Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengambil keputusan mengejut
apabila mengumumkan akan menarik diri daripada dicalonkan bagi jawatan Ahli
Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti November ini.
Beliau memberikan
empat sebab utama keputusan tersebut diambil antaranya bagi memberikan tumpuan
sepenuhnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri selepas melihat senario
politik di Selangor yang memerlukan pihaknya memberi komitmen tinggi dan
sepenuh tumpuan.
