Seisi Dewan awal minggu ini kecoh dan gamat apabila mereka yang
bergelar Yang Berhormat dari pakatan berkelakuan seperti ‘Beruk Sarkis
Terkena Belacan’. Insiden ini disebabkan apabila Dewan Rakyat membuat
keputusan untuk membentangkan laporan yang diputuskan oleh
‘Jawatankuasa Pilihanraya Khas Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihanraya’.
Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 3 Oktober 2011 ini antara lainnya
bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara bagi memperkukuhkan fungsi SPR
dalam menambahbaikkan proses pilihanraya negara agar bergerak dengan
bebas dan adil. Hasil penubuhan Jawatankuasa ini seramai 9 orang ahli
Dewan Rakyat telah dipilih untuk mengangotai Jawatankuasa ini yang mana
terdiri daripada 5 orang (BN), 3 orang (PR) dan 1 orang (Bebas).
Hasil penubuhan Jawatankuasa ini, pada 1 Disember 2011 satu laporan
Interim telah dibentang di dalam Dewan Rakyat, sebanyak 13 mesyuarat
telah diadakan dengan 6 pendengaran awam, serta mengadakan pertemuan
dengan 106 orang yang terdiri daripada mereka yang terbabit secara
langsung dengan proses pilihanraya. Serta tidak ketinggalan mengadakan 1
lawatan kerja ke Eropah bagi menilai dan menyemak proses pilihanraya
yang dilakukan oleh negara luar.
Akhirnya Jawatankuasa yang dibentuk ini telah mengemukan 22 syor
utama yang dibentangkan sebagai laporan akhir untuk dibahaskan di dalam
dewan serta meluluskan syor dan cadangan yang dibentangkan itu dengan
mengambil kira beberapa faktor:
- Kepentingan awam;
- Perlu disegerakan;
- Boleh dilaksanakan pihak-pihak tertentu dalam jangka masa pendek atau panjang; dan
- Berbentuk ‘transformasi’ – penambahbaikan yang membawa perubahan ketara kepada sistem yang sedia ada.
Namun segala usaha itu cuba digagalkan oleh pembangkang apabila
Speaker Dewan Rakyat memutuskan untuk membentangkan laporan tersebut
kepada ahli dewan untuk dibahaskan. Sejurus selepas YB Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili selaku pengerusi kepada Jawatankuasa membentangkan
laporan tersebut, dewan mula kecoh dan sedikit tidak terkawal apabila
Speaker diasak dengan pelbagai soalan. Persoalan demi persoalan mula
dibangkitkan oleh Azmin Ali (Gombak) Sivarasa (Subang), Dr Hatta Ramli
(Kuala Krai) dan Loke Siew Fook (Rasah).
Tan Sri Pandikar Amin selaku Speaker yang mempengerusikan perbahasan
dewan ternyata amat bersabar dengan segala kerenah pembangkang dan
mengambil sikap ‘tidak memihak’. Segala persoalan yang dikemukan di
jawab dengan teliti bagi memastikan perjalanan persidangan pada hari itu
berjalan dengan penuh tertib mengikut peraturan mesyuarat Sidang Dewan
Rakyat. Antara hujah beliau, sebarang ketidakpuasan hati yang
dibangkitkan oleh wakil-wakil dari pembangkang boleh dibangkitkan ketika
membahaskan usul laporan tersebut. Dan sekiranya masih tidak dapat
menerima, maka saluran yang terbaik ialah mengemukan usul bantahan agar
dipertimbangkan oleh dewan.
Namun pembangkang dilihat dengan sengaja berniat untuk membuat kacau
dengan mengemukan perlbagai ‘persoalan yang merepek’ dan tidak masuk
akal serta berulang kali bertanyakan isu yang sama, walaupun persoalan
itu telah dijawab. Speaker terpaksa mengambil masa sekitar 45 minit
untuk menerangkan segala isu yang berbangkit sebelum menangguhkan seisi
perbahasan untuk memberi masa kepada ahli dewan berehat untuk makan
tengahari dan solat Zohor.
Tepat jam 2.30 petang, dewan kembali kecoh dan riuh dengan jerit
pekik ahli dewan dari PR sebagai satu usaha untuk melengahkan aturcara
perjalanan mesyuarat. Etika yang ditunjukkan langsung tidak menghormati
dewan yang mulia itu sebagai satu badan tertinggi dalam sistem politik
negara serta tidak mencerminkan langsung tahap kredibiliti dan
intergriti yang tinggi sebagai Yang Berhormat.
Mereka dilihat dengan sengaja cuba mencabar Speaker dengan tindakan
tanduk yang kurang ajar dan tidak sopan. Kekacauan dilihat semakin
memuncak apabila Anwar Ibrahim melangkah masuk ke dalam dewan. Pada satu
ketika Azmin Ali dilihat menengking Speaker dengan perkataan yang tidak
sopan dan kasar dan diikuti dengan tindakan Azan Ismail (Indera
Mahkota) yang dilhat berulang kali menghempaskan laporan jawatankuasa
keatas meja dewan.
Tindakan mereka-mereka ini dilihat cuba untuk menarik perhatian Anwar
Ibrahim kerana ia semakin menjadi-jadi sejurus selepas kehadiran Anwar.
Seolah-olah bagi menyampaikan mesej kepada Anwar agar mengambil kira
pengorbanan mereka ini yang bertindak sebagai beruk sarkis untuk
dicalonkan semula di dalam PRU13.
Kemuncak dari perbuatan ini, Speaker telah mengarahkan Azmin Ali,
Sivarasa dan Dzulkefly Ahmad untuk keluar dari dewan kerana berulang
kali cuba menganggu aturan urusan mesyuarat dewan. Sejurus selepas
membacakan keputusan itu, kesemua ahli dewan dari PR dilihat berdiri
sambil menjerit-jerit ‘leave the chair’ dan ‘shame on you’ kononnya
sebagai tanda bantahan dan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Datuk Bung Mokhtar (Kinabatangan) ketika cuba membahaskan laporan ini
acap kali diganggu sehingga menyebabkan perbahasannya terhenti beberapa
kali. Suaranya juga hampir tidak kedengaran ekoran dari jerit pekik
pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan saling tak ubah seperti
di dalam sarkis dan zoo.
Ekoran kekecohan itu, satu usul telah dibawa, agar dewan membuatkan
ketetapan agar laporan jawatankuasa tersebut diterima tanpa bahas.
Setelah membacakan usul itu, semua penyokong BN bersetuju agar laporan
tersebut diterima sepenuhnya, dan Speaker dewan terpaksa memutuskan
untuk menerima laporan tersebut tanpa bahas sebelum dewan ditangguhkan
pada keesokkan harinya.