Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

02 March 2014

Muka PAPAGOMO Macam Saya, Tapi Bukan Saya



KUALA LUMPUR 28 Feb. - "Muka macam saya. Tapi bukan saya."

Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000.

Muhammad Azri perlu bayar ganti rugi RM800,000



KUALA LUMPUR 28 Feb. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog Papagomo.

01 March 2014

@anwaribrahim Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun @OrenjiRenOren




Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

MoU Air, @Khalid_Ibrahim Mula Menerima Tekanan Dan Serangan Dari ‘Dalam’ @faekah_qkn5



Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang membelakangkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung keputusannya yang menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan terus mendapat kecaman.

27 February 2014

@PetraJayaMP TYT Sarawak, Pembangkang Double Standard – Fadillah Yusof



Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

@Khalid_Ibrahim Tandatanggan MoU, @anwaribrahim Dakwa Dia Dan @KEADILAN Tidak Dimaklumkan.



Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai pihak.

@AzminAli Saman Akhbar Suara Keadilan? @KEADILAN @Keadilan_Daily



Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.

26 February 2014

@abdulhadiawang Kena Saman, Pas TATAP Sokong @anwaribrahim dan PKR




Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

25 February 2014

Bala Di Selangor, @Khalid_Ibrahim Tertidur Lagi Atau Disebabkan Badi @anwaribrahim



Masyarakat khususnya di Selangor dan Lembah Klang pada ketika ini sedang berdepan dengan masalah air, ekoran keputusan kerajaan negeri PKR yang mengambil keputusan untuk mengenakan catuan air bermula hari ini.

Menurut laman web rasmi kerajaan negeri, pencatuan itu terpaksa dilakukan disebabkan pengurangan yang ketara di Empangan Selangor yang turut melibatkan Loji Sungai Rasa, Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 ekoran keadaan cuaca panas yang berlanjutan.

Kajian Dipengaruhi @anwaribrahim Universiti Malaya Perlu Jawab Dakwaan @zaidibrahim



Universiti Malaya perlu tampil menjawab apakah benar dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa kajian umum ke atas politik Malaysia oleh sebuah pusat pengajiannya dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwaan ini sangat serius kerana ia boleh menjejaskan kredebiliti Universiti tertua Malaysia ini.

Hari ini Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RM 2 juta: Calon PKR buktikan Hadi Awang Penipu



Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

22 February 2014

@AzminAli @KhalidIbrahim @anwaribrahim Azmin Masih Mempunyai DNA Umno



Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘perang saraf’ Umno yang sengaja dilakukan.

#PRKKajang @drwanazizah @anwaribrahim @Khalid_Ibrahim Wan Azizah Tak Setuju Anwar Jadi Menteri Besar



Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.

20 February 2014

@anwaribrahim @chegubard Selepas Bangla, Pembangkang Kaitkan Myanmar



Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU), negeri (PRN) mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu.

Jika sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu, kini anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.

19 February 2014

Anwar Bakal BERKUBUR di #PRKKajang??




Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun Kajang, namun ramai yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan kegusaran yang sedang melanda dirinya.

Ini kerana, di dalam sejarah pilihan raya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan pengundi yang akan menentukan siapa yang ingin mereka pilih.

#PRKKajang #LangkahKajang Gerakan Membunuh Politik @AzminAli




Ramai yang tidak terkejut dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden parti itu Mei depan.

Dalam wawancaranya dengan The Ant Daily, Anwar dilaporkan berkata, sejak setahun lalu isterinya (Wan Azizah) telah menyatakan hasratnya yang ingin bersara bagi menumpukan perhatian bersama Anwar dan cucunya.

18 February 2014

#PRKKajang Islam Mundur Di Kajang Punca @anwaribrahim Bertanding



Nampak sangat seperti terdesak, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi. Dia yang berkata semalam ketika program kempennya mengatakan ingin mengembangkan agama Islam sekiranya berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.

Dia turut mengatakan, ia kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.

14 February 2014

Ceramah Anwar Semakin Kurang Mendapat Sambutan di #PRKKajang



Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini sering mengatakan dia yakin akan mampu mengekalkan penguasaan PKR di Kajang sekali gus memperoleh mandat yang besar dari pengundi. Namun di sebalik keyakinan tersebut ternyata Anwar sebenarnya gusar dan takut sekiranya pengundi Kajang mengambil keputusan untuk menolaknya.

Sertai Pas, Khalid Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat @Khalid_Ibrahim


Pasti ramai di kalangan penyokong pembangkang khususnya PKR yang akan merasa pelik dengan kenyataan terbaru Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berhubung khabar angin yang mengatakan dia telah ‘dipinang’ untuk menyertai Pas. Ini kerana, ketika diminta mengulas mengenainya Khalid seakan terkejut dan enggan memberikan jawapan yang pasti.

12 February 2014

@anwaribrahim Terpaksa Mohon Bantuan ‘Raksasa’ Untuk Masuk Jepun



Portal dan para penyokong pembangkang semalam begitu ghairah memainkan isu mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) bagi membersihkan imej Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tercalar sebelum ini.

Pengerusinya, Jiro Hanyu, berkata tujuan utama lawatannya semalam adalah untuk memohon maaf kepada Anwar dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikannya dapat memasuki Jepun pada lawatan yang akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...