Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

26 February 2014

Institut Wasatiyyah Anjur Seminar Antarabangsa, Pupuk Kefahaman Rakyat



Add caption

Institut Wasatiyyah Anjur Seminar Antarabangsa, Pupuk Kefahaman Rakyat

Dalam memastikan masyarakat memahami pendekatan Wasitiyyah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak, satu seminar antarabangsa akan dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin berkata seminar yang bertajuk ‘Penghayatan Wasatiyyah dalam Kerangka Maqasid Syariah’ itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri dan bakal berlangsung selama 3 hari di Menara Felda bermula dari 8 April 2014.

13 February 2014

PM Ajak Rakyat Solat Hajat


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput umat Islam menyertai majlis solat hajat untuk kemakmuran dan keamanan negara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, mulai 6 petang.

26 January 2014

@n_izzah @anwaribrahim @KEADILAN VIDEO 'Janda Kangkung' Nurul Izzah jadi trending di Facebook.


Selepas video kangkung menghina PM Najib, kini kangkung mula menyerang pemimpin pembangkang pula.Ini lah padahnya putar belit sangat kenyataan PM pasal kangkung. Kan dah terkena balik.

Video 'janda kangkung' mula menjadi trending di Facebook sejak pagi tadi. Ramai yang kongsikan video itu di wall masing-masing. Video pendek ini memang lucu. Kalau tengok ulang kali mesti rasa geli hati.

22 January 2014

Insiden Memalukan : Rosmah Di Boo, Anwar Kena Halau Di Jepun




Para pengguna media sosial semalam, tertanya-tanya apabila macai pembangkang mengatakan kononnya berlaku episod yang memalukan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya di boo.

Para pencacai pembangkang mendakwa insiden itu berlaku ketika Rosmah menyampaikan hadiah di Terbuka Malaysia 2014 kepada Datuk Lee Chong Wei. Mereka cuba menggambarkan kononnya ia berlaku sebagai reaksi spontan penonton yang hadir pada ketika itu.

04 September 2013

Ajak Dialog : @anwaribrahim Terdesak Dan Ada Muslihat




Cadangan Anwar Ibrahim mengadakan dialog terbuka antara kerajaan dengan pakatan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani adalah suatu muslihat politik dan sifatnya terdesak. Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

03 September 2013

Kerajaan Perpaduan : Akhirnya Anwar Menjadi Gila




Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat telah menerima keputusan PRU-13. Laporan tersebut juga menggambarkan bahawa kenyataan Anwar itu sebagai memberi isyarat bahawa PR telah bersedia untuk berbincang dengan Barisan Nasional mengenai kerajaan perpaduan.

Malah, dalam ucapan kemerdekaan Anwar juga, beliau menggesa pertemuan antara kedua parti untuk membincangkan isu-isu dalam negara. Antara petikan ucapannya, beliau berkata “perjumpaan antara kedua belah pihak perlu diadakan segera untuk menyelamatkan Malaysia.”

Namun, ternyata ucapan tersebut hanyalah lanjutan dari halusinasi Anwar.

31 August 2013

Masuk Ikut Depan, Bukan Ikut 'Belakang Atau 'Tepi' - Sharizat




Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata parti itu mempunyai struktur organisasi yang cukup baik dan setiap individu mempunyai peluang serta tempat untuk menyertainya asalkan dilakukan secara berhemah.

"Dalam Umno struktur kita begitu cantik sekali, (ada) cawangan, bahagian, Wanita sebagai tulang belakang, sayap kanan Pemuda (dan) sayap kiri Puteri, ada tempat untuk semua yang minat politik.

30 August 2013

PM Umum Polisi Baru Ekonomi Bumiputera Pada 14 September




Orang-orang Melayu bakal mendapat berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara ini. Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam  dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera.

Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini.

Kenyataan Ketua Wira PERKASA Bersifat Peribadi – Ibrahim Ali




Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan. Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi.

“Saya nafi dengan keras,” katanya.

27 August 2013

Kenyataan Ketua Wira Perkasa, Untuk Raih Populariti




Blog-blog pakatan pembangkang sejak semalam, begitu ghairah memaparkan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas alasan kononnya telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya. Kelihatan mereka begitu seronok apabila ada yang keluarkan kenyataan menghentam Perdana Menteri.

Tapi itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah pembangkang untuk menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang pelik, apabila mereka tidak lagi menghentam dan mula memuji kerajaan.

25 August 2013

Kenyataan PM Mengenai ASWJ, Perlu Dipuji




Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu terkandung perkara-perkara dasar mengenai Islam dan umat Islam tidak sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ia sangat menarik untuk diteliti kerana fokus ucapan beliau itu adalah betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah diperkasa di Malaysia sebagai jawapan terbaik ke arah wahdah atau perpaduan dalam kalangan umat.

Secara langsung ucapan itu menghubungkan dengan pengaruh Syiah yang sedang menular di Malaysia. Ia adalah penegasan penting penolakan kerajaan terhadap ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan di kalangan warga umat. Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi baru-baru ini dengan menyatakan terdapat 250,000 pengikut Syiah di Malaysia adalah sesuatu yang membimbangkan dan sifatnya mengancam.

24 August 2013

Kebebasan Bawa Erti Besar Bagi Sebuah Negara



Oleh Zulkiple Ibrahim

"Sebuah negara besar dan kuat pun pada asalnya juga perlu menuntut kemerdekaan daripada penjajahan," ulas seorang pengamal media pada satu majlis yang dihadiri penulis di sini baru-baru ini. Walaupun pengamal media itu enggan dinamakan, namun kata-katanya seiring dengan pendapat ramai orang di negara ini, yang menjadi contoh dunia kerana berjaya menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Manakala negara yang dimaksudkan beliau sudah tentulah Amerika Syarikat di mana 13 koloni asal negara itu telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Great Britain pada 4 Julai, 1776. Pengisytiharan kemerdekaan itu melibatkan 'Perang Revulosi Amerika' dari 1775 hingga 1783 di mana perang itu secara formalnya berakhir melalui Perjanjian Paris pada 3 Sept, 1783 dan lahirlah sebuah negara baru iaitu Amerika Syarikat.

10 July 2012

AJARAN PAS PUNCA TRAGEDI DI JPM


Insiden yang berlaku di perkarangan kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi benar-benar mencemaskan semua. Seorang lelaki bersama seorang wanita telah menceroboh untuk masuk dengan meletakkan pedang samurai di leher anggota polis bantuan yang sedang bertugas. Kerana keadaan yang mencemaskan itu, anggota polis bantuan itu terpaksa membenarkan mereka untuk masuk.

04 July 2012

LAGI 10 BULAN SEBELUM BERAKHIRNYA MANDAT RAKYAT


TIGA, empat atau lima. Itulah angka yang turut menjadi bualan ketika ini. Adakah sesuatu pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan setelah genap lima tahun selepas sesebuah kerajaan mendapat mandat rakyat? Atau perlukah ia kekal seperti sekarang iaitu diadakan pada bila-bila masa menjelang genap lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada sesebuah kerajaan? Mungkin selepas tiga atau empat tahun. Isu ini tiba-tiba muncul selepas banyak ramalan atau telahan pelbagai pihak mengenai tarikh PRU Ke-13 meleset dan ramai yang ‘membuang’ masa mencongak bilakah tarikh keramat itu akan datang.

18 June 2012

DASAR BANGSAT!! ANWAR ARAH PEGUAM CIPTA BUKTI


KETIKA banyak isu moral, biseksual dan integriti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum terjawab, muncul pula pendedahan terbaru. Anwar didakwa mengarahkan peguamnya mencipta bukti mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu. Maknanya beliau mencipta fitnah terhadap Najib dalam isu tersebut yang dijadikan modal politik sejak 2002. Sampai begitu sekali sikap Anwar. Itu belum berkuasa, sekiranya menjadi Perdana Menteri, bayangkanlah musibahnya nanti. 

MURSYIDUL AM, TOLAK PERPADUAN DEMI BERKAWAN DENGAN SETAN

Nik Aziz Rela Tolak Perpaduan Untuk Berkawan Dengan Syaitan

SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

14 June 2012

IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG

Hanya Sekadar Gambar Hiasan
Seseorang yang kononnya bergelar datuk amat marah dengan artikel saya, “tuntutan Dong Zong biadab”, 28 Mac lalu. Beliau mendakwa artikel saya tidak islamik, merugikan Islam. Beliau tidak putus-putus fakskan surat yang sama kepada saya untuk mendapatkan penjelasan dan bersedia berdebat dengan saya. Apakah dengan gelaran itu sudah cukup hebat dan boleh mengarah orang lain mengikut telunjuk?

15 May 2012

PENYOKONG BERSIH BIADAP DAN KURANG AJAR



Tindakan beberapa kerat manusia yang dipercayai warganegara Malaysia menjerit-menjerit dan menganggu ketika YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pelancaran Rakan Barisan Nasional (BN) UK semalam adalah merupakan satu tindakan yang sangat biadap dan kurang ajar.

14 May 2012

Masih Relevankah Bersih 3.0

Pada pembaca yang meminati melayari blog-blog tulisan pakatan pembangkang, pasti melihat betapa terdesaknya mereka untuk mempromosikan himpunan Bersih 3.0.  Baik dari segi tulisan, kenyataan dan tidak ketinggalan dengan mengadakan pelbagai himpunan lain sebagai ‘pemanas badan’. Yang peliknya, mengapakah pakatan pembangkang seolah-olah panik, dengan penganjuran kali ini.

Bukankah sebelum ini, mereka boleh dilihat sebagai ‘juara’ untuk mengerakkan rakyat berdemostrasi. Tetapi himpunan kali dilihat begitu penting untuk pakatan untuk memastikan nyawa dan ideologi mereka diterima rakyat.

Sekiranya sebelum ini, Anwar tegas mengatakan Bersih adalah merupakan agenda NGO yang membawa isu negara dan bukannya untuk kepentingan politik. Namun untuk penganjuran kali ini, tanpa berselindung mereka terpaksa mengakuinya secara terbuka dalam memastikan ia mendapat sambutan ramai.

Hasil penelitian yang dilakukan, ramai pemimpin pakatan terutama Anwar berasa gusar sekiranya himpunan pada kali ini tidak mendapat sambutan seperti yang dirancang. Ini kerana pemerhati politik dan umum mengakui imej dan pendekatan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada pada tahap yang memberangsangkan. Majoriti rakyat terutama golongan belia begitu menyenangi dan menerima imej dan ketokohan PM.

Berbanding dengan imej Anwar Ibrahim yang mula diragui dan diperkatakan dan perkembangan amat meresahkan pakatan dan juak-juaknya. Contohnya himpunan 901, mansuh PTPTN dan sebagaianya tidak mendapat sambutan yang mengalakkan. Sedikit demi sedikit rakyat sudah mula dapat menilai di tambah dengan prestasi yang ditunjukkan pakatan di negeri-negeri yang diperintah mereka tidak seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Kelemahan demi kelemahan juga telah dibongkar untuk pengetahuan umum bagi membolehkan rakyat menilainya secara keseluruhan. Yang terbaru pepecahan yang berlaku di kalangan pimpinan pakatan pembangkang juga dilihat umpana ‘retak menanti belah’ lantaran tamak dan rakus kepada kuasa yang ada.

Berbalik kepada isu himpunan Bersih 3.0 yang dirancang oleh pembangkang ini, ia dilihat sebagi faktor penentu kepada Anwar Ibrahim dalam merealisasikan impiannya untuk menduduki kerusi di Putrajaya. Kegagalan untuk menarik penglibatan rakyat bagi menyertai himpunan tersebut seperti himpunan sebelum ini bakal menyebabkan Anwar sekali lagi berputih mata. Maka seluruh gerakan dan jentera telah diarahkan untuk memujuk dan menyebarkan propraganda agar rakyat terutama anak muda dan belia bersimpati dan seterusnya bersam-sama menjayakan politik jalanan yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim.

Namun penelitian yang dilakukan, memperlihatkan rakyat sudah mula muak dan bosan dengan retorik dan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar dan pimpinannya. Keputusan kerajaan dalam penubuhan Jawatankuasa Penambahbaikan Perjalanan Pilihanraya serta cadangan-cadangan yang dikemukakan memperlihatkan keikhlasan dan usaha kerajaan dalam memastikan perjalanan pilihanraya yang adil lagi terjamin buat negara ini.

11 January 2010

Siapa dia Raja Petra?



Di negara ini kononnya tidak ada kebebasan media lalu dia mengendalikan laman web Malaysia Today. Dia sebagai pengarang sekaligus wartawan yang memuatkan artikel dalam laman web berkenaan.


Dia mahu menunjukkan bahan yang disiarkan dalam Malaysia Today tidak berani disiarkan oleh organisasi media berwibawa kononnya disekat oleh kerajaan. Maka dia menulis mengikut khabar-khabar angin yang sampai ke telinganya tentang hal-hal yang sensitif.

Oh, mudahnya. Dia memahami definisi kebebasan media sebagai bebas menyiarkan khabar-khabar angin dari sembang kedai kopi. Dia tidak faham definisi fitnah dan tidak pernah bertanggungjawab tentang apa yang ditulis.

Sebenarnya dia bukan siapa-siapa. Bukan juga wartawan, jauh sekali pengarang yang pernah berkhidmat dengan organisasi media berwibawa. Dia hanya pengarang di sebuah laman web dan penulis blog yang wibawanya sangat dicurigai.

Tetapi kerana kedangkalan dia memahami erti kebebasan dan etika media, dia menjadi popular. Tetapi yang buruknya dia tidak bertanggungjawab. Buktinya dia mempunyai dua waran tangkap dan sudah menghilangkan diri sejak lapan bulan lalu. Kenapa lari?

Itulah dia Raja Petra Kamaruddin atau RPK yang kembali menjadi bahan berita apabila dikatakan kini hidup di kediaman mewah di Gloucester Terrace, London. Terbaru sekali dalam laman sosial Facebook, Raja Petra mendakwa dia berada di Poland dan menyiarkan gambar diapit oleh dua wanita mat salih. Hebat sungguh raja yang seorang ini. Tetapi hasil risikan polis mendapati dia masih berada di London.

Raja Petra belum didapati bersalah, dia hanya didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa fitnah lain yang menggugatkan keharmonian negara. Tetapi Raja Petra melarikan diri dan kini dia “menyalak” dari luar negara mengkritik dasar kerajaan negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah menggesa Raja Petra supaya “kembali untuk membersihkan nama”. Sepatutnya Raja Petra menyahut gesaan Musa dengan kembali ke negara ini dan menegakkan kebenarannya di mahkamah. Dia mesti menjadi seorang lelaki yang berani dan bertanggungjawab. Raja Petra mesti membuktikan dia bukan seorang dayus serta pengecut.

Tetapi Raja Petra memilih untuk jadi pengecut sekalipun dia hanya dituduh. Dia bersembunyi kemudian melarikan diri secara haram ke luar negara. Dia bijak kerana berjaya meloloskan diri ke luar negara tetapi yang lebih besar dia juga seorang yang tidak bertanggungjawab selepas meninggalkan banyak fitnah. Tulisannya menjadi fitnah apabila dia sendiri tidak berani untuk menegakkan kebenaran apa yang ditulisnya.

Kenapa Raja Petra bersembunyi dan lari? Ini persoalan menarik untuk mengenali kerabat Selangor ini yang namanya mula-mula sekali muncul selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas mengendalikan Malaysia Today Raja Petra menjadi “selebriti” apabila menulis artikel yang membawa unsur fitnah dan propaganda.

Berkomplot
Pada April 2001 Raja Petra ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 52 hari kerana berkomplot menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selepas dibebaskan dari ISA, Raja Petra terus menulis tanpa mempedulikan etika dan kesan kepada hubungan kaum di negara ini.

Pada Julai 2008, sekali lagi Raja Petra ditahan dan didakwa kerana menyiarkan artikel memfitnah Rosmah berkaitan pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shaaribu.

Semasa ditahan di lokap, Raja Petra membuat gimik menolak usaha isterinya Marina Lee Abdullah untuk mengikat jamin. Bagaimanapun akhirnya dia setuju diikat jamin selepas gimik itu tidak mendapat simpati termasuk kalangan pembangkang yang sebelum itu mempergunakan “kepakaran” Raja Petra.

Raja Petra yang berusia 59 tahun ini sebenarnya seorang yang suka “bergurau”. Buktinya dia “bergurau” menyiarkan rakaman video kononnya kekejaman polis negara ini terhadap seorang pemuda ketika disoalsiasat. Kasihan sekali, pengagum Raja Petra dan pembaca laman webnya telah ditipu dan diperbodohkan dengan paparan yang tidak benar sama sekali.

Mereka yang telah diracun pemikiran oleh Malaysia Today percaya dengan dakwaan Raja Petra. Dia berjaya mempengaruhi mereka apabila mendakwa semua organisasi media arus perdana tidak boleh dipercayai kerana “dikuasai” oleh kerajaan. Kini pengagum yang diperbodohkan itu terpinga-pinga kerana Raja Petra bersenang lenang di London sedangkan selama ini mereka menganggap Raja Petra sebagai pejuang kebebasan media.

Bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Victoria Institution Kuala Lumpur ini sebenarnya semakin tersepit. Walaupun berjaya memboloskan diri ke luar negara, ditaja oleh individu tertentu tetapi tidak ada kebebasan. Dia mempunyai lima anak, Raja Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara sanggup meninggalkan keluarga di negara ini. Salah seorang anaknya, Raja Azman dihadapkan ke mahkamah dan mengaku salah terhadap tuduhan mencuri motosikal dan pecah rumah.

Berani
Nampaknya Raja Azman lebih berani menerima kenyataan dengan mengaku salah terhadap tuduhan jenayah yang dilakukan berbanding Raja Petra yang lari ke luar negara. Rasionalnya Raja Petra tidak perlu lari sebaliknya berani membuktikan semua yang dipaparkan dalam Malaysia Today adalah benar. Lari tidak menyelesaikan masalah kerana dia bukan seorang pesalah. Raja Petra hanya takut kepada bayang-bayang sendiri, barangkali dia tidak ada apa-apa bukti untuk menyokong hujahnya. Ini kerana taraf laman webnya tidak ubah sembang di kedai kopi yang tidak ada etika dan tanggungjawab.

Ketika ini mungkin Raja Petra sedang berkurung di kediaman mewahnya di London. Ibarat burung yang terkurung dalam sangkar emas, tidak bebas kerana ada pihak yang memburunya. Dia mungkin terkenang kepada anak-anaknya di negara ini dan menyesal kerana “perjuangan” selama ini sebenarnya sia-sia belaka.

Raja Petra tidak boleh selamanya bersembunyi kerana “hutang” dengan rakyat negara ini belum dilunaskan. Dia perlu kembali untuk membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan selama ini adalah benar. Malah tidak perlu takut sekiranya dia mempunyai bukti yang kukuh. Inilah masa untuk dia membersihkan nama. Kalau dia takut untuk pulang dan diadili di mahkamah, orang yang sebelum ini mengaguminya akan berfikir sebaliknya.

Adakah Raja Petra sekadar mahu memberitahu kelicikannya untuk melepasi pintu keluar masuk negara ini? Kalau itu, dia memang licik. Tetapi Raja Petra harus ingat, polis kita lebih licik kerana dapat menjejaki dia di London. Polis tahu di mana Raja Petra berada. Jadi, Raja Petra bukanlah licik, dia sebenarnya takut. Orang selalu kata, berani kerana benar, takut pula tentulah bersalah. Mesej ini perlu difahami oleh pengagum-pengagum Raja Petra dan pembaca setia Malaysia Today. Itulah Raja Petra Kamaruddin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...