Ke mana
saya pergi untuk berceramah, saya lihat rumah ibadat bukan Islam tumbuh macam
kulat. Lebih menyakitkan lagi, jalan utama terpaksa dilencongkan kerana memberi
laluan kepada pembinaan rumah berhala. Apakah ini wajar? Berapa banyak lagi
rumah ibadat diperlukan sedangkan sedia ada sudah cecah 200,000 berbanding
surau, masjid dalam lingkungan 30,000. Semua ini
begitu jelas berlaku selepas Pilihan Raya Umum 12, 2008. Perpecahan umat Islam
mengakibatkan orang lain ambil kesempatan, menangguk di air keruh. Apa yang
belum ada, diada-adakan; sudah ada, ditambah dan diperbaharui.
