Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tuduhan dia
sengaja melarikan diri dari syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. setelah
menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebagai mengarut.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz
Azman Shah, 21, berkata, hanya orang tidak mempunyai akal sahaja yang
menuduhnya berbuat demikian kerana dia dan syarikat produksi berkenaan tidak
mempunyai sebarang masalah.
"Saya masih lagi bernaung dengan Global.
Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah
mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station.
"Mereka menuduh saya tanpa usul periksa.
Jika benar saya larikan duit mereka, sudah lama saya ditangkap. Sedangkan pihak
sana (Global) yang menyekat baki wang saya.
"Cuma baki wang tersebut akan diberi
mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan,"
katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis
Terdahulu, Afiq sudah menerima pendahuluan
sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen produksi
berkenaan namun aktor itu direhatkan seketika ekoran kontroversi berhubung
pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.
Selepas beberapa bulan kontroversi itu reda,
syarikat produksi berkenaan cuba menghubungi Afiq namun dia tidak menjawab
panggilan mahupun membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Tambah Afiq, dia tidak muncul dalam sebarang
karya Global Station kerana pada ketika itu dia sibuk menjalani penggambaran
drama di bawah produksi lain.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Afiq
kini sedang menjalani penggambaran drama Angin Syurga bersama aktres Jue Aziz
dan Leez terbitan RTM dan bakal muncul dengan drama Ratu Syuhada untuk siaran
televisyen sama.
"Alhamdulillah, tawaran kerja saya
semakin berlambak. Ternyata kontroversi tidak menjejaskan karier lakonan saya.
"Pada Disember ini pula saya akan ke
Korea bagi menjalani penggambaran drama di bawah terbitan syarikat produksi
Pujangga Kreatif," ujarnya.
No comments:
Post a Comment