Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

17 October 2013

Banjir di Pulau Pinang: Dosa Rakyat Bukan Pemimpin DAP?




Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan hampir 1000 penduduk di sekitar Balik Pulau terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang. Kejadian ini menjadikan Hari Raya Aidiladha disambut hambar oleh masyarakat Islam di sana. 

Bagaimanapun, mungkin jumlah ini tidak ramai dan mungkin juga masalah banjir ini bukanlah begitu besar jika dibandingkan dengan tragedi tsunami yang pernah melanda negeri itu. Kerana itu, kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang tidak begitu mengambil pusing mengenainya. 

07 September 2013

Apakah Yang Kamu Mahukan @anwaribrahim




Bertahun lamanya Anwar Ibrahim menawan hati ramai pihak dengan karisma dan kebolehannya untuk bercakap. Namun begitu lama kelamaan rakyat Malaysia telah dapat melihat di sebalik lakonan Anwar Ibrahim.

Bukan sekali beliau mengamuk dan menunjukkan dirinya yang sebenar. Contohnya apabila beliau menulis di dalam laman twitter miliknya yang berbunyi “Apa lagi yang UMNO mahu?”. Ini menyebabkan perdebatan hebat tentang keperibadian Anwar dari kedua-dua belah pihak di dalam dunia politik Malaysia.

28 August 2013

Isu Dialog Sunnah-Syiah




Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...