Jika sebelum ini kita hanya tahu jagung
biasanya berwarna kuning namun jangan terkejut jika anda melihat jagung yang
berwarna-warni.
Sekali imbas jagung ini pasti kelihatan
seperti mainan atau palsu namun hakikatnya jagung ini sebenarnya adalah asli
dan ia yang dipanggil "Gem Class" dan berasal daripada Oklahoma
Amerika Syarikat.
Jagung berwarna warni ini telah dihasilkan
oleh seorang petani yang dikenali sebagai Carl Barnes yang telah membuat kajian
selepas penyelidikan selama beberapa tahun.
Jagung unik ini dikatakan terjadi terjadi
selepas Carl menyedari yang setiap jagung itu mempunyai biji yang berlainan
warna dan kemudian bertindak mencantumkan benihnya sehingga menghasilkan
tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna yang menarik.
No comments:
Post a Comment