18 August 2013

Parti ‘Cauvinis Ultra Kiasu’ Akhirnya Akur Untuk Adakan Pemilihan Semula


Setelah hampir setahun bermain dengan kata-kata, DAP akhirnya terpaksa akur dengan kesilapannya dan bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. Menurut Pengerusi DAP, Karpal Singh keputusan tersebut dilakukan bagi menyelamatkan parti itu daripada dibatalkan pendaftarannya.


Parti “cauvinis ultra kiasu” itu sebelum ini menerima tekanan dari pelbagai pihak termasuk di kalangan ahli akar umbinya agar melakukan pemilihan semula. Ia ekoran dari dakwaan dan desakan dari ahli-ahli parti itu yang mendakwa wujud pelbagai salah laku wujud pelbagai salah laku pada pemilihan parti itu 15 Dis lepas lalu.

Menurut Karpal, DAP terpaksa mengalah namun terpaksa akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kami telah mengadakan mesyuarat CEC malam tadi dan sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula demi kepentingan jangka panjang parti," katanya.

Konflik pemilihan CEC itu bermula apabila mendapat keputusan pemilihan tersebut mendapat bantahan di kalangan ahlinya kerana menimbulkan keraguan. Selain daripada itu mereka juga mendakwa wujud penyelewengan apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi.

Isu itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli, pemimpin dan bekas pemimpin sehingga ada yang bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

Kontroversi pemilihan CEC DAP semakin menarik selepas pendedahan Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan Paderi Augustus Chen yang juga merupakan kawan karib kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Di dalam laporan tersebut, Paderi Augustus telah menyatakan secara terperinci berhubung penipuan dalam pemilihan parti itu sejak 47 tahun lalu.

Tulisan tersebut akhirnya menimbulkan kemarahan beberapa pimpinan tertinggi parti itu. Buku tersebut juga antara lain memberi gambaran lengkap berhubung kemelut dalaman DAP antaranya isu penyelewengan kiraan undi, bantahan ahli akar umbi, memanipulasi surat ROS, kronisme ‘Dinasti Lim’ dan elemen Lima Harimau yang dilihat menjadi ancaman kepada parti itu.

Elemen ‘Lima Harimau’ yang dimaksudkan ialah merujuk kepada 5 orang pemimpin kanan parti itu iaitu Teng Chang Khim, Boo Cheng Hai, Chow Kon Yeow, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Ekoran dari desakan berterusan dari ahli-ahli DAP, pihak ROS telah menjalankan siasatan penuh berhubung semua dakwaan yang dikemukakan itu. Keputusannya pada 30 Julai yag lalu, ROS telah mengarahkan parti itu untuk mengadakan semula pemilihan CEC selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP selain mendakwa tidak diberi kerjasama ketika siasatan dijalankan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini cuba menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menjadi dalang terhadap kemelut yang melanda parti itu. Pelbagai tuduhan dilemparkan, bagi mengalihkan pandangan masyarakat yang mula mempertikai ketelusan parti “cauvinis ultra kiasu”.

Pelbagai alasan digunakan bagi menutup salah laku mereka sehinggakan pada satu ketika, Kit Siang terpaksa menggunakan helah dengan menangis bagi menarik simpati masyarakat. Tambah menarik, Kit Siang juga sebelum ini pernah mengatakan, parti itu berkemungkinan akan dibatalkan pendaftarannya menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Kesimpulannya semua kenyataan yang tidak berasas itu, hanya merupakan helah Kit Siang untuk menutup semua salah laku yang pernah wujud di dalam parti itu. Ini kerana, umum mengetahui sekiranya DAP dibatalkan, semua bukti salah laku, penipuan dan penindasan yang pernah dijalankan akan turut terkubur begitu sahaja.

Malah dengan cara itu juga, Kit Siang sudah pasti akan mampu untuk mengukuhkan lagi pengaruh ‘Dinasti Lim’ sekali gus menyelamatkan masa depan politik anaknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...