Showing posts with label Ahli Sunnah Wal Jamaah. Show all posts
Showing posts with label Ahli Sunnah Wal Jamaah. Show all posts

10 September 2013

Pas Penyebar Utama Syiah Di Malaysia @PASPusat @DPPMalaysia




Penganut Syiah tidak dibenarkan menjadi ahli Pas kerana ajaran itu bercanggah dengan perlembagaan parti yang hanya mengiktiraf akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kepemimpinan ulama Pas bersikap tegas menolak pengaruh Syiah di dalam parti.

Menurut beliau, ‘pengaruh Iran’ memang wujud di dalam Pas, namun fenomena itu tiada kaitan dengan ajaran Syiah. Pengaruh itu timbul ekoran kekaguman terhadap kejayaan Revolusi Iran menumbangkan sistem monarki di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini," katanya

Pengikut Syiah SESAT, Mohon Keluar Dari Islam @khalidismath




Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.

Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.

28 August 2013

Isu Dialog Sunnah-Syiah




Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...