Awang hanya senyum dengan dakwaan Ketua Pembangkang,
Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Perdana
Menteri oleh kerajaan pimpinan Mohd. Najib Tun Razak.
Tawaran itu kononnya sebagai sebahagian daripada
inisiatif kerjasama antara UMNO dan PKR atas nama perpaduan.
Sebelum pun pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan
itu kelmarin, ramai yang mencebik bibir tidak percayakan dakwaan Anwar.
Ini termasuk parti pembangkang seperti Pas dan DAP
yang nampaknya tidak teruja kerana menganggap ia sekadar provokasi Anwar.
Rupa-rupanya apa yang berlaku, menurut pendedahan beberapa blog, Anwar yang
sebenarnya membuat tawaran tetapi apabila ia ditolak oleh Najib, beliau ubah
cerita ikut belakang pula.
Awang lebih melihat ia sebagai penyakit Anwar
selepas pilihan raya umum (PRU). Kalau selepas PRU-12, beliau bersandiwara
dalam peristiwa 16 September yang tidak mungkin dilupakan.
Beliau mendakwa lebih 30 Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) akan keluar parti bagi membolehkan pembangkang memerintah.
Nama Yang di-Pertuan Agong juga diheret, kononnya
telah memberi perkenan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersetuju memberi
sokongan. Semuanya itu didapati tidak benar.
Kali ini, selepas PRU-13, ada lagi episod menjual
mimpi, cuma ceritanya berbeza. Anwar masih tetap Anwar dan tidak pernah
berubah.
Berapa banyak lagi sandiwara beliau selepas ini, yang
pada Awang, penyakit itu tidak mungkin dapat dirawat lagi.
No comments:
Post a Comment