Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

12 September 2013

Video : Kerana BODOH, Kubur Kita DIKENCING @UstazHaronDin @anwaribrahim




Tanggal 10 September 2013 adalah merupakan tarikh penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Mahkamah Rayuan, Putrajya telah bersidang untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan mahkamah sebelum ini yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam rayuan untuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah.

Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. Mereka menang dalam permohonan pertama mereka di mahkamah yang telah di bantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??

07 September 2013

Video : Pasangan Gay Melayu Mohon Restu Di FB!! @anwaribrahim




Inilah remaja Melayu yang berani meminta izin di Facebook agar hubungan sejenis yang jijik mereka di restui oleh masyarakat mungkin mereka tidak tahu jika undang-undang Islam dilaksanakan jika mereka di tangkap melakukan sex ala gay diorang maka hukumnya dibunuh kedua-dua sekali.

Tidak hairan mengapa pasangan ini berani 'meraung' di laman sosial dan mendedahkan hubungan mereka. Kerana di Malaysia ada seorang 'Mr Mansuh' ataupun dikenali juga dengan al-Juburi.

31 August 2013

Artis Nafi Hina Islam, 'I for Idiot' Dirujuk Pada George Bush




Karya seni I is for Idiot (I untuk bahlul) yang dirampas polis kerana didakwa menghina Islam sebenarnya merujuk kepada peristiwa serangan Amerika Syarikat (AS) di Iraq semasa pentadbiran Presiden George W Bush, jelas senimannya. Justeru, kata Anurendra Jegadeva, beliau tidak berniat menghina Islam tetapi menunjukkan pendirian berbeza sebagai kebersamaan dengan "warga jalanan Iraq", yang kebanyakannya orang Islam.

Beliau juga menjelaskan ayat al-Quran yang digunakan sebagai mewakili rakyat Iraq. Ia juga diterbalikkan bagi menggambarkan keadaan dunia ketika itu.

29 August 2013

Pupuk Semula Toleransi Kaum, Agama




Oleh : Mohd Ayop Abd Razid

Toleransi beragama adalah aspek penting dalam menjaga kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Aspek ini perlu disemai dan dipupuk sejak kecil dan peranan ini mesti dilakukan oleh keluarga dan diperkukuh di peringkat pendidikan formal.

Semua kaum di negara ini dengan pelbagai anutan agama mesti mengelak diri daripada menyentuh sensitiviti penganut agama lain serta menjauhi sikap ekstremis. Sikap fanatik terhadap kaum dan agama secara membabi-buta sehingga tidak mempedulikan kepentingan orang lain juga mesti dijauhi.

Antara Hak Asasi Manusia vs Hak ALLAH




Oleh : Ridhuan Tee Abdullah

Saya ingatkan isu ratu cantik Melayu sudah berakhir. Rupa-rupa masih lagi dipertikaikan oleh segelintir wanita yang memimpin NGO wanita menggunakan nama Islam. Tidak perlu saya sebutkan nama penuhnya. Semua orang tahu.

NGO ini mempertikaikan undang-undang syariah negara kita yang dikatakan satu-satunya negara di dunia yang telah meletakkan pendapat ulama sebagai undang-undang negara tanpa terlebih dahulu menempuh proses perundangan dan setelah itu menetapkan sebagai satu kesalahan bagi sesiapa yang mencabar pendapat tersebut.

28 August 2013

Isu Dialog Sunnah-Syiah




Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

26 August 2013

Darah Mana Tidak Mendidih?


Oleh : Tan Sri Abdullah Ahmad

Dulu Nasser 'suara, simbol' Arab, salah hitung jadi Mesir, waspada TPP! Pesta Aidilfitri yang berterusan tidak dapat mengurangkan kesedihan saya melihat bumi Mesir, Syria, Iraq, Libya, Afghanistan, Kashmir, Pakistan, Bahrain dan Myanmar terus menerus berdarah; mereka seagama dan yang lain turut tanpa berhenti dilumuri darah. Hati mana kecuali hati batu yang tidak hancur?

Darah mana tidak mendidih kecuali darah beku? Sebab peristiwa berdarah di Mesir, saya menangguhkan menulis episod kedua kisah elBadawi dan 'buku'nya. Apa pun tegas seorang editor Cina kepada saya di Rumah Terbuka Aidilfitri CIMB Isnin lepas: "penyunting, penyokong elBadawi gagal mencapai objektif yang dingini mereka; buku mereka misfired completely- betul-betul tak mengena!"

24 August 2013

Apa Lagi Bukan Islam Mahu!




Oleh : Ridhuan Tee Abdullah

Mentang-mentang pengerusi sebuah NGO ini seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Pada saya, tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi sesiapapun ada hak. Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini. Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008.

Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

29 June 2012

CHAUVINIS ULTRA KIASU : MAKANAN DAN HIBURAN


Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan. Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi dan kaki katak dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini.

07 June 2012

ANTARA MUZAKARAH DAN PERPADUAN UMAT


Seorang sahabat yang tidak menyokong mana-mana parti atau lebih tepat lagi “duduk atas pagar” melepaskan rasa kecewa. Katanya; “Nampak gaya muzakarah Umno dan Pas tak menjadi lagi,” keluhnya dalam nada yang penuh rasa kesal. Daripada keluhan itu, penulis melihat raut wajahnya yang benar-benar kecewa setelah menatap beberapa akhbar pada pagi minggu baru-baru ini. Nada kecewa dan rintihannya nampak benar apabila dia turut menggeleng-gelengkan kepala.

30 May 2012

Harussani vs Nik Aziz : Antara Hujah dan Sikap


MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata kecewa dengan pendekatan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap melampau kerana menolak muzakarah dengan UMNO. Hakikatnya, jika sesiapa yang mengkaji perjalanan politik Nik Abdul Aziz sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dan kemudiannya Mursyidul Am mereka pasti tidak akan terkejut dengan tingkah laku dan pendekatan politik beliau.

24 May 2012

Ruginya Islam, Bila Melayu Berpecah

Oleh : Riduan Tee Abdulah


Ke mana saya pergi untuk berceramah, saya lihat rumah ibadat bukan Islam tumbuh macam kulat. Lebih menyakitkan lagi, jalan utama terpaksa dilencongkan kerana memberi laluan kepada pembinaan rumah berhala. Apakah ini wajar? Berapa banyak lagi rumah ibadat diperlukan sedangkan sedia ada sudah cecah 200,000 berbanding surau, masjid dalam lingkungan 30,000. Semua ini begitu jelas berlaku selepas Pilihan Raya Umum 12, 2008. Perpecahan umat Islam mengakibatkan orang lain ambil kesempatan, menangguk di air keruh. Apa yang belum ada, diada-adakan; sudah ada, ditambah dan diperbaharui.

19 May 2012

Benarkah Pas parti Islam?

 
''DENGAN begitu ramai orang Islam dan tok guru agama menyokong Pas, maka penggunaan perkataan Islam kepada parti oleh pemimpin-pemimpin Pas sudah tidak dapat dibatalkan lagi. Jika percubaan dibuat untuk membatalkan kelulusan yang diperolehi daripada penjajah, Pas akan menjadikan perkara ini isu politik yang besar. 

19 November 2008

Benarkah Pakatan Rakyat Pertahan Islam dan Hak Keistimewaan Melayu?

Anwar: Pakatan Pertahan Islam dan Hak Istimewa Melayu

SHAH ALAM: Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-ketiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut antara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salah faham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Shah Alam Selangor hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Komen:

Persoalannya benarkah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS mempertahankan Islam dan hak keistimewaan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Anwar?

1). Siapa yang membangkitkan soal laungan azan dan tulisan jawi sehingga membangkitkan kemarahan orang Melayu - Teresa Kok (DAP).

2). Siapa yang membuat kenyataan langkah mayatnya dahulu jika mahu menubuh dan menegakkan undang-undang Islam di negara ini - Karpal Singh (DAP).

3). Siapa yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

4). Siapa yang berjanji hak yang sama rata kepada semua kaum jika Pakatan Rakyat berkuasa - Lim Kit Siang (DAP).

5). Siapa yang berjanji untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu ketika berkempen di hadapan orang Cina dan India jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

6). Siapa yang mempertikai teks ucapan Yang DiPertuan Agong dan kuasa Sultan Perak - Karpal Singh (DAP).

7). Siapa yang mencadangkan supaya UITM dibuka kepada bukan Melayu dan bangsa asing - Khalid Ibrahim (PKR).

8). Siapa yang mencadangkan supaya bahasa lain juga dijadikan bahasa rasmi negara - Teresa Kok (DAP).

Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu menjawab semua persoalan di atas jika benar dakwaan beliau Pakatan Rakyat mempertahankan Islam dan hak keistimewaan Melayu di negara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...