Showing posts with label Muzakarah. Show all posts
Showing posts with label Muzakarah. Show all posts

15 June 2012

PM MALAYSIA : ISLAM DAN MELAYU

Sungguh akrab, pemimpin Ultra Kiasu ini

Baru-baru ini kita dihebohkan di media arus perdana berkenaan dengan satu isu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Sing yang mana berikrar akan terus berjuang supaya seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan alasan tiada undang-undang yang diperuntukkan untuk menghalang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut. Kenyataan beliau ini boleh kita ditafsirkan sebagai sensitif dan boleh membawa kepada keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya, masyarakat Melayu.

07 June 2012

ANTARA MUZAKARAH DAN PERPADUAN UMAT


Seorang sahabat yang tidak menyokong mana-mana parti atau lebih tepat lagi “duduk atas pagar” melepaskan rasa kecewa. Katanya; “Nampak gaya muzakarah Umno dan Pas tak menjadi lagi,” keluhnya dalam nada yang penuh rasa kesal. Daripada keluhan itu, penulis melihat raut wajahnya yang benar-benar kecewa setelah menatap beberapa akhbar pada pagi minggu baru-baru ini. Nada kecewa dan rintihannya nampak benar apabila dia turut menggeleng-gelengkan kepala.

03 June 2012

RASIONAL MENERUSKAN MUZAKARAH UMNO-PAS


Sejarah membuktikan kerjasama Pas-Umno pernah wujud. Ia bermula sebaik berlaku peristiwa 13 Mei 1969, di mana salam undangan Umno terhadap Pas yang dimulai pelawaan oleh Tun Razak terhadap Datuk Asri- ketika itu YDP Agung Pas Pusat sambut baik. Pas setuju menerima pelawaan Umno bagi membentuk kerjasama kuat hingga tertubuh satu kerjasama politik baru di bawah pembentukan Barisan Nasional (BN) pada 1972, walaupun akhirnya Pas keluar daripada BN pada 1978. Sekiranya ia boleh berlaku pada zaman Asri-Tun Razak, mengapa ia tidak pada zaman Datuk Seri Hadi-Datuk Seri Najib?.

24 May 2012

MUZAKARAH Perlu Focus perpaduan ummah


ISU muzakarah dan penyatuan antara dua parti majoriti terbesar umat Islam iaitu UMNO dan Pas kembali bergema. Ia bukan satu isu baru kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini suara-suara untuk penyatuan kedua-dua parti ini lantang disuarakan oleh pelbagai pihak merangkumi ahli akademik, pemimpin masyarakat di samping ahli dan pemimpin parti masing-masing.

Puteri Gunung Ledang dan MUZAKARAH


GELI hati saya apabila membaca polemik muzakarah UMNO-Pas. Pada pandangan saya eloklah UMNO lupakan saja jemputan muzakarah ini kerana Pas sememangnya tidak ikhlas untuk bermuzakarah. Cuba renungkan cerita lagenda Puteri Gunung Ledang (PGL) di mana tuan puteri meletakkan syarat-syarat yang pelik kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud, untuk meminang beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...