini lah padahnya putar belit sangat kenyataan PM pasal kangkung. Kan dah terkena balik.
Video 'janda kangkung' mula menjadi trending di Facebook sejak pagi tadi. Ramai yang kongsikan video itu di wall masing-masing. Video pendek ini memang lucu. Kalau tengok ulang kali mesti rasa geli hati.
09 September 2013
Penduduk India Ugut PM @NajibRazak Beri Tanah
"Dalam
tempoh 10 hari, jika tiada apa-apa pertolongan daripada mana-mana pihak, kami
nekad akan berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya."
Demikian
luahan 400 keluarga bekas pekerja empat ladang yang kesal apabila permohonan
membina perumahan kos rendah untuk mereka masih belum diambil tindakan sejak
tiga bulan lalu.
Seorang
penduduk, D Sokutamani, 56, berkata, dia rela makan, tidur dan memasak bersama
jiran lain di bawah khemah daripada terus berada dalam rumah yang berdepan
dengan risiko keretakan.
Kerajaan BN Tetap Pertahan Kalimah ALLAH
![]() |
| Walaupun Pas Dakwa Mereka Pejuang Islam, Namun Mereka Akur Dengan Tuntutan Kristian Untuk Guna Kalimah Allah |
Apabila
penggunaan perkataan "Allah" akan di bawa mahkamah pada Selasa depan, kerajaan Malaysia akan
berhujah bakal berlakunya kecelaruan umum sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan
bukan Muslim menggunakan perkataan itu.
Dalam
afidavit, Putrajaya akan menggunakan insiden serangan ke atas beberapa gereja
sebagai contoh termasuk penghinaan kepada masjid dengan tindakan meletakkan
kepala babi yang mana akan mewujudkan ketegangan jika mahkamah mengulangi
keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan
perkataan "Allah".
Labels:
Bible,
BN,
Gereja,
Gereja Katolik,
Kalimah Allah,
Majalah Herald,
Najib Razak,
PAS,
PM,
Putrajaya,
UMNO
31 August 2013
Perutusan PM @NajibRazak Sempena Hari Kebangsaan Ke-56
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang
setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung
rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan
ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-56 dalam keadaan permai
sentosa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-50 Sabah dan Sarawak bersama-sama
menyambutnya sejak 1963.
Sesungguhnya, bersesuaian dengan situasi
semasa, MalaysiaKu Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, telah dipilih sebagai
tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan kali ke-56 ini.
15 June 2012
PM MALAYSIA : ISLAM DAN MELAYU
| Sungguh akrab, pemimpin Ultra Kiasu ini |
Baru-baru ini kita dihebohkan di media arus perdana berkenaan dengan
satu isu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Sing yang mana berikrar akan
terus berjuang supaya seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia dengan alasan tiada undang-undang yang diperuntukkan
untuk menghalang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut. Kenyataan beliau ini boleh kita ditafsirkan sebagai sensitif dan boleh
membawa kepada keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya, masyarakat
Melayu.
11 June 2012
BERSEDIAKAH MELAYU TERIMA GUAN ENG SEBAGAI PM
WALAUPUN
mengaku tersasul dan kemudian segera minta maaf, namun Karpal Singh
berjaya membaca fikiran orang Melayu. Karpal tahu sejauh mana semangat
muafakat bangsa Melayu. Pengerusi DAP itu mungkin tersenyum lebar
apabila melihat tidak semua Melayu bersatu menempelak beliau bila
tersasul kata begitu. Yang
betul-betul marah dan naik angin tak suka Cina atau India jadi PM
Malaysia hanyalah pemimpin dan penyokong UMNO. Kelompok inilah
betul-betul bersatu mempertahankan kerusi Perdana Menteri kekal di
tangan Melayu. Melayu
dalam parti lain tidak sependapat. Memang ada segelintir menentang.
Ada segelintir pula berfikiran terbuka. Ada yang buat tak kisah. Ada
yang berkata, daripada UMNO jadi PM biarlah diberi pada orang lain!
Labels:
Abdul Aziz,
Anwar,
Barisan Nasional,
BN,
DAP,
Guan Eng,
Hadi Awang,
Karpal Singh,
Khalifah,
Melayu,
Nik Aziz,
Pakatan Rakyat,
PM,
Presiden PAS,
PRU13,
Putrajaya,
UMNO
02 June 2012
ISYARAT TEPAT UNTUK PRU13
SEORANG rakan daripada sebuah unit falak sebuah
universiti di utara tanah air memberitahu penulis tentang dua tarikh
penting yang senantiasa dinantikan umat Islam. Ia berkisar tarikh mula berpuasa dan sambutan Aidilfitri. Ditanya bila tarikh kedua-duanya? Jawabnya, dari pengamatan unit
falaknya, yang memang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) sahih saban tahun - umat Islam di negara ini dijangka mula
berpuasa pada Sabtu, 21 Julai depan manakala Hari Raya Aidilfitri
disambut pada Ahad 19 Ogos. Dengan tarikh sedemikian, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari.
PERJUANGAN KARPAL UNTUK PM BUKAN MELAYU?????
Karpal Singh baru-baru ini mengatakan akan memperjuangkan kerusi
PM untuk diisi seorang bukan Melayu selagi beliau masih hidup.
Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang
dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu
menjadi Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan terjemahan itu, Karpal secara peribadi menganggap jawatan
itu boleh disandang oleh calon bukan Melayu walaupun pakatan
pembangkang telah bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim calon paling layak.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Apanama,
DAP,
DUN,
House PK,
Karpal Singh,
Lim Guan Eng,
Lim KIt Siang,
Melayu,
NGO,
Nik Abdul Aziz,
Parlimen,
Parpukari,
pkr,
PM,
The Unspinner
15 May 2012
Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan
Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai
lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat
mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
14 May 2012
PTPTN : Pembangkang Yang Hipokrit
Isu segelintir kecil golongan
pelajar yang mahu mendesak kerajaan untuk memansuhkan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan satu lagi sandiwara
dan drama terbaru arahan pakatan pembangkang. Ini disebabkan kerana
mereka sedang berusaha untuk mencipta pelbagai momentum untuk menipu dan
menagih simpati rakyat.
Ini kerana mereka sedar sejak
kebelakangan ini sokongan rakyat telah kembali kepada kerajaan. Imej
‘cool’ PM serta pendekatan yang digunakan untuk mendekati golongan muda
tenyata mula diterima golongan generasi X dan Y. Ini ditambah dengan
pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan telah
mula dirasai oleh majoriti besar rakyat.
Perkembangan itu ternyata tidak
disenangi oleh pakatan pembangkang, oleh itu seribu satu isu dicipta dan
terbaru mendokongi gerakan pelajar untuk bangkit menolak dan menentang
kerajaan.
Natijahnya Dataran Merdeka yang
merupakan ikon pelancongan negara untuk para pengunjung baik dari dalam
mahupun luar negeri tercemar dengan kebiadapan segelintir kecil golongan
pelajar yang menjadi alat pembangkang. Ini kerana himpunan yang mereka
adakan baru-baru ini gagal mendapat sambutan majoriti mahasiswa.
Retoriknya seperti kebiasanya isu yang
disuara itu ‘disambut’ oleh pakatan pembangkang bagi mewujudkan persepsi
mereka bersama-sama menyokong isu untuk memansuhkan PTPTN ini.
Sedangankan mereka jugalah sebelum ini yang menajdi dalang agar gerakan
ini dihidupkan oleh pelajar-pelajar tersebut.
Namun begitu, apabila dilakukan semakan
ternyata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah merupakan antara mereka
yang menyokong penuh usaha untuk menubuhkan PTPTN ini apabila akta ini
dibentangkan di parlimen pada tahun 1997. Kenyataan ini diperolehi
ketika penelitian dilakukan melalui rekod Penyata Rasmi Parlimen.
Berikut adalah petikan ucapan mereka ketika membahaskan akta ini pada 14 May 1997
Berikut adalah Penyata Rasmi lengkap pada hari tersebut untuk rujukan semua. Penyata Rasmi Parlimen 14/05/1997
Seterusnya, kenyataan yang dibuat oleh
Anwar Ibrahim, untuk memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya merampas
kerajaan atas alasan ia adalah merupakan akta yang zalim. Namun
persoalannya mengapa ketika akta ini dibentang dulu, Anwar selaku
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak membantah?
Sedangkan yang memberikan kelulusan
kepada PTPTN untuk memulakan operasi ialah Anwar Ibrahim selaku Menteri
Kewangan dan yang paling penting pada ketika itu merupakan pemangku
kepada jawatan Perdana Menteri.
Kesimpulannya inilah wajah-wajah sebenar
pembangkang, yang cuba menipu rakyat dengan pelbagai janji manis namun
dimasa yang sama mempunyai pelbagai imej dan personaliti.
Labels:
Dataran Merdeka,
Lim Guan Eng,
Lim KIt Siang,
MP Tanjong,
PM,
PTPTN
Masih Relevankah Bersih 3.0
Pada pembaca yang meminati melayari blog-blog tulisan pakatan
pembangkang, pasti melihat betapa terdesaknya mereka untuk mempromosikan
himpunan Bersih 3.0. Baik dari segi tulisan, kenyataan dan tidak
ketinggalan dengan mengadakan pelbagai himpunan lain sebagai ‘pemanas
badan’. Yang peliknya, mengapakah pakatan pembangkang seolah-olah panik,
dengan penganjuran kali ini.
Bukankah sebelum ini, mereka boleh dilihat sebagai ‘juara’ untuk
mengerakkan rakyat berdemostrasi. Tetapi himpunan kali dilihat begitu
penting untuk pakatan untuk memastikan nyawa dan ideologi mereka
diterima rakyat.
Sekiranya sebelum ini, Anwar tegas mengatakan Bersih adalah merupakan
agenda NGO yang membawa isu negara dan bukannya untuk kepentingan
politik. Namun untuk penganjuran kali ini, tanpa berselindung mereka
terpaksa mengakuinya secara terbuka dalam memastikan ia mendapat
sambutan ramai.
Hasil penelitian yang dilakukan, ramai pemimpin pakatan terutama
Anwar berasa gusar sekiranya himpunan pada kali ini tidak mendapat
sambutan seperti yang dirancang. Ini kerana pemerhati politik dan umum
mengakui imej dan pendekatan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak berada pada tahap yang memberangsangkan. Majoriti rakyat terutama
golongan belia begitu menyenangi dan menerima imej dan ketokohan PM.
Berbanding dengan imej Anwar Ibrahim yang mula diragui dan
diperkatakan dan perkembangan amat meresahkan pakatan dan juak-juaknya.
Contohnya himpunan 901, mansuh PTPTN dan sebagaianya tidak mendapat
sambutan yang mengalakkan. Sedikit demi sedikit rakyat sudah mula dapat
menilai di tambah dengan prestasi yang ditunjukkan pakatan di
negeri-negeri yang diperintah mereka tidak seperti yang dijanjikan
sebelum ini.
Kelemahan demi kelemahan juga telah dibongkar untuk pengetahuan umum
bagi membolehkan rakyat menilainya secara keseluruhan. Yang terbaru
pepecahan yang berlaku di kalangan pimpinan pakatan pembangkang juga
dilihat umpana ‘retak menanti belah’ lantaran tamak dan rakus kepada
kuasa yang ada.
Berbalik kepada isu himpunan Bersih 3.0 yang dirancang oleh
pembangkang ini, ia dilihat sebagi faktor penentu kepada Anwar Ibrahim
dalam merealisasikan impiannya untuk menduduki kerusi di Putrajaya.
Kegagalan untuk menarik penglibatan rakyat bagi menyertai himpunan
tersebut seperti himpunan sebelum ini bakal menyebabkan Anwar sekali
lagi berputih mata. Maka seluruh gerakan dan jentera telah diarahkan
untuk memujuk dan menyebarkan propraganda agar rakyat terutama anak muda
dan belia bersimpati dan seterusnya bersam-sama menjayakan politik
jalanan yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim.
Namun penelitian yang dilakukan, memperlihatkan rakyat sudah mula
muak dan bosan dengan retorik dan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar
dan pimpinannya. Keputusan kerajaan dalam penubuhan Jawatankuasa
Penambahbaikan Perjalanan Pilihanraya serta cadangan-cadangan yang
dikemukakan memperlihatkan keikhlasan dan usaha kerajaan dalam
memastikan perjalanan pilihanraya yang adil lagi terjamin buat negara
ini.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Bersih 3.0,
Pembangkang,
Perdana Menteri,
PM,
PTPTN
Subscribe to:
Posts (Atom)







