Timbul tanya
tanya mengapa sehingga kini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP,
Karpal Singh tidak mengambil tindakan mahkamah berhubung pendedahan surat
misteri mengaitkan isu urus niaga dan akaun bank mereka.
Anwar dan
Karpal telah membuat aduan polis selain menafikan dakwaan yang terkandung dalam
surat tersebut yang bertajuk, Bankleaks Anwar/Karpal.
Bagaimanapun
ramai yang musykil mengapa tiada tindakan mahkamah seolah-olah mereka keberatan
atau mungkin menghadapi kesukaran untuk membela diri.
Setakat ini,
tiada penjelasan bagi menangkis dakwaan dalam surat tersebut yang dikatakan
cukup serius kerana didakwa turut membabitkan kehakiman.
Baru-baru
ini, penduduk Permatang Pauh gempar apabila sebahagian mereka menerima surat
misteri yang antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa
milik Anwar. Lebih 6,000 surat itu kemudian dihantar ke rumah calon BN
Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail yang kemudian memanggil sidang akhbar.
Kalau di
Barat dan kebanyakan negara lain, kes seumpama itu pasti membawa kepada usaha
besar-besaran semua pihak membongkar surat misteri itu demi menegakkan
kebenaran tetapi di Malaysia, pihak berkuasa seperti segan dan takut.
Apakah
Bankleaks Anwar/Karpal ini akan terus menjadi misteri, yang nampaknya ada pihak
mahu ia kekal begitu?
Namun Awang
percaya lambat laun, ia akan terungkai dan rakyat akan menilai sendiri
kebenarannya sambil menggeleng kepala dan terbeliak mata.
No comments:
Post a Comment