Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

27 February 2014

@PetraJayaMP TYT Sarawak, Pembangkang Double Standard – Fadillah Yusof



Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

17 October 2013

Banjir di Pulau Pinang: Dosa Rakyat Bukan Pemimpin DAP?




Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan hampir 1000 penduduk di sekitar Balik Pulau terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang. Kejadian ini menjadikan Hari Raya Aidiladha disambut hambar oleh masyarakat Islam di sana. 

Bagaimanapun, mungkin jumlah ini tidak ramai dan mungkin juga masalah banjir ini bukanlah begitu besar jika dibandingkan dengan tragedi tsunami yang pernah melanda negeri itu. Kerana itu, kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang tidak begitu mengambil pusing mengenainya. 

12 September 2013

Kecewa Keputusan Peperiksaan, Remaja Cina Ditemui Mati



Keadaan mayat mangsa, sebelum dibawa untuk bedah siasat

Seorang penuntut sebuah kolej swasta di ibu negara mati selepas terjatuh dari tempat letak kereta di tingkat atas sebuah pusat beli-belah di Georgetown, Pulau Pinang. Mangsa, Liew Jing Harn berusia awal 20-an adalah penuntut sebuah kolej swasta di ibu negara.

Sebelum kejadian, Harn berjumpa dengan ibunya yang bekerja di pusat beli-belah berkenaan dan meminta maaf. Dan dilaporkan terjatuh dari tempat letak kereta jam 10 malam tadi. Harn kini sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat elektrik di Pulau Pinang.

01 September 2013

Tanda Putera : Sejarah Tidak Boleh Di Ubah, Pas TIBAI DAP





Pas menasihatkan pemimpin-pemimpin DAP dan semua pihak yang membuat bantahan supaya menonton filem Tanda Putera terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen negatif atau mengambil tindakan drastik menghalang tayangannya.

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci.

03 July 2012

PAP DAN DAP

Persamaan antara DAP dan Komunis

ADA pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0. Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura. Untuk apa resah jika itu memang realiti. Sejarah tidak boleh dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.

17 May 2012

Siapa Kata DAP Tak Korup?


TAWARAN jawatan kanan di Penang Institute dengan elaun tahunan sebanyak RM 50,000 (dan faedah lain) sebagai ganti tidak meletak jawatan dan kehilangan jawatan Senator kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz adalah bukti jelas kekorupan parti DAP ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...