Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

08 September 2013

Remaja Jadikan Pantai Sura Port Maksiat




Pantai Sura Tengah di Dungun, Terengganu terkenal dengan kawasan pasir memutih berlatarkan laut membiru dan hembusan bayu yang nyaman sepatutnya menjadi lokasi santai bersama keluarga. Namun, anugerah alam semula jadi itu disalah guna pasangan kekasih gelap untuk memadu cinta terlarang, terutama di kawasan yang agak jauh serta terlindung daripada orang ramai.

Walaupun Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah kerap melakukan rondaan dan tangkapan di situ, masih ada segelintir remaja seperti tidak takut dengan undang-undang. Pengunjung, Azmi Ariffin, 38, berkata kelakuan pasangan remaja itu amat memalukan dan menyakitkan mata orang ramai yang lalu di jalan tidak jauh dari pantai itu.

25 August 2013

7 Ketua Puteri Terengganu Bakal Hilang Jawatan




Pemilihan Umno kali ini akan menyaksikan tujuh daripada lapan Umno bahagian di Terengganu menerima ketua Puteri baharu kerana penyandang sudah mencapai had umur. Ketua Puteri Umno Terengganu Nordiana Shafie berkata hanya Ketua Puteri Umno Kemaman Asfalinda Anuar masih layak mempertahankan jawatannya manakala yang lain perlu melepaskan jawatan kerana sudah berusia melebihi 35 tahun.

"Rata-rata penyandang sekarang memegang jawatan ketua sejak mula ditubuhkan pada tahun 2000," katanya.

24 May 2012

Pas, Umno dan filem Sangam


Pas dan Bollywood tidak boleh dicampur-adukkan. Justeru barang siapa melakukannya juga maka nescaya para sahibul samahah ulamak muktabar parti tersebut akan memfatwakan pihak terbabit sebagai lebih teruk daripada Amanat Hadi. Terkenang saya zaman dulu tatkala hampir satu kampung orang menyanyikan lagu ‘Suku Suku’. Tapi ‘suku’ yang dimaksudkan itu bukanlah ‘suku’ sebagaimana dalam amanat Ayah Chik, nama timang-timangan Datuk Seri Hadi Awang dalam kalangan pengikutnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...