Showing posts with label PRU. Show all posts
Showing posts with label PRU. Show all posts

13 September 2013

PKR Kena TIBAI Dalam Muktamar Pas @nikabdulaziz @abdulhadiawang @anwaribrahim




Pas kawasan Bagan Serai sebulat suara menuntut PKR ‘memulangkan’ semula kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu yang ‘dipinjamkan’ pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu.

Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Bagan Serai, Ramli Tusin berkata, tuntutan itu dikemukakan tiga cawangan parti itu iaitu dari Masjid Tinggi, Parit Haji Ali dan Parit Haji Taib dalam Mesyuarat Agung Pas cawangan serta dipersetujui untuk dibahaskan pada Muktamar Pas dijangka diadakan pada November hadapan.

03 September 2013

Bertuahnya Hidup Di Sebuah Negara 'Bebas'




Oleh : Hassan Mohd. Noor

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 sudah berlalu pada Sabtu lalu. Acara perbarisan tahunan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mendapat sambutan hebat. Segmen yang turut menarik perhatian adalah acara gayung perang war chant oleh VAT 69. Persembahan pasukan komando itu turut melibatkan pegawai-pegawai dan anggota yang terlibat dalam Op Daulat ketika pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu.

Insiden berdarah yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang amat menyayat hati lebih-lebih lagi apabila layar yang tersedia memaparkan wajah balu anggota yang terkorban. Semoga segmen itu akan memperingatkan rakyat Malaysia mengenai pentingnya mempertahankan sebuah negara berdaulat bernama Malaysia. Walaupun persembahan itu hanya ‘sandiwara’ atau ‘lakonan’ tetapi sedikit sebanyak menginsafkan kita bahawa pencerobohan Lahad Datu boleh berulang di mana-mana sahaja sekiranya kita leka. Insiden ini bukan sandiwara yang sengaja direka. Nyawa bukan untuk dijual beli.

Persembahan atau perarakan kali ini khabarnya mendapat sambutan luar biasa. Ramai yang menunjukkan semangat patriotik. Semoga semangat itu tidak terbatas di Dataran Merdeka sahaja. Begitu juga dengan sambutan Ambang Merdeka 2013 di Putrajaya dan Dataran Merdeka yang disulami dengan pertunjukan bunga api. Dalam menyambut acara tahunan setiap 31 Ogos ini, berapa ramai daripada kita yang sama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan ini?

Berapa ramai yang memanjatkan doa kesyukuran atas nikmat yang dikecapi selama ini hasil menetap di sebuah negara berdaulat bernama Malaysia? Adakah setiap yang hadir pada malam Ambang Merdeka dan keesokannya pada hari perbarisan dan perarakan benar-benar mempunyai semangat patriotik? Bagaimana dengan mereka yang tidak hadir pada kedua-dua acara itu? Patriotik atau tidak, bukan terletak kepada kehadiran pada majlis-majlis berkenaan sebaliknya perasaan cintakan negara boleh ditunjukkan melalui pelbagai cara.
Salah satu daripadanya ialah melalui kibaran Jalur Gemilang. Malangnya pada kali ini, kibaran bendera yang mula diperkenalkan di pekarangan Istana Sultan Selangor pada tahun 1950 itu tidaklah sehebat tahun-tahun sebelumnya. Seorang sahabat memberitahu, pada tanggapannya, tahun ini paling teruk. Katanya, tidak kelihatan langsung kenderaan awam atau persendirian memasang Jalur Gemilang. Begitu juga dengan rumah, kedai, bangunan dan tempat awam.

Jika ada pun, boleh dibilang dengan jari. Berapa banyak bas, LRT, monorel atau komuter dibaluti Jalur Gemilang? Begitulah kata sahabat berkenaan. Kenyataan itu tidak boleh dinafikan. Dua minggu sebelum detik 31 Ogos 2013, Selak sudah menyelak mengenai perkara ini di bawah tajuk Berlambak ‘bendera’ semasa PRU, susah sangat Jalur Gemilang setahun sekali. Satu masa dulu, menjelang ulang tahun kemerdekaan negara, kibaran Jalur Gemilang amat meriah. Pernah satu ketika, boleh dikatakan setiap kenderaan akan kelihatan Jalur Gemilang. Ketika itu, ada yang dapat percuma atau membelinya.

Lebih menarik, ada pihak yang menawarkan hadiah lumayan bagi kenderaan terpilih yang mengibarkan Jalur Gemilang. Maknanya, mereka mengibarkan bendera kerana mendapat bekalan percuma atau memburu ganjaran. Terserahlah sama ada mereka ikhlas atau tidak ketika mengibarkan Jalur Gemilang ini. Persoalannya sekarang, adakah rakyat Malaysia sudah hilang semangat patriotism? Adakah rakyat tidak lagi menyokong program-program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mengingatkan mereka tentang kemerdekaan? Atau adakah rakyat Malaysia sudah terpengaruh dengan temberang pihak yang mahu menukar Jalur Gemilang?

Ada juga yang memberi alasan, sukar untuk mendapatkan Jalur Gemilang. Berapa banyak kedai yang menjual atau mempromosikan bendera ini? Mudahkah mendapatkan Jalur Gemilang ketika berurusan di tempat-tempat awam seperti di institusi kewangan, pejabat pos, pasar raya besar atau ketika mengisi minyak kenderaan? Kerajaan tentu menyedari sambutan dingin terhadap kibaran Jalur Gemilang ini.

Maka tercetuslah idea untuk mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, kerajaan akan melihat keperluan untuk mewujudkan undang-undang berkaitan kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.

“Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang- undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta... sekarang ini secara sukarela.

“Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respons yang baik kerana masih banyak yang tidak berbuat demikian," katanya pada Program Pocket Show 2013 yang turut mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar ibu negara anjuran Jabatan Penerangan.

Mewujudkan peraturan dan undang-undang memang mudah. Bagaimana pelaksanaannya? Ada ketikanya undang-undang gagal dilaksanakan kerana pelbagai ‘ugutan’ . Undang-undang terpaksa tunduk kepada ugutan atau tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang.

Kembali kepada Jalur Gemilang, pihak berkuasa tempatan (PBT) harus memainkan peranan untuk memastikan jalan-jalan utama serta bangunan di dalam kawasan mereka dihiasi Jalur Gemilang. Pada kali ini, ketiadaan Jalur Gemilang di beberapa jalan utama (tidak terhad di Kuala Lumpur sahaja) sudah menjadi pemandangan biasa. Adakah PBT tidak menyedari keadaan ini atau ada arahan supaya tidak mengibarkan Jalur Gemilang? Mungkinkah tidak ada peruntukan atau peruntukan sudah habis ?

Satu perkara lagi yang menarik perhatian ialah ada sesetengah papan iklan di jalan-jalan utama yang dibiarkan kosong dengan tulisan Ruang iklan untuk disewa. Kenapa tidak dimanfaatkan ruang ini dengan hiasan Jalur Gemilang atau tema sambutan kali ini? Sukar untuk melihat tema sambutan kali ini terpampang di papan iklan.

Rasanya masih belum terlambat untuk kita menyemarakkan bulan kemerdekaan ini sehingga Hari Malaysia. Bendera merupakan lambang kepemimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sesebuah negara. Walaupun hanya sebidang kain tetapi warna merah, putih, kuning, biru serta jalur, anak bulan dan bintang mempunyai makna tersendiri.

Malangnya, ada orang yang lebih bijak mahu menukarkan bendera ini termasuk sebidang kain berwarna merah putih serta dihiasi 12 bintang. Sehingga malam Ambang Merdeka, sudah beberapa kali Jalur Gemilang diperlekehkan. Selama mana warganegara Malaysia sendiri akan memandang rendah terhadap Jalur Gemilang? Mungkin mereka ini bernasib baik kerana tidak berada di negara lain termasuk jiran kita yang begitu tegas dengan isu-isu seperti ini. Begitulah ‘kebebasan dan toleransi’ di- negara `Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’.

Tak Perlu Orang Suruh, Saya Akan Letak Jawatan - @nohomar




Ketua-ketua UMNO Bahagian di Selangor yang gagal membawa kemenangan kepada parti dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) dinasihatkan agar berundur bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin baharu membuktikan kemampuan mereka untuk memimpin, seterusnya membawa parti ke arah masa depan yang lebih baik.

"UMNO bukan kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah setakat untuk memajukan UMNO dan memastikan kejayaan kepada parti. Pada pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin... berilah peluang kepada orang lain dengan idea-idea baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

30 August 2013

PM Umum Polisi Baru Ekonomi Bumiputera Pada 14 September




Orang-orang Melayu bakal mendapat berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara ini. Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam  dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera.

Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini.

27 August 2013

Mampukah Palanivel Wujudkan Parti Tunggal Sebelum Bersara




Oleh Hassan Mohd. Noor

Bergabung sebagai satu parti tunggal mewakili masyarakat India. Itulah mesej yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tengku Adnan Tengku Mansor ketika merasmikan persidangan perwakilan Parti Makkal Sakti Malaysia kali kelima di Kuala Lumpur semalam. Tujuan penggabungan itu adalah mewujudkan sebuah parti yang mewakili masyarakat India menjadi parti yang dapat menjalin kerjasama demi pembangunan dan kepentingan kaum itu. Mesej yang sama pernah dilontarkan pelbagai pihak sebelum ini tetapi tidak ada usaha-usaha yang konkrit dilakukan.

Harus diingat, penggabungan atau penyatuan ini memerlukan pengorbanan, kejujuran dan keikhlasan. Usaha penyatuan ini menjadi rumit disebabkan sikap ego, tidak mahu bertolak ansur serta tidak sanggup mengorbankan jawatan dan kedudukan masing-masing. Sikap jujur dan ikhlas amat penting dalam memenuhi matlamat penyatuan ini. Mungkin juga ada faktor lain yang menyebabkan penggabungan itu tidak dapat dilakukan.

04 July 2012

LAGI 10 BULAN SEBELUM BERAKHIRNYA MANDAT RAKYAT


TIGA, empat atau lima. Itulah angka yang turut menjadi bualan ketika ini. Adakah sesuatu pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan setelah genap lima tahun selepas sesebuah kerajaan mendapat mandat rakyat? Atau perlukah ia kekal seperti sekarang iaitu diadakan pada bila-bila masa menjelang genap lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada sesebuah kerajaan? Mungkin selepas tiga atau empat tahun. Isu ini tiba-tiba muncul selepas banyak ramalan atau telahan pelbagai pihak mengenai tarikh PRU Ke-13 meleset dan ramai yang ‘membuang’ masa mencongak bilakah tarikh keramat itu akan datang.

17 May 2012

Isu-isu Surat Khabar Cina



TRANSFORM VS REFORM
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 14 Mei 2012 melalui ruangan Sudut Pendapatnya memaparkan tulisan Chang Yee Ler berkenaan perhimpunan UMNO Ke-66 dan program transformasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...