Showing posts with label Letak Jawatan. Show all posts
Showing posts with label Letak Jawatan. Show all posts
08 February 2014
03 September 2013
Tak Perlu Orang Suruh, Saya Akan Letak Jawatan - @nohomar
Ketua-ketua UMNO
Bahagian di Selangor yang gagal membawa kemenangan kepada parti dalam beberapa
pilihan raya umum (PRU) dinasihatkan agar berundur bagi memberi laluan kepada
muka-muka baharu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar
berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada
pemimpin-pemimpin baharu membuktikan kemampuan mereka untuk memimpin,
seterusnya membawa parti ke arah masa depan yang lebih baik.
"UMNO bukan
kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah
setakat untuk memajukan UMNO dan memastikan kejayaan kepada parti. Pada
pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun
tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin...
berilah peluang kepada orang lain dengan idea-idea baharu," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Labels:
Letak Jawatan,
Nor Omar,
pilihanraya,
PRU,
Tanjung Karang,
UMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)

