Showing posts with label Tanjung Karang. Show all posts
Showing posts with label Tanjung Karang. Show all posts

06 September 2013

Pemilihan UMNO : @nohomar Tarik Diri Bertanding MT




Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengambil keputusan mengejut apabila mengumumkan akan menarik diri daripada dicalonkan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti November ini.

Beliau memberikan empat sebab utama keputusan tersebut diambil antaranya bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri selepas melihat senario politik di Selangor yang memerlukan pihaknya memberi komitmen tinggi dan sepenuh tumpuan.

03 September 2013

Tak Perlu Orang Suruh, Saya Akan Letak Jawatan - @nohomar




Ketua-ketua UMNO Bahagian di Selangor yang gagal membawa kemenangan kepada parti dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) dinasihatkan agar berundur bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin baharu membuktikan kemampuan mereka untuk memimpin, seterusnya membawa parti ke arah masa depan yang lebih baik.

"UMNO bukan kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah setakat untuk memajukan UMNO dan memastikan kejayaan kepada parti. Pada pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin... berilah peluang kepada orang lain dengan idea-idea baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

28 August 2013

Bekas Pemimpin Puteri Tolak Dakwaan Azalina Ahli Sayap Itu Dipinggir




Beberapa bekas anggota Puteri Umno hari ini menafikan kenyataan anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa Pergerakan Wanita Umno gagal mengoptimum peranan bekas anggota sayap paling muda itu apabila mereka menyertai sayap wanita. Penolong Bendahari Wanita Umno Noraslina Zainal Abidin berkata kenyataan itu tidak berasas kerana realitinya kebanyakan mereka diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan dalam sayap Wanita.

"Tidak timbul langsung isu bahawa bekas anggota Puteri Umno tidak diberi tempat dalam arus politik negara. Bukan hanya saya, beberapa rakan bekas anggota Puteri Umno juga sekarang ini memegang tampuk kepimpinan di peringkat Wanita Umno cawangan dan bahagian malah ada juga dipilih oleh perwakilan sebagai Exco Wanita Umno Malaysia," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...