Showing posts with label Artis Kontroversi. Show all posts
Showing posts with label Artis Kontroversi. Show all posts

18 October 2013

Pelakon Afiq Muiz, Dituduh Larikan Duit RM30,000 @afiqmuiz92




Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tuduhan dia sengaja melarikan diri dari syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebagai mengarut.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata, hanya orang tidak mempunyai akal sahaja yang menuduhnya berbuat demikian kerana dia dan syarikat produksi berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah.

29 September 2013

Artis Sanggup Bogel, Untuk Gambar Muka Depan Majalah




Penyanyi dan pelakon sensasi, Miley Cyrus seperti dahagakan perhatian sejak putus tunang dengan aktor Liam Hemsworth apabila dia sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tampil bogel hiasi kulit depan majalah Rolling Stone untuk edisi Oktober.

Jangan 'Kotorkan' Wanita - @sharifahamani




Jiwanya resah, hatinya gelisah melihat persekitaran industri yang semakin tidak menentu. Ketidaktentuan industri hiburan tempatan secara amnya dilihat sebagai satu perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

Tidak hanya melihatkan jumlah kutipan tiket wayang yang tidak memberangsangkan tetapi yang lebih dikesalkan oleh Sharifah Amani Syed Zainal Rashid adalah isu watak wanita tidak mengangkat martabat wanita.

14 September 2013

'DAH LUNYAI' : Kenapa Farawahida Nak Terasa - Julfekar @realFARAWAHIDA



Komposer Julfekar Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik tempatan. Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

"Selama ini setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak pernah menyebut namanya mahupun individu lain.

13 September 2013

Penerbit Filem Raja Azmi Kena Maki 'Makcik Tua Bodoh'




Menjelang hari pernikahannya pada 15 September ini, nama Raja Azmi masih lagi tidak henti-henti dikaitkan dengan kontroversi. Terbaru, dirinya dihentam dan dimaki hamun teruk peminat selepas gambarnya menyumbat sebatang rokok di mulut bayi tersebar di laman-laman sosial.

Antaranya, produser kontroversi ini digelar ‘bodoh’ dan ‘mak cik tua’ kerana cuba mencetuskan publisiti murahan yang gemar dilakukannya seperti sebelum ini. Rasanya gambar sebegini tidak perlu dikongsikan bersama umum kerana walaupun rokok yang disumbat di mulut anak kecil itu tidak dibakar namun peminat merasakan tindakannya itu adalah tidak wajar untuk kesihatan cucunya.

11 September 2013

Amy Search Terkilan, Nabila Huda Belum Sedia Komen @abilsuhaimi




Ahad lalu, pelakon Nabila Huda dan anaknya mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak selepas kereta yang dipandu oleh pelakon Syazwan Zulkifli berpusing dan akhirnya terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menghadiri sebuah acara hiburan di Kuantan, Pahang.

Akibat  daripada kemalangan itu, anaknya Keisha patah tangan dan dimasukkan ke hospital. Ekoran daripada kejadian itu, bekas suami Keisha, Zaidi Zailani meluahkan perasaan kesal dan marah terhadap insiden yang berlaku di akaun Twitter miliknya.

10 September 2013

Isu Tunjuk ANU : Saya Tak Kenal Wanita Itu - Adi Putra @ADPadiputra




Aktor kacak, Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang menegaskan dia tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengan dirinya dan memberi sebab mengapa dia mendiamkan diri. Kenyataan ini diberikan oleh Adi ketika ditemui di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebentar tadi.

"Saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mengapa mendiamkan diri. Mendiamkan diri tak membawa erti saya melarikan diri apabila kes ini timbul. Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang seperti sidang media produk ini, tayangan KL Gangster 2 dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...