Showing posts with label Pemilihan Umno. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan Umno. Show all posts

17 October 2013

Banjir di Pulau Pinang: Dosa Rakyat Bukan Pemimpin DAP?




Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan hampir 1000 penduduk di sekitar Balik Pulau terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang. Kejadian ini menjadikan Hari Raya Aidiladha disambut hambar oleh masyarakat Islam di sana. 

Bagaimanapun, mungkin jumlah ini tidak ramai dan mungkin juga masalah banjir ini bukanlah begitu besar jika dibandingkan dengan tragedi tsunami yang pernah melanda negeri itu. Kerana itu, kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang tidak begitu mengambil pusing mengenainya. 

03 September 2013

Ramai Lagi Yang Layak, Yang Dah 'BERKARAT' Tolong Undur




Mana-mana pemimpin UMNO bahagian yang sudah lama memegang jawatan serta tidak lagi produktif diminta supaya berundur secara sukarela bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu menerajui parti. Menurut Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Mustapha Yaakub, tindakan itu wajar selaras dengan usaha mentransformasi UMNO sebagai parti tunggak kepada Barisan Nasional (BN) untuk mendapat keyakinan rakyat.

Sebaliknya kata beliau, tindakan sesetengah pemimpin yang mengekalkan jawatan dan memberi pelbagai alasan hanya akan membantut proses pendewasaan UMNO dan menjadikan parti itu sebuah parti yang tidak progresif.

Jangan Guna Media Serang Peribadi Lawan – Lembaga Disiplin




Semua ahli UMNO ditegah sama sekali menggunakan saluran media demi menjatuhkan reputasi pesaing mereka yang bakal bertanding dalam pemilihan parti tidak lama lagi. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, perbuatan itu jelas bertentangan dengan Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO sekali gus boleh dikenakan tindakan di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan parti jika didapati bersalah oleh Tribunal Lembaga Disiplin.

"Ramai ahli UMNO yang ingin bertanding di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi telah memulakan kempen mereka secara tidak sihat selain membuat pengumuman melalui media dalam menyerang peribadi pesaing mereka bagi merebut jawatan yang sama.

31 August 2013

Ku Li Bakal Berundur Dari Gua Musang




Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di situ.

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak.

28 August 2013

Percaturan Pemilihan UMNO




Oleh : Mior Kamarul Shahid Cetak

Di luar sana, ramai yang berkira-kira untuk bertanding pelbagai jawatan dalam pemilihan UMNO. Bagi pemimpin, sama ada pada peringkat cawangan, bahagian, Pergerakan Puteri, Pemuda, Wanita dan induk UMNO itu sendiri, pertandingan itu penting kepada setiap mereka atas pelbagai tujuan tersendiri. Ada yang mahu berkhidmat kepada rakyat dan negara dan tidak kurang juga yang yakin bahawa kemenangan boleh mencerahkan masa depan mereka.

Bagi ahli Pergerakan Puteri, Pemuda, Wanita dan UMNO pada peringkat cawangan, mereka menawarkan diri bertanding jawatan pada peringkat jawatankuasa kerana di situlah bermulanya perjalanan politik seseorang. Bagi pemimpin UMNO, seboleh-bolehnya mereka mahu dipilih menduduki jawatan ahli jawatankuasa sebagai laluan menaiki tangga yang lebih tinggi. Pada peringkat bahagian, saingan adalah lebih sengit kerana nasib mereka yang bertanding ditentukan oleh ahli cawangan.

25 August 2013

7 Ketua Puteri Terengganu Bakal Hilang Jawatan




Pemilihan Umno kali ini akan menyaksikan tujuh daripada lapan Umno bahagian di Terengganu menerima ketua Puteri baharu kerana penyandang sudah mencapai had umur. Ketua Puteri Umno Terengganu Nordiana Shafie berkata hanya Ketua Puteri Umno Kemaman Asfalinda Anuar masih layak mempertahankan jawatannya manakala yang lain perlu melepaskan jawatan kerana sudah berusia melebihi 35 tahun.

"Rata-rata penyandang sekarang memegang jawatan ketua sejak mula ditubuhkan pada tahun 2000," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...