Macam-macam yang berlaku di dunia akhir zaman ini. Anak mahu ayah
dipenjara, ayah dera anak, suami pukul terajang isteri dan macam-macam lagilah.
Memang pening kepala dibuatnya. Terbaru, Wan Nor Azlin, pelakon yang pernah
popular dengan video terlarang satu ketika dahulu mahukan ayahnya tunjuk sebab
mengapa tidak boleh dipenjara.
Namun pasti ada sebab mengapa Wan Nor Azlin mengambil langkah sebegini. Kes
yang bermula sejak tahun 2008 ini adalah kerana isu penjualan sebuah rumah di
Taman Keramat. Rumah tersebut ingin dijual oleh ayah Wan Nor Azlin tetapi Wan
Nor Azlin enggan mengosongkan rumah tersebut.
Terdahulu Wan Nor Azlin memohon Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan
tuntutan saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan
sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepencarian bersama
arwah ibunya.
Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76, telah memfailkan saman terhadap Wan Nor
Azlin, 45, pada 5 Februari lalu dengan mendakwa, anaknya itu menghalangnya
menjual hartanah dan enggan keluar dari rumah tersebut.
Wan Nor Azlin yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam
Anugerah Sri Angkasa 2001 menerusi drama Takbir Untuk Abdah itu pula, telah
memfailkan permohonan pada 20 Mac lalu untuk mengetepikan saman berkenaan.
Ini kerana pelakon itu yang diwakili peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz
menyatakan, mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya
memandangkan terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya itu.
Nuraini Atiqah memberitahu pemberita, Hakim Rosilah Yop menetapkan 31 Mei
ini untuk memutuskan permohonan Wan Nor Azlin yang dinamakan sebagai pihak
defendan. Menurut beliau, tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes hari ini
dengan kehadiran peguam Razila Rashid mewakili Wan Mohd. Husain selaku pihak
plaintif.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, dia telah mengajak defendan
tinggal bersama selepas isterinya meninggal dunia dan sepanjang tempoh itu, dia
tidak pernah meminta anaknya itu membuat sebarang bayaran bil utiliti atau sewa
bulanan.
Pada pertengahan 2011, plaintif memberitahu defendan yang dia ingin menjual
rumah tersebut dan mahu hartanah itu dikosongkan tetapi defendan enggan keluar
dengan alasan telah memasang kabinet dapur dan almari pakaian. Wan Mohd. Husain
mendakwa, anaknya turut mengoyakkan iklan yang ditampal dan mengganggu bakal
pembeli yang datang melihat rumah itu.
Pelakon itu juga dakwa bapanya, telah memasukkan kaveat (sekatan)
persendirian pertama pada 12 Oktober 2011. Menurut plaintif, dia kemudian telah
menandatangani satu perjanjian jual beli dengan pihak ketiga pada 31 Oktober
2012.
Namun sehingga hari ini, dakwa plaintif, Wan Nor Azlin enggan mematuhi
surat tuntutan yang dikeluarkan pada 30 Disember 2012 dan masih menduduki
hartanah tersebut. Plaintif menyatakan, defendan pada 16 Januari 2013 telah
mengarahkan supaya kaveat persendirian bagi kali kedua dimasukkan walhal
anaknya itu tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk berbuat
demikian.
Tindakan defendan itu menurut plaintif telah menyebabkan dia tidak
menikmati hak sebagai pemilik berdaftar dan mengalami kerugian selain terpaksa
menanggung kos pemotongan kaveat. Plaintif mendakwa, anaknya turut
menghalangnya tinggal di rumah teres satu tingkat itu misalnya dengan menukar
kunci pintu utama dan membuang kelengkapan sedia ada.
Disebabkan berasa keselamatannya terancam, menurut plaintif, dia telah
membuat laporan polis pada 31 Mac tahun lalu akibat trauma setelah mendakwa
dimarahi dan dipukul sehingga terpaksa menyewa rumah lain. Plaintif sehubungan
itu antaranya memohon perintah untuk mendapatkan milikan kosong ke atas
hartanah dan membatalkan kaveat persendirian oleh anaknya itu serta ganti rugi.
No comments:
Post a Comment