Showing posts with label Yusof Qardhawi. Show all posts
Showing posts with label Yusof Qardhawi. Show all posts

28 August 2013

Isu Dialog Sunnah-Syiah




Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

10 July 2012

AJARAN PAS PUNCA TRAGEDI DI JPM


Insiden yang berlaku di perkarangan kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi benar-benar mencemaskan semua. Seorang lelaki bersama seorang wanita telah menceroboh untuk masuk dengan meletakkan pedang samurai di leher anggota polis bantuan yang sedang bertugas. Kerana keadaan yang mencemaskan itu, anggota polis bantuan itu terpaksa membenarkan mereka untuk masuk.

02 June 2012

PERBEZAAN ANTARA KEBANGKITAN DAN KEGANASAN


PADA 2 Februari 2011, stesen televisyen satelit Al Jazeera menyiarkan kenyataan Dr. Yusof Qardhawi mengenai rusuhan di Mesir sebagai 'wajib disertai rakyat yang sihat dan mereka yang mati ketika berdemonstrasi sebagai syahid'. Ketika itu, kenyataan Dr. Yusof dilihat sebagai pandangan khusus yang merujuk pada suasana politik Mesir, yang sedang melalui masa yang sangat genting. Sebagai Ketua Ulama Islam Sedunia, ucapan itu disiarkan dua hari sebelum menjelangnya Perarakan Jutaan Umat di Dataran Tahrir, Kaherah yang dianjurkan untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Itu isu lama yang berlaku lebih setahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...