07 September 2013

Samsung Lancar Galaxy Note III



Syarikat pengeluar telefon pintar dan tablet terbesar dunia Samsung telah melancarkan Galaxy Note III secara rasmi baru-baru ini. Model terbaru ini akan mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Galaxy Note III ini lebih nipis dari model sebelumnya iaitu hanya 8.3mm dan beratnya adalah 168 gram.

Rekaannya juga tampak lebih premium, dengan bahagian belakangnya masih menggunakan plastic polikarbonat tetapi nampak seperti kemasan kulit dengan jahitan.


Kapasiti baterinya juga dipertingkatkan kepada 3,299 mAh, selain kamera utamanya 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi 'Smart Stabilization' dan 'high CRILED flas', dimana ia membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahyaan.

Apa yang menariknya adalah kameranya juga menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.

Dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE, prestasi Note III dikatakan cukup hebat dan berkuasa.

Memorinya pula adalah 32GB atau 64GB. S-Pen pada Note III ini dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.

Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...