Pasti ramai yang
telah mengetahui berhubung keputusan DAP untuk dan mengadakan semula pemilihan
ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti itu yang telah dilantik melalui pemilihan
Disember lalu. Setelah hampir setahun mereka bermain ‘opera Cina’ dengan
menyalahkan semua pihak, kemelut dalam yang melanda parti itu dijangka akan
berakhir apabila parti ‘ultra cauvinis’ terpaksa akur dengan ketetapan yang di
buat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Siasatan ROS sebelum
ini terbukti benar, apabila mendakwa pemilihan CEC DAP yang dilakukan pada
Disember 2012, tidak sah dan terbatal. Ia ekoran dari aduan ahli-ahli parti itu
berhubung isu 753 perwakilan yang layak mengundi namun tidak diberikan notis
untuk hadir dan penipuan kiraan undi yang dianggap tidak masuk akal.
Pada mulanya, ramai
yang melahirkan rasa pelik dan hairan dengan perangai keras kepala yang
ditunjukkan oleh Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung kerana
sering berdolak dalih berhubung isu yang dibangkitkan ini. Tambah
menghairankan, mereka juga enggan bekerjasama dengan pihak ROS yang terpaksa
menjalankan siasatan setelah menerima aduan dari ahli parti itu.
Namun setelah diteliti,
Guan Eng rupanya takut kehilangan kuasa sekiranya undi perwakilan yang mengundi
tidak memihak kepadanya. Tambahan pula, dia sebelum ini berdepan dengan
sentimen penolakan khususnya di kalangan ahli yang berketurunan India.
Malah dia juga
sebelum ini, pernah dikatakan menjadi dalang utama untuk menjatuhkan Timbalan
Ketua Menteri II, Prof P.Ramasamy. Menurut sumber yang boleh dipercayai jug,
terdapat satu 'konspirasi terancang' untuk menjatuhkan Guan Eng daripada terus
menjawat jawatan tersebut pada penggal depan.
Cuma, apa yang lebih
memeranjatkan ialah konspirasi tersebut dikatakan didalangi seorang pemimpin
tertinggi DAP. Dan dibantu oleh sekumpulan akar umbi yang juga merupakan
penyokong sekumpulan puak yang tidak begitu menggemari cara negeri tersebut
ditadbir dan cara parti itu yang semakin dikuasai oleh anak beranak Dinasti
Lim.
Kehadiran 'puak' ini
juga telah lama disedari oleh 'Dinasti Lim' namun pelbagai cara telah dilakukan
oleh mereka untuk menghindari mereka secara perlahan. Tetapi yang peliknya
kumpulan ini semakin lama semakin 'membesar'.
Malah dikatakan
majoriti rakyat di Pulau Pinang khususnya yang berketurunan Melayu dan Ilsma
juga dikatakan tidak begitu gembira dengan cara negeri itu diterajui
terutamanya oleh seorang pemimpin yang dianggap 'berlebihan'. Pada mereka, Guan
Eng yang pada awalnya begitu mesra rakyat dan prihatin, dalam tempoh
kebelakangan ini nampak banyak 'berubah'.
Mereka menganggap
Guan Eng lebih berminat untuk berpolitik daripada ambil peduli kebajikan
rakyat. Gaya beliau juga lebih gemar menyalahkan semua orang, kerajaan
terdahulu serta media arus perdana daripada 'menilik' kesalahan sendiri.
Rakyat Pulau Pinang
sudah semakin celik dan bijak membuat penilaian mereka sendiri. Sebab-sebab ini
turut membantu kumpulan 'anti dinasti Lim' untuk terus bertindak menjatuhkan
beliau.
Kesimpulannya
sekiranya usaha kumpulan anti Dinasti Lim mampu untuk menjatuhkan Guan Eng
dalam pemilihan CEC yang bakal diadakan pada awal November ini, bapanya Lim Kit
Siang mungkin terpaksa untuk berlakon bagi meraih simpati perwakilan agar
mengekalkan jawatan anaknya.
Ini kerana sebagai
seorang yang pernah berkuasa dalam parti itu sejak 1968, Kit Siang sudah mampu
untuk menangis sekali lagi jika perlu sebagaimana drama lakonannya untuk meraih
simpati masyarakat Cina sebelum PRU-13. Hakikatnya inilah wajah sebenar parti
yang di sokong oleh majoriti masyarakat Cina.
Apakah majoriti kaum
Cina akan terus tertipu atau sengaja mahu ditipu dengan gambaran palsu bahawa
DAP kononnya berintegriti dan demokratik? Jawapannya, biarlah mereka sendiri
yang tentukan.
No comments:
Post a Comment